CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, 6 February 2009

Menjadi puteri salju aka snow white..=D

Salam 'alaik..

Sudah lama tak meninggalkan jejak di sini. Namun setelah ramai yg bertanya2 bila hendak meletakkan 'entry' baru, sy terpanggil utk menjenguk kembali blog usang yg ditinggalkan tidak bertuan selama hampir berminggu2 lamanya ni. =D


"It's nice to look out at the snow but not much fun when you are out in it. Enjoy!" -qouted from encik lanlord aka mr chris-

Yes, I totally agree with him. Keajaiban berlaku di sini sejak dua, tiga hari yang lepas apabila bumi shamrock yang pada kebiasaannya dilimpahi hujan air, kini bertukar menjadi hujan batu/ais dan kadang2 seperti kepingan kapas yang turun dari langit. Subhanallah!

Sejuk mata memandang kawasan yang memutih apabila salju meliputi tanah, rumput, dan jalan raya. Meskipun kesejukan menggigit hingga ke tulang sumsum, terasa rugi yang teramat sekiranya peluang utk bermain 'snow ball' dan aktiviti membuat 'mr snow man' dilepaskan begitu sahaja.






Hasil kreativiti sy pada hari pertama bermain salji, 'my luvly mr snow man'..ekeke~







Hasil 'snow man' sy dan intan. Ada rupa mickey mouse x? hehe~







This snow ball is targetting miss 'camera woman'..hihi~



Justeru, disebabkan ketidaksabaran yang begitu memuncak di dalam diri masing2, kami bergegas keluar rumah utk bermain salji di luar meskipun hanya dengan memakai baju tidur sahaja (pakai baju tidur wpun jam baru menunjukkan 3 petang? hihi~). Bak kata cik fez, apa salahnya sekali sekala terasa seperti menjadi model utk majalah cilik. =P






Seluar pink lebih mendapat perhatian daripada salji yang memutih. Huahua~



Namun, dalam bergembira dan bergelak ketawa, kembalikan segala rasa syukur ini padaNya yang lebih berhak menerima segala pujian. Selain itu, kemungkinan juga ini merupakan tanda2 kecil hari kiamat bila mana ekosistem bumi menjadi agak pelik 'kitarannya'. Ambil lah peluang ini sebagai peringatan terus drpdNya dan jadikan sbg fasa utk bermuhasabah diri kembali.

“Maka tidaklah yang mereka tunggu-tunggu melainkan hari kiamat (iaitu) kedatangannya kepada mereka dengan tiba-tiba, kerana sesungguhnya telah datang tanda-tandanya. Maka apakah faedahnya bagi mereka kesedaran mereka itu apabila hari kiamat sudah datang?” (Muhammad: 18)

Wallahua'lam~

p/s: Menghitung hari utk pulang ke tanah air tercinta. Masih berbaki 30 hari lagi. \(^_^)/

4 comments:

Anonymous said...

haha, comot2. kelua rumah pakai baju tdo =P

nnt balik msia jgn buat mcm ni tau? malu2

Ct AdAh said...

hahaha..mana de comot kt ika..comey laa..blk msia nnti, x buat dh kot perangai cmtu..hihi~

amnah my. said...

salam..

adah dah nak balik mesia terus eh.. rasa cepatnya masa berlalu.. tak sedar pun kan.. tak lama lagi nanti jadi doktor betul2 dah..

p/s: kat mesia nanti aktif berblog lagi tak?

Ct AdAh said...

w'slm w.b.t amnah..

yup, kte nk blk msia for good dh mac nnti..mmg pejam celik je rasanya dok kt ireland ni..kejap je dh separuh perjalanan utk mnjd seorang doktor..biiznillah..=D

p/s: skrg pn dh mula mls2 nk update blog..tatau la cmna kt msia nnti..wallahua'lam..=)