CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, 12 July 2007

Bila nk kawin?

Salam..

Dah lama sgt blog ni dibiarkan sepi tanpa sentuhan entry bru. Meskipun saban hari aku dtg menjenguk ke sini, namun seolah-olah begitu mls utk meng‘update’. Bukan shj malas yg bole kujadikan alasan, sememangnya aku agak sibuk kebelakangan ni. Membantu urusan umi, ayah, dan adik beradik.

Kunjungan ke rumah mak sedara ku tempoh hari membangkitkan satu isu yg tidak asing di kalangan remaja seperti aku dan mungkin pembaca2 yg sudi menziarah blog usang ku ini. Bab jodoh..


“Waktu2 belajar ni la nk ber‘kawan’, btul x?”

Soalan itu ditujukan buatku yg sedang khusyuk membalas msg di handphone ku. Aku hanya mengangguk-anggukan kpala sambil tersenyum simpul mengiyakan kata-kata mak sedara ku. Ada jugak betulnya. Ntah laa..Mungkin sudah bosan kerana sering dipersoalkan oleh ahli keluarga terdekat ttg calon pilihanku. Rimas dibuatnya.

Kalu difikir-fikirkan, bukannya aku hendak mendirikan rumah tangga dlm masa terdekat ni. Tp, sering kali diusik oleh ahli keluarga terdekat apabila pulang ke kampung halaman. Mungkin, gadis seusiaku pd zaman mereka sudah beranak pinak. Melayari bahtera perkahwinan bersama suami tersayang. Namun, itu semua dulu. Zaman sudah berubah.


“Biarlah dia belajar dulu Long, waktu mcm ni la nk tuntut ilmu byk2. Dah keje nnti, pndai2 la dia cari.”

Mungkin melihat aku hanya diam mengiyakan kata2 mak sedara ku td. Kini giliran umi pula utk mempertahankan prinsipnya. Hehe.. Umi mmg terkenal dgn ketegasan supaya anak-anak nya tidak bercouple sewaktu masih belajar. Tidak kiralah walaupun sudah menjejakkan kaki ke menara gading. Statusnya masih sama, bergelar seorang pelajar.

Pendapat aku x byk berbeza drpd umi. Iye la, mana tumpahnya kuah kalu x ke nasi. Bagiku, buat ape la couple bertahun-tahun, last2 kawin dgn org lain. Kesiannya dkt bakal suamiku nnti, kasih sayang yg sepatutnya milik mutlak si dia telah dibahagi-bahagikan sebelum ini kpd org lain.

Namun, aku terfikir jugak. Kalu x cr skarang. Bila lg nk cari? Pengalaman ku sewaktu di Dublin, sebaik sahaja senior final year mendapat keputusan final exam mereka. Masing2 tanpa segan silu mengedarkan kad jemputan perkahwinan mereka. Yang sudah bertunang juga kini secara terang-terangan menceritakan perihal tunang di kampung. Mungkin tempoh masa tujuh tahun utk menamatkan pengajian dlm bidang perubatan sudah cukup lama dan kini penantian mereka berakhir jua.

Sewaktu cuti dan sekembalinya pelajar2 ke Msia ini juga, aku mendapat khabar ttg beberapa org senior ku di Dublin yg sudah pn mendirikan rumah tangga. Tidak ketinggalan juga yg akan mengikat tali pertunangan. Walaupun blum menamatkan pengajian, mereka berani utk memikul dua tanggungjawab sekaligus sewaktu usia masih muda. Bergelar suami atau isteri dan dlm msa yg sma menyandang gelaran seorang pelajar.

Aku pula bagaimana? Status ku hanya rakan2 terdekat sahaja yg tau. Umi dan ayah pn nmpaknya x berminat utk tau. Mereka lebih menitik beratkan soal pelajaranku. Dan tentunya aku x mahu mensia-siakan harapan mereka yg menggunung tinggi utk melihat aku menjadi doktor pertama dlm ahli keluarga ku. Insya-Allah.

Biarlah masa dan keadaan yg menentukan. Kalu ditakdirkn aku menamatkan zaman bujangku awal, aku redha dan terima, Mungkin sudah bersedia 50%. Namun, ia bukanlah perkara main2 dan bole dipandang ringan. Bab kawin ni utk seumur idup dan bukannya sehari dua.

Soal jodoh pertemuan ini, biarlah Allah yg tentukan. Meskipun, tidak dinafikan kita perlu berusaha ke arah itu. Tetapi, jgnlah diputar belitkan hukum alam. Tiada bezanya couple islamik dgn mereka yg duduk berdua-duaan memadu asmara di tepi pantai, taman2 bunga dan sebagainya. Kalu sudah jmpa yg btul2 berkenan. Apa lg yg hendak ditunggu, kirimkan sahaja hantaran ke rumah si dia, sbg tanda penyatuan hati dua jiwa yang berjauhan.

Aih, pandai btul aku berkata2. Blum kna batang hidung sndiri. Aku xtau bagaimana utk membuat konklusi bg isu ini. Terpulang pd pembaca utk membuat kesimpulan sendiri. Tepuk dada, tya la iman. Wallahua’lam..

Salam muhibbah~


“Perempuan-perempuan yg keji untuk laki-laki yg keji, dan laki-laki yang keji untuk perempuan-perempuan yg keji (pula), sedangkan perempuan yang baik utk laki-laki yg baik, dan laki-laki yg baik utk perempuan-perempuan yg baik (pula). Mereka itu bersih dari apa yg dituduhkan orang. Mereka memperoleh ampunan dan rezeki yang mulia (syurga)” (an-Nur : 26)

8 comments:

Anonymous said...

isk2.xtau nk comment pe.tp nk nyemak gk kt cni.. =p

Ct AdAh said...

durar terkesima agaknya..katanya entry ni jiwang sgt..muahaha!

Anonymous said...

akk baca entry ni, tersengih sampai telinga...
teringin kah? =P

hm.. tetibe mata akk tertancap pd ayat ni...
"Status ku hanya rakan2 terdekat sahaja yg tau."
ade ape2 makna ke?
ehem2 =P

Ct AdAh said...

kak ika: sy dpt bygkan akak t'sengih smpai ke telinga baca entry ni..hehe..xde la teringin..mgkin blum smpai seru kot..hehe..senior2 lain dh berkeluarga cuti ni..kak ika plak bila lg? =P status tu? hihi..biarlah rahsia smpai masanya nnti k..=D

Anonymous said...

assalamualaikum adah:)

kita juga tertancap spt kak ika pada ayat 'status ku hanya rakan2 terdekat sahaja yg tau'...kui3x

selamat menjadi doktor yg berjaya!!!

-SUK-

Ct AdAh said...

waalaikumussalam SUK..

hehe..awat la dlm byk2 ayat tu..mata sume org tertancap pd ayat yg sma..hehe..kna bg highlight skit ni..=P

thanks yah..smga sma2 mnjadi doktor yg berjaya juga..ameen~

Anonymous said...

tertancap juga..
hihi.. matangnya entry. btul la tu odah. nak bg green light skrg pun, bukan leh kawin pun lg kan.. so jaga hati, simpan baik2. bak kata odah, dh tiba masanya nnti, dtg je turus jumpa parents.

bila nak ol...

Ct AdAh said...

fez: x perasan komen fez yg dah berabad ni..hehe..btul2, wpun dh dpt green lite..tp masa dan keadaan yg x sesuai pn..xguna jugak..btul x? kalu dh tiba msanya n dh jmpa org yg sesuai..biar family yg uruskan..sng cte..hehe..

p/s: aih, tajam btul mata shbt2 tertancap pd ayat yg sma..hehe..