CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday 5 June 2011

Bujang Senang,kebenaran atau mitos.




Dikaca televisyen kita sering dihadapkan Bujang Sepah tetapi di Bumi Kenyalang kita akan terbiasa mendengar nama Bujang Senang.Bujang Senang mengikut kepercayaan orang Iban berasal daripada manusia yang menjelma menjadi buaya(buaya jadian).Bujang Senang dipercayai telah wujud sekian lama oleh masyarakat Iban dan adalah seorang pahlawan.

Kemunculan semula Bujang Senang pada zaman moden bermula tahun 1982 apabila reptilia itu membaham Penghulu Bangan dari Rumah Panjang Pali,Sri Aman,Sarawak.Reptilia tersebut berukuran 20kaki panjang(6meter)dan 4kaki(1.2meter)lebar.

Pada masa itu,Penghulu Bangan bersama abangnya Kebir sedang asyik menangguk udang di Sungai Sungga,cabang Batang Lupar sebelum dia terpijak sesuatu di dasar sungai.
Sepantas kilat,seekor buaya besar timbul dengan Penghulu Bangan di rahangnya.Kebir yang dari tadi memerhati dari tebing terus terjun dan memeluk ekor buaya itu demi menyelamatkan adiknya tetapi tidak berjaya.Operasi mencari mayat Penghulu Bangan berterusan selama lima hari tetapi bahagian atas mayat itu sahaja yang ditemui.

Diantara tahun 1982-1991,sebanyak 13 orang menjadi mangsa kebuasan Bujang Senang.Episod keganasan Bujang Senang berakhir pada Mei 1992 ketika reptilia tersebut ditembak 44 das tembakan dengan 22 daripadanya tepat di kepala haiwan itu.Semua tembakan itu menggunakan peluru paku sepanjang 10 sentimeter.Ketika perut haiwan tersebut dibelah,rambut dan tulang belulang yang tidak dapat dipastikan kepunyaan manusia atau haiwan ditemui selain timah dan tali nilon.

Menurut Kurator Sejarah Zoologi dan Semula Jadi Muzium Sarawak,Dr. Charles Leh berkata,sungai-sungai di Sarawak sememangnya terdapat banyak sarang buaya.
Menurut sejarah,buaya sudah wujud sejak 160juta tahun dahulu.Jadi kewujudan banyak buaya besar di Sarawak adalah perkara biasa.


Terdapat masyarakat Iban di sapanjang Batang Lupar percaya Bujang Senang masih wujud hingga kini bahkan bersaiz lebih besar.Sungai yang tenang jangan disangka tiada buaya.Sekian,salam perkongsian ilmu daripada saya.

Murabbi Betong

4 comments:

drMyrisstyca said...

Salam...

haha... boleh x nak confius dengan motif post ni?
So not like you.

;p

Ct AdAh said...

w'slm..

haha..muni! *thumbs up!* yeppppp..this post is really not like me right????

merajuk karang penulis yg bru nk mula menulis ni..ekeke..

xpe, kte bg dia semangat skit..keep up writing! hehe~

drMyrisstyca said...

Salam.
Hahaha... saje je. Ni tandanya sy kenalkan ayat2, topik kesukaan dan hati budi... eh... hati awak. hehe...

Awk nye post selalu buat sy dpt rasa apa dlm hati awk tp post ni mcm dry and factual.

Cam, apekehal adah tetiba jadi morbid ni? Marah kat org ke ckp pasal buaya pulak. Pening nak exam ke? haha

Otherwise its a good piece of meat... eh... writing. Meh sy tolong support skali.

Ct AdAh said...

Muni!

*Hugs*

Tiba2 sy terharu sbb ada jgk org yg gtau dia memahami hati budi (ops!) thru tulisan sy..

Rasa down gle utk exam esk..dgn exam before2 ni yg celaru..

Sy xtau nk expect apee..pray for me k..nnti sy akan menulis kembali di sini..cewah! haha~ poyo gle..

=p