CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, 5 June 2011

5/6/10-5/6/11


Setiap orang pasti akan mengingati hari istimewa mereka sendiri.Bagi golongan hawa,jika seorang lelaki mengingati hari-hari istimewa antara mereka itulah petanda lelaki yang romantis.Samada betul atau tidak tanggapan ini bergantung kepada penerimaan masing-masing.

Hari ini genap setahun usia pertunangan kami.InsyaAllah,15/7/11 kami akan dipertanggungjawab sepasang suami isteri.Mudah-mudahan usaha kami untuk memenuhi sunnah Rasul(S.A.W) dipermudahkan Allah S.W.T.

Memasuki fatrah pertunangan bererti hanya setapak lagi kaki akan melangkah ke alam rumah tangga.Jika kedua-dua kaki berjaya melepasi halangan pintunya bererti cabaran yang lebih besar menanti di dalamnya.Namun,jika kaki tersadung di muka pintunya kita harus segera bangkit dan redho dengan ketentuanNya serta yakin bahawa Allah sedang berbicara dengan kita.

'Perkahwinan itu indah'.Namun begitu untuk mendapatkan yang indah perlu melalui ujiannya.Kunci menghadapi ujian perlu bijak menghadapi cabaran,banyakkan bersabar,berdoa dan yakin dengan nusrahNya(bantuanNya).Indahnya perkahwinan kerana rahsia ketenangan hidup ada didalamnya.Kata pujangga,'apa lagi yang tiada di syurga hinggakan Adam tetap rindukan Hawa'.Terima kasih diucapakan kepada mak/umi dan ayah yang mendoakan kami.Sekian,salam sayang dariku buatmu...

Bujang Senang,kebenaran atau mitos.




Dikaca televisyen kita sering dihadapkan Bujang Sepah tetapi di Bumi Kenyalang kita akan terbiasa mendengar nama Bujang Senang.Bujang Senang mengikut kepercayaan orang Iban berasal daripada manusia yang menjelma menjadi buaya(buaya jadian).Bujang Senang dipercayai telah wujud sekian lama oleh masyarakat Iban dan adalah seorang pahlawan.

Kemunculan semula Bujang Senang pada zaman moden bermula tahun 1982 apabila reptilia itu membaham Penghulu Bangan dari Rumah Panjang Pali,Sri Aman,Sarawak.Reptilia tersebut berukuran 20kaki panjang(6meter)dan 4kaki(1.2meter)lebar.

Pada masa itu,Penghulu Bangan bersama abangnya Kebir sedang asyik menangguk udang di Sungai Sungga,cabang Batang Lupar sebelum dia terpijak sesuatu di dasar sungai.
Sepantas kilat,seekor buaya besar timbul dengan Penghulu Bangan di rahangnya.Kebir yang dari tadi memerhati dari tebing terus terjun dan memeluk ekor buaya itu demi menyelamatkan adiknya tetapi tidak berjaya.Operasi mencari mayat Penghulu Bangan berterusan selama lima hari tetapi bahagian atas mayat itu sahaja yang ditemui.

Diantara tahun 1982-1991,sebanyak 13 orang menjadi mangsa kebuasan Bujang Senang.Episod keganasan Bujang Senang berakhir pada Mei 1992 ketika reptilia tersebut ditembak 44 das tembakan dengan 22 daripadanya tepat di kepala haiwan itu.Semua tembakan itu menggunakan peluru paku sepanjang 10 sentimeter.Ketika perut haiwan tersebut dibelah,rambut dan tulang belulang yang tidak dapat dipastikan kepunyaan manusia atau haiwan ditemui selain timah dan tali nilon.

Menurut Kurator Sejarah Zoologi dan Semula Jadi Muzium Sarawak,Dr. Charles Leh berkata,sungai-sungai di Sarawak sememangnya terdapat banyak sarang buaya.
Menurut sejarah,buaya sudah wujud sejak 160juta tahun dahulu.Jadi kewujudan banyak buaya besar di Sarawak adalah perkara biasa.


Terdapat masyarakat Iban di sapanjang Batang Lupar percaya Bujang Senang masih wujud hingga kini bahkan bersaiz lebih besar.Sungai yang tenang jangan disangka tiada buaya.Sekian,salam perkongsian ilmu daripada saya.

Murabbi Betong

Tuesday, 15 March 2011

Mari menebas lalang! lalala~

BismiLLahirrahmanirrahim...

Dah lama rasa nya jari jemari runcing ini (perasan gile..haha~) x menari2 di atas keyboard. Tapi disebabkan ada permintaan peminat2 'gelap' ku di luar sana supaya blog ini diupdate, digagahkan juga diri ini untuk kembali merapu di sini. Maksud tersirat lain adalah untuk menyesarkan entry sebelum ini yg seakan2 mengundang kontroversi dan spekulasi umum. Chewah! Haha~

Ok, hari ini dalam sejarah lagi. Setelah berbulan2 berlalu, tiba2 hari ini sekeping surat cinta dilayangkan untuk cik JJD. Uwaaaaaaaaa..xpasal2 terbang RM50 ku begitu sahaja. Moral of d day, untuk warga Penang yang ingin ke PGH walaupun untuk tempoh yang sekejap, rajin2 kan lah diri anda untuk mendaki tempat letak kereta bertingkat yang disediakan.



Punya la berjimat sampai makan sekali sehari, pakai kasut sampai putus, pakai beg sekolah smpai koyak, last2 duit yg dijimatkan tu bagi kt encik polis. Mana x bengang! Jadi, post incident saman menyaman ini adalah cik siti akan mengikat perut selama seminggu. *FULL STOP*

Ok la, xreti nk cerita panjang2 atau membebel tanpa arah tujuan malam ni. Semoga hari esok lebih baik baik daripada hari ini. Insya-Allah.

Salam manis tanpa gula - No sugar, no DM!
Cik CT

p/s: Entry 'Ceritera Queensbay' cumalah hikayat lagenda yang tidak ada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang sudah berada di alam barzakh. Sekian!

Sunday, 20 February 2011

Ceritera kawen mawen

BismiLLahirrahmanirrahim..

Jom cerita pasal kawen! haha~ Memandangkan majlis nya lg beberapa bulan (dlm 5 bln lebih lg, insya-Allah), kepala ni asyik terpikir psl majlis je esp yg berkaitan dengan baju nikah, tudung, veil, kasut, dan yg seangkatan dengannya.

Excited? Mesti la kn. Semua org nak nmpak cantik di hari bersejarah tu. Hari tu baru je recruit beberapa org kawan untuk mencari kain silk chiffon untuk dibuat tudung. Hehe~ Berdebar2 jugak rasanya bila memikirkan, how it will turn out? xpe, kte tunggu dan lihat. Next week dah nk tempah tudung, n lg 3 mggu nk tempah baju. Dh book siap2 org utk menjahit manik atas awning n juga baju kurung moden kosong utk majlis bertandang. =) Bole la usha2 flicker cik izwa ni bg yg mencari2 juga.

Semangat kan? Kadang2 rasa mcm bestnya kalau xde final exam menanti dengan wajah bengis dan menakutkan seekor raksasa. But d fact is, i should pass my MBBS exam to get married then. Jd, cik ct sila belajar bersungguh2 ok? =)

Sekarang ni dalam dilema untuk apply tempat posting. Hasil kaji selidik (poyo!) bersama kawan2 yg lebih berpengalaman, ni kata2 diorang.

Puan Ct F: Better awal2 kawin, dok jauh dr family, kalu single dok dekat dengan family. Sebab wkt HO nanti kte bz, so that family akan faham kalu jarang dpt balik menjenguk disebabkan dok jauh.

Encik Tunang: Kte dok jauh, lebih mudah n ada kebebasan.

Ayah: Awal2 ni duduk la dekat dengan family. Financially unstable, jd bole jimat duit untuk sewa rumah, etc.


Hmmm..pening kan? Personally, i cant really say my own stand. Macam lalang la jugak. Kadang2 excited nk dok jauh n berdikari sendiri. Kadang2 rasa best nya kalu dok dekat2, bila stress n bosan2, bole blk rumah n ur family members are around. U can easily turn to them whenever u need them.

X kesah la, i still have time to fill d posting form until this 5th of march. Mungkin istikharah adalah jalan penyelesaian terbaik berpandukan petunjuk drpdNya.

Ok la, i've to stop now. Buku talley o connor kt sblh ni dh menjerit2 suh tuannya khatam kn stu bab. Hehe~ Daaaa...

p/s: Ramainya kawan2 nk kawin thn ni, smpai berebut2 tarikh. My wedding date...bak kata Dato' Ct, biarlah rahsia dulu...=P

Friday, 18 February 2011

Kisah 4 orang isteri...

BismiLLahirrahmanirrahim...

Secara kebetulan, sewaktu aktiviti rutin mengusha komen2 terbaru di facebook, hati sy betul2 terpaut dengan salah satu video yg di'share' oleh salah seorang kwn sy. Ringkasnya begini...

Ada seorang ahli perniagaan yang kaya yang mempunyai empat orang isteri.

Isteri ke-4: Dia sangat mencintai isteri ini. Dia menjaganya dengan penuh perhatian dan memberikan segala yang terbaik untuknya.

Isteri ke-3: Dia juga sangat mencintai isterinya ini. Kecantikan nya membuatkan si lelaki kaya ini selalu 'show' off isteri ini kepada kawan2nya. Namun begitu, dia selalu risau jika si isteri mempunyai lelaki lain.

Isteri ke-2: Dia mencintai juga isteri ini. Sifatnya yang penyabar, bertimbang rasa menyebabkan dirinya menjadi tempat luahan masalah lelaki kaya ini. Setiap kali berhadapan dengan masalah, lelaki kaya ini akan meluahkannya kepada isteri yang ke 2 ini.

Isteri pertama: Secara umumnya, isteri ini merupakan seorang yang sangat setia dan banyak membantu si lelaki kaya dalam memajukan bisnesnya serta menjaga rumah dan seisinya. Namun begitu, si lelaki kaya tidak mencintai isterinya ini walaupun si isteri begitu mencintai beliau.

Suatu hari, lelaki kaya ini jatuh sakit dan amat tenat. Tiba2 dia terfikir.

"Aku ada empat org isteri. Tapi apabila aku mati nanti, aku akan keseorangan. Macam mana ye rasanya nanti..."

Kemudian si lelaki kaya memanggil isteri2 nya dan bertanya, "Adakah kamu akan mengikuti aku dan menjadi peneman setia aku apabila aku mati nanti?"

Apakah jawapan isteri2 si lelaki kaya? Ok, sekarang sila click butang 'play' untuk video di bawah. Jeng jeng jeng...



Kesimpulannya, yang pertama itu selalunya istimewa. Jadi, cukupkan lah dirimu hanya dengan satu isteri.

*Stone face*

Hahahaha~ Memain je. Kesimpulannya sangat menarik. Cerita di atas adalah analogi rupa2nya.

Isteri ke-4: Tubuh badan kita

Isteri ke-3: Kepunyaan, pangkat dan harta kekayaan.

Isteri ke-2: Keluarga dan rakan2.

Isteri pertama: 'Our soul'


Our soul a.k.a iman. Jd jom tepuk dada, dan bertanya, 'Iman, apa khabar kamu hari ini?'

Salam sayang,
Cik Siti

=)

Sunday, 13 February 2011

Insya-Allah ada jalannya...

Love this song so much! Enjoy listening to d very luvly melody and wonderful lyrics..=)



p/s: Bahang final exam yg makin terasa..Doakan kami kanak2 riang PMC Class 2011~

Monday, 7 February 2011

Pre-hypertension!

BismiLLahirrahmanirrahim..

Boleh x kalu hidup ni gunakan common sense, mempertimbangkan perikemanusiaan, dan seterusnya tidak mementingkan diri sendiri dengan berlaku kejam kepada orang lain?

Sebelum sy membebel dengan lebih panjang lg, TAHNIAH buat pihak pengurusan Menara Kuda Lari, Georgetown sebab anda sangat 'bertimbang rasa' kpd kami penduduk2 di sini.

Bayangkan la, majoriti yg dok sini sumenya student2 belaka, senang cerita student PMC la yg conquer. Boleh kata setiap aras, setiap blok ada muka2 budak PMC ni x kira la junior yg baru masuk atau senior yg dah nk blk 'for good' selepas graduasi.

Dh la isu parking mmg masalah turun temurun kt MKL ni. Tahun lepas diorang buat parking berbumbung kt tepi pagar. Dalam hati, 'baik nya depa ni, xmo kereta kita berpanas la tu'.

Ingatkan redup smpai ke petang, rupanya kemarau di tengan hari (hyperbola ok!). Secara normalnya, kalu blk jam 5-6 petang, ada la 1-2 parking yg kosong n bole la mencelah2 sebab kereta kecik (nasib baik i belum beli mercedes tau, kalu x dh lama i tayang kt org management yg berhati kera sumbang tu).

Tup2 sekarang ni, 5 buah parking kereta depa tampal notis kt atas tu, 'For motocycle only'. Dan beratur panjang la motosikal2 (ntah sape punya) kt lima lot parking tu. What the H**L! Kalu busuk hati kt ktorang pn, buat la strategi yg munasabah skit. Motor yg xpenah2 ada masalah parking kt MKL ni diberi keutamaan. Lain la kalu selama ni depa mmg xde tmpt parking. Berlambak ok?






Kadang2 terfikir ntah motor pnjam mana ntah diorang amik n parking kt situ (dengki punya pasal). Sbb asyik ada je. Kalu kosong tmpt tu, cnfirm kereta dh lama masuk.

MasyaAllah, berapi2 dh ni. Hidup kt dunia ni sementara. Kalu hari ni kte kenakan org, x mustahil suatu hari nnti kte akan rasa apa yg kte penah buat kt org tu. Kalu keras hati macam mana pn, you tgk tayar kereta u je la. Tiap2 hati berputar kan?

Ok la, panas dah satu badan. Nak tidur tgh hari utk amik pahala sunat. Daaa~

Salam 'monday blues' buat semua~

p/s: Untuk junior class 2013, xyah la dok MKL ni, cr tmpt lain. Wat sakit hati je. Nanti x pasal2 dpt hypertension di usia muda. Chill!