CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, 16 November 2009

Wujudkah garis pemisah usia?

BismiLLahirrahmanirrahim..



Apakah garis pemisah usia yg sebenar?


Menoleh jam dinding di sisi, jarum panjang dah menunjukkan lebih sedikit dr angka satu, jarum pendek pula pd nombor 3, manakala jarum saat sedang ligat berputar (tlg kira sendiri pukul berapa sekarang ni. Sah2 kepala ni tgh x berapa btul. Hihi~)

Mata sy x mengantuk pulak waktu2 begini. Hendak study, rasa sudah tepu (eh, mcm xstart ape pn lg sejak td. Haish~). Mungkin ni akibatnya jika mengambil minuman ber’caffein’ wkt2 mlm mcm ni. Insaf! (-_-)

Sebenarnya xde ape pn yg menarik utk dicoretkan di sini. Cuma tiba2 teringat perbualan bersama housemate sy, Hidayah selepas solat isyak td;


“Skrg ni rasa confuse nk panggil org tu makcik atau akak, selalu je tersilap..”

Ayat tersebut diungkapkan gara2 insiden sewaktu Hospital Visit (anjuran JIM dan Jabatan Kebajikan Hosp Pulau Pinang) siang td. Panggilan makcik telah diberikan kepada seseorang yg selayaknya dipanggil akak oleh Hidayah. =))

Teringat kembali zaman2 menjadi guru sandaran sewaktu cuti semester tahun 2 yg lepas. Jika mengikut pangkat yg sepatutnya, semua guru di sekolah tersebut akan sy panggil makcik. Tp belum sempat sy membuka mulut, kadang2 mereka menggelarkan diri sebagai ‘akak’ sedangkan perbezaan umur yg hampir 25-30 thn dan kadang2 anak mereka lebih tua dr sy.

Seperti biasa, ayah menjadi tmpt sy meluahkan ketidakpuasan hati setiap kali pulang dr mengajar. Meskipun mulut ini dengan ringan memanggil mereka ‘akak’, namun jauh di sudut hati, terselit rasa tidak selesa. Terasa diri ini terlalu tua pula. Atau sebaliknya sy merasakan mereka yg perasan muda. Haha~

Ayah melarang dengan keras apabila sy menyuarakan isi hati utk memanggil mereka makcik kerana itu tidak professional namanya. Jika perkenalan itu berlaku di luar sekolah, tiada masalah. Namun, dlm situasi tersebut, kami adalah rakan sekerja. Mahu atau tidak, sy harus dengan rela hati menggunakan panggilan akak. Atau ayah menyarankan sy supaya memukul rata semua guru perempuan yg agak berumur dengan menggunakan panggilan ‘cikgu’. Haa..kan senang. Tak perlu pening2 kepala lg.

Berbalik pd pesakit2 di hospital, jujurnya kadang2 sy pn terconfuse. Pernah suatu ketika sy memanggil seseorang dengan gelaran kakak. Bila ditanya umur ‘kakak’ tersebut, dengan segan2 beliau menyebut 63 tahun! Apakah sy sudah rabun? Adeh..

And it happens again n again..Mslh ini tidak pula berlaku kpd pesakit lelaki. Kalu umur dlm linkungan 40 ke bawah, selalunya sy akan memanggil encik utk kelihatan lebih formal. Umur 41 dan ke atas, sy lebih selesa memanggil mereka pakcik.

Ape2 pn gelaran yg diberikan, biarlah org tersebut selesa. Tak dapat membayangkan suatu hari nnti sy juga akan mendapat gelaran makcik.
Makcik Odah! Hmm, cute jugak bunyinya. Hihi~

Akhirnya sy dah menguap. Masa utk tidur!

Wassalam~

4 comments:

Fez said...

Hi cikodah!!! itu lah panggilan yang paling sesuaaai utk cikodah ketika ini.. heh..

Betul2x. Sama macam apa y kita alami kat hosp masa praktikal hr tu. Nak ikutkan rakan sekerja kena panggil 'akak'. Tapi masalahnya nurse tu baya2 mak kte je. Ada kwn sekolah mak kte lagi. Kalau diorg tak kisah xpe, tapi bimbang juga kalau ada yang terasa hati dengan panggilan y kita gunakan..

'Aqilah Suhaimi said...

kita pn ada mslh krisis umur bila nk tnya hx.
dn kdg2..kita panggil cik/encik je

Ct AdAh said...

fez - cikodah? haha..bole laa, ikut suka cik fez la nk pggil apa pn..=P Masalah jugak pnggilan utk seseorang ni ek..kalu wkt kecik2 dulu rasanya xde mslh kot..itu la cbrn apabila mula menginjak ke alam dewasa..chewah! hahaha~

kilah - kte pn mcm kilah, kalu mls nk pk..mmg pnggil cik atau encik..tp kalu amik history dlm bahasa arab msti xde mslh krisis umur mcm ni kn?

Fez said...

Betul2x. dalam bahasa arab senang plak rasa.. ana enta enti je semua..:)