“Aku trauma nak berurusan dengan golongan bertudung labuh ni” (anonymous) 
Tajuk di atas tiada kena mengena dengan siapa2 sama ada masih hidup mahupun telah meninggal dunia. Hehe~
Jangan ditanya ungkapan itu diluahkan oleh siapa. Tidak perlu menilai org nya, cuma nilai lah kata2 orang itu. Jd, xde diskriminasi di situ walaupun ayat tersebut sangat bersifat diskriminasi dan berbaur provokasi.
PROVOKASI!
Meskipun ayat tersebut bukanlah ditujukan kepada sy, tapi bak kata pepatah, ‘cubit paha kiri, paha kanan yang terasa’. Bukan untuk meng’highlight’kan di sini kelabuhan tudung yang sy pakai sehari2. Bukan juga ingin menimbulkan prasangka negatif di hati anda, ‘Siapa makan cili, dia lah yang terasa pedas’.
Eh, berapa banyak bukan daaa…
Sy ingin mengambil posisi berkecuali dlm isu ini, entah kenapa baru2 ini sy seperti terpanggil untuk merespons. Sedangkan ini bukan lah pertama kali sy dengar ayat seperti di atas.
Apa sebenarnya ‘expectation’ kaum adam yang berkata begitu? Adakah mereka menagih golongan bertudung labuh ini sentiasa menunjukkan barisan gigi putih yg tersusun rapi kepada mereka setiap 24 jam, 7 hari seminggu, 31 hari sebulan, dan sepanjang tahun tanpa mengira musim bunga, luruh, panas, dan sejuk. Mereka bukannya model iklan gigi di televisyen. =P
Jika dinilai secara logiknya, sudah tentu tudung tidak bersalah walau sedikit pun dalam hal ini. Perilaku si pemakai yang harus dipersoalkan. Wajarkah kelambu dibakar semata2 kerana marah kan seekor nyamuk? Untung2, nyamuk tu x terbakar pun sebab dapat melepaskan diri bila terhidu bau minyak tanah.
Sy akui sy tidak suka bercakap dan berbual dengan kawan2 lelaki jika tiada hal yang mendesak. Sy juga tidak gemar merenung ke dalam anak mata golongan itu saat berkomunikasi dengan mereka. Jika terserempak di mana2, meskipun sy tidak mengungkapkan perkataan ‘Hai’ dan yg sewaktu dengannya, sy sebenarnya menyedari kewujudan anda dan berdiam itu adalah tanda penghormatan sy yang amat tinggi pada anda. Tp itu adalah sy, tiada kena mengena dengan tudung 60 inci yang sy borong di Bazar Chowrasta, Penang baru2 ini.
Ok lah, sy tidak mahu bersifat ‘bias’ dalam isu ini. Cuma satu sahaja pinta sy, jangan lah anda terlalu cepat menghukum meskipun pepatah melayu ada menyebut, ‘Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga’. Cuma fikir lah secara munasabah sebelum mengeluarkan kenyataan. Gunakan mata hati utk menilai kerana ia tidak pernah menipu. Mungkin sifat hati yg sering berbolak balik menyebabkan mata anda dikaburi daripada kebenaran.
Bak kata Nabil, ‘Lu fikirlah sendiri!’
Wallahua’lam~
Wednesday, 3 February 2010
Kempen membakar kelambu..
Posted by Ct AdAh at 20:44 3 comments
Monday, 1 February 2010
After a long break..
BismiLLahirrahmanirrahim..
Salam Satu Malaysia..
Sari berita utama pada hari ini adalah..bla bla bla..
Eh, sejak bila blog Cik Siti ni berubah menjadi siaran berita pulak ni? =P Ok la, setelah hampir sebulan lebih mendiamkan diri, tiba2 pada tarikh 1 Feb 2010, diri ini terpanggil untuk merepek semula di sini. Hehe~ Ada apa2 yang istimewa ke dgn tarikh ni? Jeng3x..
Sebenarnya Cik Siti x pergi jauh pun, Cuma menyahut seruan kerajaan dengan pergi Bercuti-cuti Malaysia (walaupun terperap dalam bilik menghabiskan masa hampir separuh hari di atas katil, kira aci la jugak kan? =P)
Untuk meletakkan semua di dalam kulit kacang, semester ini adalah semester yang paling menggembirakan bagi seluruh warga kanak2 riang tahun empat di PMC. Segala suka dan duka (ni lg banyak) yg dilalui semester lepas akan sy buang jauh2, masuk dlm air sungai yang keruh, biar dibaham dek buaya.
POPPH (Psychiatry, Obstetrics and Gynaecology, Paediatrics, and Public Health).
Here I come! With full of motivation, good spirit, and LOVE. Belajar dengan penuh kasih sayang baru la terasa lebih senang nak faham, kan?
Ok la, ni sekadar ‘warm up’ dr Cik Siti. Kekok pulak nk menaip bila dah ‘cuti’ lama2 ni. Kena beli vacuum kot, sedut semua habuk kat sini, baru la terasa lapang sikit nk bernafas. =)
Ok la, nk bersiap2 ke sekolah. Bye-bye~
Wassalam~
p/s: Tuan punya blog sebenarnya masih tercari2 hala tuju blog ini. (^_~)
Posted by Ct AdAh at 12:29 2 comments
Monday, 21 December 2009
Sempena 'hari tua' yg ke 23~ =)
BismiLLahirrahmanirrahim..
Sempena hari yg paling istimewa ni, menandakan sudah 23 thn sy menghirup udara milik Dia di atas muka bumi ini, 21 Disember 2009. =)
Pagi2 td sy bangun pagi dgn senyuman terukir di bibir. Akhirnya hari yg sy tunggu tiba jua. Meskipun kurang sihat, digagahkan juga diri ini utk keluar ‘celebrate’ birthday di TESCO Penang. Lebih istimewanya, setelah hampir 3 thn menyambut besday di bumi Shamrock, sy berkesempatan menyambut ulang tahun kelahiran pd thn ini bersama keluarga tercinta!
Kepala sy terasa semakin berat. Biarlah gmbr2 di bwh ni menggambarkan betapa bahagianya sy pd hari ini. Terima kasih atas doa kalian buat sy. =))
Wassalam~
Posted by Ct AdAh at 16:04 4 comments
Saturday, 12 December 2009
Pasca hari lahir~
BismiLLahirrahmanirrahim..
Saya mengantuk ‘ngaji’ psl ophtal. Fez pn dh rindu update dr ‘Cik Siti Wan Kembang’ ni kn? Haha. Ok2, utk mengubat kerinduan shbt baikku yg sorang ni, entry yg pasti x meningkatkan iman kali ni (mcm sblum ni meningkatkan iman je..heh~), adalah berkaitan list hadiah yg menjadi idaman utk birthday ku yg bkl menjelang tanggal 9 hari lg dr skrg..Hahahaha~ 
Top 3 of d very long list are:
1) Oven – Seriously, teringin btul nk bake kek ie brownies. Dh dekat 10 bln sy kehilangan skill baking-membaking ini. Huhu~
2) Aerial TV / astro – Kalu si pemberi hadiah sedang pokai, aerial murah la skit kn. Tp kalu baik hati tahap dewa, pasangkan la astro di rumah sy. Dan jgn lupa bayarkan utk bulan2 yg mendatang yer. Hihi~ [byk cantik btul cik Siti kte ni..ekeke~]
3) Novel (at least 10 biji) – Sekurang2nya dpt mengisi msa lapang sy sewaktu cuti 2 minggu penghujung sem ini (Xsbr nk cuti~ yuhuuu!). Dh lama hobiku ini terpaksa ditinggalkan atas faktor2 kesempitan kewangan. JPA oh JPA, bila la nk naikkan elaun kami di Penang ni? =(
The very last thing on the list is..belikan sy tiket utk ke Gibraltar. Ada yg sudi? Haha~ Ok2, sy teramat merepek dlm entry kali ni. Ada apa dengan CINTA kn? Eh, silap2! Ada apa dgn hadiah daa..=P
Apa yg pnting, doa2 dr shbt, kwn, dan teman serta insan2 tersayang di sekeliling sy supaya usia yg telah dan bakal dilalui ini diberkati olehNya. Dan sy sgt mendambakan doa kalian supaya urusan sy untuk menjadi Muslim Doctor yg cemerlang, gemilang, dan terbilang dipermudahkan. =)
Eh, jgn lupa juga doa yg wajib utk mereka2 seusia kte. Apa ek? [sy tinggalkan persoalan ini di fikiran anda. Hik3x]
Salam perjuangan yg tidak pernah henti dr bumi Penang buat semua. =)
Posted by Ct AdAh at 20:58 2 comments
Monday, 16 November 2009
Wujudkah garis pemisah usia?
Menoleh jam dinding di sisi, jarum panjang dah menunjukkan lebih sedikit dr angka satu, jarum pendek pula pd nombor 3, manakala jarum saat sedang ligat berputar (tlg kira sendiri pukul berapa sekarang ni. Sah2 kepala ni tgh x berapa btul. Hihi~)
Mata sy x mengantuk pulak waktu2 begini. Hendak study, rasa sudah tepu (eh, mcm xstart ape pn lg sejak td. Haish~). Mungkin ni akibatnya jika mengambil minuman ber’caffein’ wkt2 mlm mcm ni. Insaf! (-_-)
Sebenarnya xde ape pn yg menarik utk dicoretkan di sini. Cuma tiba2 teringat perbualan bersama housemate sy, Hidayah selepas solat isyak td;
“Skrg ni rasa confuse nk panggil org tu makcik atau akak, selalu je tersilap..”
Ayat tersebut diungkapkan gara2 insiden sewaktu Hospital Visit (anjuran JIM dan Jabatan Kebajikan Hosp Pulau Pinang) siang td. Panggilan makcik telah diberikan kepada seseorang yg selayaknya dipanggil akak oleh Hidayah. =))
Teringat kembali zaman2 menjadi guru sandaran sewaktu cuti semester tahun 2 yg lepas. Jika mengikut pangkat yg sepatutnya, semua guru di sekolah tersebut akan sy panggil makcik. Tp belum sempat sy membuka mulut, kadang2 mereka menggelarkan diri sebagai ‘akak’ sedangkan perbezaan umur yg hampir 25-30 thn dan kadang2 anak mereka lebih tua dr sy.
Seperti biasa, ayah menjadi tmpt sy meluahkan ketidakpuasan hati setiap kali pulang dr mengajar. Meskipun mulut ini dengan ringan memanggil mereka ‘akak’, namun jauh di sudut hati, terselit rasa tidak selesa. Terasa diri ini terlalu tua pula. Atau sebaliknya sy merasakan mereka yg perasan muda. Haha~
Ayah melarang dengan keras apabila sy menyuarakan isi hati utk memanggil mereka makcik kerana itu tidak professional namanya. Jika perkenalan itu berlaku di luar sekolah, tiada masalah. Namun, dlm situasi tersebut, kami adalah rakan sekerja. Mahu atau tidak, sy harus dengan rela hati menggunakan panggilan akak. Atau ayah menyarankan sy supaya memukul rata semua guru perempuan yg agak berumur dengan menggunakan panggilan ‘cikgu’. Haa..kan senang. Tak perlu pening2 kepala lg.
Berbalik pd pesakit2 di hospital, jujurnya kadang2 sy pn terconfuse. Pernah suatu ketika sy memanggil seseorang dengan gelaran kakak. Bila ditanya umur ‘kakak’ tersebut, dengan segan2 beliau menyebut 63 tahun! Apakah sy sudah rabun? Adeh..
And it happens again n again..Mslh ini tidak pula berlaku kpd pesakit lelaki. Kalu umur dlm linkungan 40 ke bawah, selalunya sy akan memanggil encik utk kelihatan lebih formal. Umur 41 dan ke atas, sy lebih selesa memanggil mereka pakcik.
Ape2 pn gelaran yg diberikan, biarlah org tersebut selesa. Tak dapat membayangkan suatu hari nnti sy juga akan mendapat gelaran makcik. Makcik Odah! Hmm, cute jugak bunyinya. Hihi~
Akhirnya sy dah menguap. Masa utk tidur!
Wassalam~
Posted by Ct AdAh at 00:45 4 comments
Monday, 9 November 2009
Fall in love again!
BismiLLahirrahmanirrahim~
Alhamdulillah, sy dah selamat berada di Taiping pd tika ini. Menjalani kehidupan normal sebagai seorang pelajar perubatan, pergi ke hospital utk clerk patient, case presentation, ‘observe’ sebarang kes menarik di dalam OT, etc. Cuma agak berbeza krn tekanan di sini sangat lah kurang jika nk dibandingkan dengan suasana di Hospital Besar P.Pinang.
Hari ini, tiba2 sy ditanya oleh satu soalan ‘misteri’ oleh seorang makcik berusia 62 tahun.
“Percaya x kalu makcik kata makcik tengah bercinta sekarang?” 
Dalam hati sy, makcik ni saja tanya begitu utk ‘test’ reaksi sy kot. Huhu~ Reaksi sy hanyalah memberi senyuman penuh tanda tanya pd dia. Tp, utk tidak mematikan perbualan setakat itu, sy bertanya lg,
“Makcik bercinta dengan siapa?”
“Dengan ‘kawan lama’ makcik. Makcik terjumpa dia sewaktu kenduri di kampong baru2 ni. Lepas tukar2 telefon, makcik dapat berhubung semula dengan dia”
Setelah mengajukan soalan ala2 melodi pd makcik tersebut (tiba2 bertukar perwatakan dr medical student kpd wartawan hiburan la plak..hehe~), baru lah sy faham bahawa cinta mereka sewaktu muda2 dahulu tidak kesampaian disebabkan oleh halangan dr keluarga krn status mereka sebagai sepupu.
Sy tumpang gembira mendengar cerita makcik tersebut dan dia jugak kelihatan begitu ‘excited’. Mana tidaknya, bukan orang muda sahaja yg boleh dilamun cinta. Ketika cinta pertama makcik itu muncul semula kini dalam keadaan masing2 sudah kehilangan teman hidup dan menjalani kehidupan secara berseorangan, tentunya kehadiran ‘teman lama’ diharapkan dapat mengubat kesunyian itu.
Namun, sy kecewa apabila makcik tersebut mengatakan pernikahan yg dirancang baru2 ini juga tidak berjaya dilaksanakan atas halangan keluarga! Sungguh tidak rasional! (eh, teremosi pulak sy..)
Apa2 pn, soalan jodoh dan pertemuan, ajal maut semuanya di tangan Tuhan. Kita hanya mampu berdoa padanya supaya dikurniakan segala yg terbaik. Allah knows what’s d best for us! =)
Wassalam~
Posted by Ct AdAh at 22:10 2 comments
Friday, 6 November 2009
Mereka juga manusia biasa...
BismiLLahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah, tamat sudah posting General Surgery dan Orthopedics di Hospital Seberang Jaya. Meskipun minggu ini amat meletihkan dengan 2 teaching dalam sehari. Keluar rumah seawal 6 pagi kerana terpaksa mencuri masa 7-8 pg untuk clerking (history taking and physical examination). Tidak dilupakan juga curi2 masa utk sarapan (mencecah 5-6 keping kuih sepinggan utk seorang mkn. Hehe~) di kantin hospital. Namun, saya berasa sangat puas dengan pengalaman sepanjang minggu ini. =)
Hari ini agak berbeza krn sy meredah embun pagi di atas Penang Bridge secara berseorangan kerana partner sy, Munirah kurang sihat. Hajat di hati ingin mencari breast or thyroid case . Walaupun agak kecewa, sy tergerak utk mendekati seorang makcik sekitar umur 60 an kerana pesakit yg lain kelihatan masih lena diulit mimpi.
Seperti biasa, sy akan memperkenalkan diri dan bertanya soalan2 yg relevan dengan masalah penyakit yg pesakit hidapi. Tiba2, sy terkedu dan tergamam seketika.
“Makcik katakan pada sy ada rasa sakit di seluruh kaki terutamanya di tapak kaki, dan ibu jari kaki. Makcik juga perasan perubahan warna kulit makcik yg menjadi kehitaman sewaktu dicuci. Makcik tidak demam, tidak muntah2, dan bla bla bla (sila list sendiri associated symptoms yg dirasakan perlu. Hehe~)”
“Selain apa yg sy katakan td, apa lg yg mkcik rasa?” Sambil menunggu jawapan utk ditulis di atas kertas.
Patient menjawab lambat2.
“Makcik rasa takut…” 
Mata makcik tersebut mula bergenang dan titisan halus mulai menuruni pipinya. Mula2 sedikit, kemudian makin lebat gayanya. Dan sesi clerking terpaksa dihentikan sebentar. Sy cuba untuk memujuk makcik tersebut dan minta maaf berkali2 andai kata soalan sy sebentar td terlalu sensitif dan tanpa sedar sy telah mengguris perasaanya.
Setelah patient agak tenang. Sy meneruskan lg utk bertanya soalan krn niat di hati utk present case tersebut dalam ward teaching nnti.
“Anak2 makcik ada berapa org yer?” Soalan yg biasa ditanya utk social history.
“8 semuanya. Tp tinggal empat je. Empat lg dah meninggal…”
Sekali lagi sy menyaksikan titisan jernih yg lebih lebat dan kali ini makcik tersebut terus menangis teresak2.
Aduh! Cuaknya sy. Perasaan salah begitu menyelubungi sy ketika itu. Akhirnya sy membatalkan niat utk bertanyakan lg soalan lanjut krn keadaan patient yg kurang stabil.
Pengajaran utk diri sy sendiri dgn apa yg berlaku pd hari ini, patient yg sy jumpai tiap2 hari di hospital juga adalah manusia biasa spt diri sy sendiri. Mereka bukanlah spt sebuah patung bernyawa yg tiada hati dan perasaan. Tentunya mereka berasa tertekan dengan penyakit yg dihidapi. Bukanlah suka2 atau kerelaan hati mereka sendiri utk duduk di hospital dengan segala macam kekurangan dr segi makanan, kemudahan, etc.
Tp selama ini, sy kurang peka terhadap semua itu. Apa yg sy tahu, sy perlu dapatkan history yg lengkap dr patient dan present case sebaik mungkin kpd doctor yg mengajar sewaktu ward teaching. Kadang2, sy rasakan agak keterlaluan sekiranya pelajar2 di wad begitu excited dengan ‘positive findings’ seperti bunyi murmur yg kedengaran sewaktu auskultasi (ada ke perkataan ni? Hehe~). Bukankah sepatutnya kte lebih gembira sekiranya tiada sebarang abnormality pada patient.
Untuk bakal2 doktor di luar sana, sbg peringatan utk diri sy juga..Layan lah patient anda sebagaimana anda mahu org lain melayan anda. What u give is what u get later in life.
Wassalam~
Posted by Ct AdAh at 16:16 0 comments

