BismiLLahirrahmanirrahim
Kepala terasa berat, mata hanya tinggal separuh bukaannya, hati dah melayang entah ke mana2, justeru adalah lebih baik sy berehat sekejap di sini.
Hari ini sy dan 3 org lagi ahli kumpulan yang lain belajar bersama Mr I di Seberang Jaya Hospital. Terlalu banyak ‘nasihat’ yang kami perolehi. Tp sy kurang pasti, adakah nasihat2 itu berjaya diserap seperti sebuah span basuh pinggan, atau hanya masuk telinga kanan keluar telinga kiri.
Sesi pembelajaran dimulakan dengan kiraan jumlah biasiswa yang kami perolehi sbg pelajar di bawah tajaan kerajaan.
Bayangkan selama setahun, kos pelajar perubatan yang ditaja kerajaan adalah RM 1,000,000/ 5 = RM 200,000.
Dikecilkan lagi skop kepada jumlah wang biasiswa yang diperuntukkan untuk sehari, RM 200,000/365 = RM548
Jadi, setiap jam yang kami peruntukkan di hospital adalah bernilai, RM548/24 = RM 23
“Berapa banyak wang yang kerajaan bazirkan untuk kamu jika sekadar berada di wad dan tak ‘clerk’ mana-mana ‘patient’. Org Islam perlu amanah lagi2 yang bertudung dan membawa imej Islam seperti kamu”.
Baik Mr I, kami akan manfaatkan masa di wad selepas ini utk belajar sebanyak mungkin. Tp adalah lebih efektif sekiranya masa selama 2 jam yang terbazir untuk mencari dan menunggu Mr I dimanfaatkan sebaik mungkin dengan hanya membenarkan panggilan telefon daripada pelajar untuk menetapkan temu janji. Bukankah setiap jam itu adalah amanah untuk sy dan Mr I?
p/s: Mr I memberi tugasan pd sy untuk mencari maklumat mengenai Prof Dr Zulkifli tanpa apa2 'clue' yg diberikan. Nampaknya bukan seorang dua rakyat Malaysia yang bernama Zulkifli. Adeh!
.
1 day ago
4 comments:
byk sungguh duit rakyat y ak bazirkan..sbb selama 4 tahun ni aku x pernah pon pegi hospital..kekeke
huahua..apa la ko ni wak..ikut course la incik..kalu amik aerospace engineering, btu pengukur ko x bazirkan duit rakyat selama ni adalah x ponteng klas, ok?..=D
haha..ye la tu..
hahaha, so typical Mr I. setiap batch yg teaching ngn dia, dia bebel mende sama. =P
selamat2
Post a Comment