CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, 6 November 2009

Mereka juga manusia biasa...

BismiLLahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, tamat sudah posting General Surgery dan Orthopedics di Hospital Seberang Jaya. Meskipun minggu ini amat meletihkan dengan 2 teaching dalam sehari. Keluar rumah seawal 6 pagi kerana terpaksa mencuri masa 7-8 pg untuk clerking (history taking and physical examination). Tidak dilupakan juga curi2 masa utk sarapan (mencecah 5-6 keping kuih sepinggan utk seorang mkn. Hehe~) di kantin hospital. Namun, saya berasa sangat puas dengan pengalaman sepanjang minggu ini. =)

Hari ini agak berbeza krn sy meredah embun pagi di atas Penang Bridge secara berseorangan kerana partner sy, Munirah kurang sihat. Hajat di hati ingin mencari breast or thyroid case . Walaupun agak kecewa, sy tergerak utk mendekati seorang makcik sekitar umur 60 an kerana pesakit yg lain kelihatan masih lena diulit mimpi.

Seperti biasa, sy akan memperkenalkan diri dan bertanya soalan2 yg relevan dengan masalah penyakit yg pesakit hidapi. Tiba2, sy terkedu dan tergamam seketika.


“Makcik katakan pada sy ada rasa sakit di seluruh kaki terutamanya di tapak kaki, dan ibu jari kaki. Makcik juga perasan perubahan warna kulit makcik yg menjadi kehitaman sewaktu dicuci. Makcik tidak demam, tidak muntah2, dan bla bla bla (sila list sendiri associated symptoms yg dirasakan perlu. Hehe~)”

“Selain apa yg sy katakan td, apa lg yg mkcik rasa?” Sambil menunggu jawapan utk ditulis di atas kertas.

Patient menjawab lambat2.


“Makcik rasa takut…”






Try to put ourself in her condition..[dry gangrene]




Mata makcik tersebut mula bergenang dan titisan halus mulai menuruni pipinya. Mula2 sedikit, kemudian makin lebat gayanya. Dan sesi clerking terpaksa dihentikan sebentar. Sy cuba untuk memujuk makcik tersebut dan minta maaf berkali2 andai kata soalan sy sebentar td terlalu sensitif dan tanpa sedar sy telah mengguris perasaanya.

Setelah patient agak tenang. Sy meneruskan lg utk bertanya soalan krn niat di hati utk present case tersebut dalam ward teaching nnti.


“Anak2 makcik ada berapa org yer?” Soalan yg biasa ditanya utk social history.

“8 semuanya. Tp tinggal empat je. Empat lg dah meninggal…”

Sekali lagi sy menyaksikan titisan jernih yg lebih lebat dan kali ini makcik tersebut terus menangis teresak2.

Aduh! Cuaknya sy. Perasaan salah begitu menyelubungi sy ketika itu. Akhirnya sy membatalkan niat utk bertanyakan lg soalan lanjut krn keadaan patient yg kurang stabil.

Pengajaran utk diri sy sendiri dgn apa yg berlaku pd hari ini, patient yg sy jumpai tiap2 hari di hospital juga adalah manusia biasa spt diri sy sendiri. Mereka bukanlah spt sebuah patung bernyawa yg tiada hati dan perasaan. Tentunya mereka berasa tertekan dengan penyakit yg dihidapi. Bukanlah suka2 atau kerelaan hati mereka sendiri utk duduk di hospital dengan segala macam kekurangan dr segi makanan, kemudahan, etc.

Tp selama ini, sy kurang peka terhadap semua itu. Apa yg sy tahu, sy perlu dapatkan history yg lengkap dr patient dan present case sebaik mungkin kpd doctor yg mengajar sewaktu ward teaching. Kadang2, sy rasakan agak keterlaluan sekiranya pelajar2 di wad begitu excited dengan ‘positive findings’ seperti bunyi murmur yg kedengaran sewaktu auskultasi (ada ke perkataan ni? Hehe~). Bukankah sepatutnya kte lebih gembira sekiranya tiada sebarang abnormality pada patient.

Untuk bakal2 doktor di luar sana, sbg peringatan utk diri sy juga..Layan lah patient anda sebagaimana anda mahu org lain melayan anda. What u give is what u get later in life.

Wassalam~

0 comments: