CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, 9 May 2009

I'm back~ =D

BismiLLahirrahmanirrahim..

Setelah hampir sebulan membiarkan semak samun bermaharajalela melingkari segenap pelusuk ‘rumah’ ini, penghuni asalnya kembali datang menjengah. Tetapi, bukanlah untuk melakukan pembersihan secara besar-besaran. Mungkin sekadar menyapu daun-daun kering yang bertaburan di halaman. Sekurang-kurangnya akan berserilah sedikit ‘rumah tinggal’ ni. Hehe~

Ok, cukup la mukaddimah yang berbelit-belit kat atas ni. Hihi. Alhmdulillah, diri ini terpanggil untuk menulis semula. Pengunduran sy buat sementara waktu bukanlah atas kerelaan hati sepenuhnya. Jujurnya, sekembalinya dr bumi Dublin yang amat dirindui, ke tanah air sendiri merupakan fasa peralihan yang amat besar dalam diri ini. Justeru, sedikit ruang waktu diperlukan untuk proses pengadaptasian di kepulauan yang terkenal dengan pokok pinang ini.

“..mmg nak suruh polar bear ni kuar la ni. sudah-sudah la tu berhibernasi. cerita la apa yang menarik di PMC tu. i'm waiting..” (quoted from fez’s blog)

Haha, kesian shbt baik yg sorang ni ternanti2 cerita cik polar bear yg dkt sebulan berhibernasi. Utk tidak mengecewakan beliau, jari jemari ini digagahkan juga untuk menari di atas keyboard meskipun terasa sedikit kekok utk menaip pd tika ini. =P

Sy telah di’tagged’ oleh fez pd 30 April yg lepas. Ok, let’s check it out~



Jom santai...


1. Anda rasa anda hot?
Is that means intolerance to hot weather as in patient with hyperthyroidism? Hihi..Surely, the answer is NO. =D

2.Upload gambar kegemaran anda?


3. Kenapa anda suka gambar ini?
Ini adalah gmbar pertama yg diambil di Penang (lebih specific, di depan respiratory ward) menggunakan kamera kesayangan sy yg tersorok di dalam almari dekat sebulan lebih. Wkt ni, sy dan ahli kump sedang berehat2 smbil menunggu Dr Irfan utk bedside teaching bersama beliau. Dalam erti kata lain, kami sedang curi tulang la ni. Haha~

4. Bila kali terakhir makan pizza?
Hmm, bila ek? Rasa2nya dh dekat setahun lebih jugak la sy x mkn pizza. Ada sesiapa yg bermurah hati nk belanja? Hihi~

5. Lagu terakhir yang anda dengar?
Love story – Taylor Swift. (Meskipun agak jiwang, sy suka melodinya~)

6. Apa yang anda buat selain menyelesaikan tag ini?
Membaca buku Clinical Medicine, Kumar and Clark. Kna hadamkan dulu psl nephrotic syndrome sblum siapkan case write up~ (*_*)

7. Selain name sendiri, anda suke dipanggil dgn nama apa?
Cik Odah. Meskipun agak klasik dan kekampungan, sy nmpak nilai estetika yg tinggi dalam nama tersebut. Haha~ Xde la, sbnrnya sy merindui sahabat2 sewaktu di KISAS dahulu yg majoritinya memanggil sy dengan nama tersebut. Tp sy seronok bila org memanggil sy dengan nama ‘saadah’ krn seolah2 mendoakan kebahagian sy di dunia mahupun di akhirat. Ameen~

8. Tag lagi 5 org?
1 Puan Siti Norsarenah
2 Cik Zulaikha Khazin
3 Encik Syafiq Ramjis
4 Cik Munirah
5 Cik Sue Abu Bakar


9. Siapa no. 1 pada anda?
Kakak tersayang. Disebabkan beliau pn dh lama x update blog, so harapnya tag ni boleh men‘trigger’ beliau utk menulis semula.

10. Orang no. 3 ada hubungan dgn sesiapa?
Wah, mcm sesuai je soklan ni utk ko, wak. Haha~ Mengikut pengalaman lalu, beliau menjalinkan hubungan dengan ramai org dan sering menggunakan gelaran ‘players’ utk diri sendiri. Sejak kebelakangan ni, disbbkan beliau bakal menghadapi peperiksaan utk tahun terakhir pengajian, dah insaf rasanya. Haha. Gurau2 je wak, jgn marah naa..=D

11. Kata sesuatu mengenai org no. 5?
Adik junior sy sewaktu di kisas yang begitu rajin bertanya khabar melalui blog, dan facebook. Buktinya, sila lihat komen terbaru beliau di c-box kt sebelah kanan blog ni.

12. Bagaimana pula org no. 2?
Ex kakak naqibah di Dublin yang sering membuli adik usrah dengan penuh kasih sayang suatu ketika dahulu. Hehe~ Currently, kami merupakan jiran atas-bawah di Lahat Court, Penang.

13. Pesanan kpd no. 4?
Nk pesan apa ek? Xde ape kot. Sekadar pertanyaan yg tulus dr hati, ‘bila awk nk blnja sy mkn kt café PMC ni?’

Ok, terjawab sudah tag ni. Lps ni nk keluar ronda2 di Penang bersama adik sy yg sedang bahagia bercuti semester selama dua bulan bermula minggu ini. Akhirul kalam, Selamat Hari Ibu utk bonda tersyg di Melaka, Hjh Sahanah bt Husin. May Allah bless u~ =D

4 comments:

warx.hensem said...

ko saje je kan letak aku no. 3 sebab nak kenakan aku ngan soalan tu..kekeke

Ct AdAh said...

haha..tau xpe. ok wak, jawab, jgn x jwb..=P

Kak Ika bes said...

membuli dengan kasih sayang? apekah maknenye?

kenapa nama akak asyik tersenarai aje ni? maksudnye, awak yang buli akak kot? =P

Ct AdAh said...

haha..sila la jwb tanpa rasa 'paksaan rela' eh? =D