Salam ‘alaik..
Berakhir sudah English Camp anjuran PPIMI bertempat di Sekolah Kebangsaan Belimbing Dalam, Melaka jam 11.30 pg td. Rasa sedih di hati utk meninggalkan adik2 yg baru kukenal dlm jangka masa sehari setengah itu.
Fasi2 yg terlibat tidaklah ramai kerana sesetengah dr senarai fasi yg ada mengundur diri di saat akhir. Namun, fasi2 yg terdiri drpd Kak Hajar, Kak Farhana, Kak Yus, Kak Ezzah, Aisyah, Intan, aku, Tuan Farhan, dan Hilmi Senin tetap berusaha bersungguh2 utk menjayakan English camp tersebut. Bukanlah kuantiti yg perlu dititikberatkan krn kualiti itulah yg lebih penting.
Keletah dan kenakalan pelajar2 skolah tersebut masih segar di ingatan. Walaupun mereka adalah pelajar luar bandar atau sering dipanggil ‘pelajar kampung’, namun mereka sgt menghormati kami sbg akak2 dan abg2 fasi yg dtg menganjurkan English camp di skolah mereka.
Secara jujurnya, aku agar berdebar2 kerana ini adalah pengalaman pertama ku bergelar fasilitator. Walaupun ramai yg menganggap ini adalah kerja mudah kerana hanya perlu berhadapan dgn pljr skolah rendah, namun bagiku cabarannya amat besar skali.
Aku terpaksa menyesuaikan diri dengan kerenah budak2 yg baru berumur dlm lingkungan 12 thn. Mereka adalah kanak2 yg sedang melalui proses peningkatan usia ke alam remaja. Tentunya aku sbg fasi perlulah bijak mengawal keadaan terutamanya dlm aktiviti berkumpulan.
Aku dipertanggungjawabkan utk memegang kumpulan ‘COW’ yg terdiri drpd Sobireen, Ikhmal, Qayyum, Amirah, Umi, Metia, Natasya, dan juga Salwa. Pada awalnya mereka agak segan silu utk berbual dgnku memandangkan sewaktu ‘ice breaking’, aku tidak menggunakan langsung bahasa ibunda kita. 
Selepas itu, barulah aku menyedari bahawa agak sukar bg tahap skolah rendah spt mereka utk memahami perbualan sepenuhnya dlm bahasa inggeris. Justeru, aku mengambil keputusan utk berckp dlm bahasa inggeris dan kemudian diterjemahkan ke dlm bahasa melayu. Aku lihat mereka lebih selesa sebegitu.
Pelbagai aktiviti yg dijalankan sepanjang English camp tersebut termasuklah Mixed Activities, Treasure Hunt, Food Pyramid, Musical Chair, Telematch, dan Belimbing Idol. Aku ditugaskan utk menjaga stesen 4, ‘Win, Lose, or Draw’ dlm Treasure Hunt. Peraturannya, salah seorang perlulah melukis satu objek tanpa boleh berkata2 dan ahli kump yg lain hendaklah meneka objek tersebut. Aku kira permainan ini sgt ‘familiar’ bg kita semua.
Dalam sesi ‘Belimbing Idol’, setiap kumpulan ditugaskan utk membuat persembahan sama ada nyanyian atau lakonan. Ahli kumpulan ku pd mulanya begitu semangat utk berlakon. Namun, setelah undian dijalankan, nasib tidak menyebelahi mereka. Pada mulanya mereka tidak berapa suka. Namun, setelah dipujuk, barulah kelihatan bersemangat kembali. Bagiku, lagu Flowers are red, Zain Bikha itu agak mencabar krn mereka kurang terdedah dgn lagu tersebut sebelum ini.
Sebelum meninggalkan perkarangan sekolah tersebut pg td, aku begitu terharu apabila adik2 ini dtg kepada kami dan meminta autograph, berserta no telefon kami. Terasa seperti artis pula apabila dikerumuni begitu. Hehe..Namun, rasa sebak di hati tidak dpt disembunyikan lg apabila mereka menyalami tgnku dan menciumnya sebelum melangkah pulang ke rumah masing2.
Semoga kami dpt bersua lg pd masa akan dtg. Mungkin 4/5 tahun lg?? Wallahua’lam..

6 comments:
hilmi senin@nordin...?
aku panggil die jenggo dulu...hahahah
ape khabar la agak nye die...
kwn ko tu sihat je munir..=D
adah,
seronok ek balik malaysia..
:)
siahat ye dah...alhamdulillah...ke aku dengar membe2 makin mantap skang ni...
salam. hehe~ pengalaman yg berharga kan? di samping dapat mengasah bakat jadi seorang fasilitator. lepas ni mesti lagi berkobar-kobar semangat klau dijemput ke program-program macam tu lagi kan. InsyaAllah, doa-doa la saya plak ada rezeki/peluang dapat jdi fasi. Skrg ni tgh plan nk jadi cikgu tuisyen cuti 2 bulan lebih kt Msia nnti. hehe~ mesti poning kepala nk melayan budak-budak kan?
kak mimi: msti la seronok berada di bumi kelahiran sndiri, kak mimi..hehe..
munir: biasa la member2 kte munir..wpun bertebaran di seluruh pelusuk dunia..sume nyer mantap2 belaka..
hafiz: btul2..pasni kalu ada org offer jd fasi lg, msti akak bersemangat nk gi n x takut2 dh mcm dulu..hehe..wah, bakal jd cikgu tuisyen yer! bgs tul adik akak ni..ok, ganbatte neh! =D
Post a Comment