CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday 18 February 2011

Kisah 4 orang isteri...

BismiLLahirrahmanirrahim...

Secara kebetulan, sewaktu aktiviti rutin mengusha komen2 terbaru di facebook, hati sy betul2 terpaut dengan salah satu video yg di'share' oleh salah seorang kwn sy. Ringkasnya begini...

Ada seorang ahli perniagaan yang kaya yang mempunyai empat orang isteri.

Isteri ke-4: Dia sangat mencintai isteri ini. Dia menjaganya dengan penuh perhatian dan memberikan segala yang terbaik untuknya.

Isteri ke-3: Dia juga sangat mencintai isterinya ini. Kecantikan nya membuatkan si lelaki kaya ini selalu 'show' off isteri ini kepada kawan2nya. Namun begitu, dia selalu risau jika si isteri mempunyai lelaki lain.

Isteri ke-2: Dia mencintai juga isteri ini. Sifatnya yang penyabar, bertimbang rasa menyebabkan dirinya menjadi tempat luahan masalah lelaki kaya ini. Setiap kali berhadapan dengan masalah, lelaki kaya ini akan meluahkannya kepada isteri yang ke 2 ini.

Isteri pertama: Secara umumnya, isteri ini merupakan seorang yang sangat setia dan banyak membantu si lelaki kaya dalam memajukan bisnesnya serta menjaga rumah dan seisinya. Namun begitu, si lelaki kaya tidak mencintai isterinya ini walaupun si isteri begitu mencintai beliau.

Suatu hari, lelaki kaya ini jatuh sakit dan amat tenat. Tiba2 dia terfikir.

"Aku ada empat org isteri. Tapi apabila aku mati nanti, aku akan keseorangan. Macam mana ye rasanya nanti..."

Kemudian si lelaki kaya memanggil isteri2 nya dan bertanya, "Adakah kamu akan mengikuti aku dan menjadi peneman setia aku apabila aku mati nanti?"

Apakah jawapan isteri2 si lelaki kaya? Ok, sekarang sila click butang 'play' untuk video di bawah. Jeng jeng jeng...



Kesimpulannya, yang pertama itu selalunya istimewa. Jadi, cukupkan lah dirimu hanya dengan satu isteri.

*Stone face*

Hahahaha~ Memain je. Kesimpulannya sangat menarik. Cerita di atas adalah analogi rupa2nya.

Isteri ke-4: Tubuh badan kita

Isteri ke-3: Kepunyaan, pangkat dan harta kekayaan.

Isteri ke-2: Keluarga dan rakan2.

Isteri pertama: 'Our soul'


Our soul a.k.a iman. Jd jom tepuk dada, dan bertanya, 'Iman, apa khabar kamu hari ini?'

Salam sayang,
Cik Siti

=)

0 comments: