CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, 3 February 2010

Kempen membakar kelambu..

“Aku trauma nak berurusan dengan golongan bertudung labuh ni” (anonymous)



Tajuk di atas tiada kena mengena dengan siapa2 sama ada masih hidup mahupun telah meninggal dunia. Hehe~

Jangan ditanya ungkapan itu diluahkan oleh siapa. Tidak perlu menilai org nya, cuma nilai lah kata2 orang itu. Jd, xde diskriminasi di situ walaupun ayat tersebut sangat bersifat diskriminasi dan berbaur provokasi.


PROVOKASI!

Meskipun ayat tersebut bukanlah ditujukan kepada sy, tapi bak kata pepatah, ‘cubit paha kiri, paha kanan yang terasa’. Bukan untuk meng’highlight’kan di sini kelabuhan tudung yang sy pakai sehari2. Bukan juga ingin menimbulkan prasangka negatif di hati anda, ‘Siapa makan cili, dia lah yang terasa pedas’.

Eh, berapa banyak bukan daaa…

Sy ingin mengambil posisi berkecuali dlm isu ini, entah kenapa baru2 ini sy seperti terpanggil untuk merespons. Sedangkan ini bukan lah pertama kali sy dengar ayat seperti di atas.

Apa sebenarnya ‘expectation’ kaum adam yang berkata begitu? Adakah mereka menagih golongan bertudung labuh ini sentiasa menunjukkan barisan gigi putih yg tersusun rapi kepada mereka setiap 24 jam, 7 hari seminggu, 31 hari sebulan, dan sepanjang tahun tanpa mengira musim bunga, luruh, panas, dan sejuk. Mereka bukannya model iklan gigi di televisyen. =P

Jika dinilai secara logiknya, sudah tentu tudung tidak bersalah walau sedikit pun dalam hal ini. Perilaku si pemakai yang harus dipersoalkan. Wajarkah kelambu dibakar semata2 kerana marah kan seekor nyamuk? Untung2, nyamuk tu x terbakar pun sebab dapat melepaskan diri bila terhidu bau minyak tanah.

Sy akui sy tidak suka bercakap dan berbual dengan kawan2 lelaki jika tiada hal yang mendesak. Sy juga tidak gemar merenung ke dalam anak mata golongan itu saat berkomunikasi dengan mereka. Jika terserempak di mana2, meskipun sy tidak mengungkapkan perkataan ‘Hai’ dan yg sewaktu dengannya, sy sebenarnya menyedari kewujudan anda dan berdiam itu adalah tanda penghormatan sy yang amat tinggi pada anda. Tp itu adalah sy, tiada kena mengena dengan tudung 60 inci yang sy borong di Bazar Chowrasta, Penang baru2 ini.

Ok lah, sy tidak mahu bersifat ‘bias’ dalam isu ini. Cuma satu sahaja pinta sy, jangan lah anda terlalu cepat menghukum meskipun pepatah melayu ada menyebut, ‘Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga’. Cuma fikir lah secara munasabah sebelum mengeluarkan kenyataan. Gunakan mata hati utk menilai kerana ia tidak pernah menipu. Mungkin sifat hati yg sering berbolak balik menyebabkan mata anda dikaburi daripada kebenaran.


Bak kata Nabil, ‘Lu fikirlah sendiri!’

Wallahua’lam~

7 comments:

drMyrisstyca said...

Assalamualaikum wbt....

Kurang bijak sungguh manusia itu membakar kelambu yang boleh melindunginya dari nyamuk, kerana marahkan nyamuk. Dia patut memarahi diri sendiri...

Maaf, keluar tajuk...

Dah ckp jgn judge a book by its cover. Tapi ade jugak yang judge. mmg x leh prejudge, tapi orang yg kena judge pun kena sedar, bahawa pembawakan dia memang akan sedikit-sebanyak mengundang penilaian orang lain.bukankah itu perkara normal??? Sedikit hati2 itu perlu.. tapi dasar nilaian ialah bukan untuk melabel, tapi mengambil baik dan buruk, atau merancang pendekatan, hikmah perlu ada disitu.

One down... ada pulak orang yang rasa di-"judge" oleh orang, padahal orang lain x judge dia pun. Ada masalah judgement disitu. paranoid??? Hinggakan terlalu defensif tanpa menyedari, engkaulah yang sedang menghakimi orang lain. Putar alam.

Two down... stereotype pun masalah jugak. Lihatlah seseorang sebagai individu unik!

Three down, lastly... Engkau dan engkau bisa menghakimi aku, tapi penghakiman Hakim yang Maha Menghakimi dgn segenap kebijaksanaan dan keadilannyalah yang paling benar dan membawa makna. Jadi insan2 yang terhukum, walau disisi mana kamu berada...cuma perlu ingat itu.

Allah tahu.

Fez said...

Entri suara hati yang tegas...

Keutamaan untuk pemakai-pemakai tudung (Tidak mengira saiz berapa inci pun), jadikan diri anda contoh dan teladan untuk orang lain. Jangan jadikan agama dan isi dalamnya fitnah.

Thanx odah. Entri ini bukan saja utk peringatan kaum Adam. Namun juga untuk peringatan buat diri ini..:) Teruskan menulis. Saya akan setia membaca! hehe

ainshams said...

salam odah.
cetusan hati yg best!!
semestinya kain tudung x bersalah.. malah, sgt bermanfaat lagi, sbb membantu kiter menutup aurat dgn baik.. hee

btw, sume nih sbb mind set golongan yg berkata demikian.. mungkin gak sbb kenangan lamer..huhu

'aku fobia la nk kawan dgn org Islam, sbb si Amad (bukan name sbnr) xleh dipercayai, cilok duit aku..' kata seoq lim (bukan name sbnr)
adakah islam bersalah?? tidak same skali..tp, penganut Islam yg bermasalah.. huhu

Zulhimi said...

Salam. Macam komen kat status facebook saya..... Saya yakin orang yang mengucapkan perkataan demikian tidak menipu. Apa yang dia cakap ada kebenarannya juga.

Saya juga boleh bercerita tentang perangai sesetengah muslimat tudung labuh tapi saya fikir apa guna buka pekung di dada sendiri. Saya harus juga berhadapan dengan mereka whether I like it or not. Isu ini bukan isu baru dan bukan seorang dua kaum Adam yang memperkatakannya tapi ramai. Mereka yang membawa imej Islamik harus sedar bahawa mereka diperhatikan dan manusia akan menilai mereka juga. Atas sebab ini saya tak pernah nak bawa imej serban dan kopiah ke mana-mana sahaja saya pergi.

Sekali lagi saya tegaskan bahawa mereka yang memperkatakan isu ini tidak menipu. Ada kebenaran dalam apa yang mereka perkatakan.

Anonymous said...

Kelakar tajuk entri ini. :D

Firstly, akk kurang jelas, apa punca kenyataan tersebut dikeluarkan. jadi, komen sesiapa pun pasti akan ada bias-nya.

Keduanya, pandangan peribadi akk, sesiapa yang melimitasikan peribadi individu berdasarkan kelabuhan tudungnya (given that, benar2 cukup syarat menutup aurat) sesungguhnya dia telah menjumudkan pemikirannya. Mengapa tidak? Kedua2 manusia bertudung labuh dan tidak bertudung labuh adalah manusia, maka perangai pun adalah perangai manusia lah. Cuma, memang tidak dpt dinafikan, pemakaian sedikit sebanyak bisa mempengaruhi akhlaq pemakai juga.

Adilkah jika kerana seorg bertudung labuh (atau berkopiah) membuat perangai maka kita generalisekan kepada semua, ATAUPUN, yang bertudung tidak labuh (tetapi menutup aurat) membuat perangai lalu kita generalisekan juga. Sedangkan, kedua2nya Muslim, perlulah berperibadi muslim. Maka akk sgt bersetuju dgn komen cik FEZ.

Dan akk kurang bersetuju bila ada yang berkata "tak mau pakai tudung labuh sbb sy bkn baik sgt, takut merosakkan imej." Kalau diterjemah kepada ayat ekstrimnya, "tak mau mengaku muslim, takut nnt perangai buruk saya menjejaskn imej islam."

Mengapa kebimbangan kepada kata2 manusia itu menghalang kita daripada melaksanakan perkara yg baik? Dan sepatutnya kopiah/tudung labuh itu memotivasikan diri kita untuk improve diri kita. bukan sebaliknya. Dan seharusnya juga kita berusaha memperbetulkan persepsi org lain, bukan mengiyakan!

"Janganlah kamu jadikan (nama) Allah dalam sumpahmu sebagai penghalang untuk berbuat kebajikan, bertakwa dan mengadakan ishlah di antara manusia. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." [Al-Baqarah: 224]

Allahu A'lam.

Ct AdAh said...

Salam..

terima kasih atas komen dr semua..pjg2 pulak tu..smpai kna baca dua tiga kali bru faham..sy sgt2 menghargai komen dr semua..=)

muni - i like ur comment..mmg hebat kata2 org yg tgh wat rotation psych ni..mendalam sungguh mksd ayatnya..i agree with u..biar apa pn kte buat..smua dikembalikan pd Allah juga utk menilai..dan nilaianNya itu lah yg paling hakiki..

fez - trm kasih atas kesetiaanmu, sahabat..hehe~ jom berusaha mnjadi contoh golongan tudung 60 inci (xselabuh tudung kt skolah) yg tidak mengundang fitnah utk agama! =)

ainshams - setuju ain! bukan tudung yg patut dipersalahkan..ttp pemakai tudung (sesetengah) yg membuat mslh itu yg harus dipersalahkan..thanks ain 4 ur 1st comment here~ =)

zulhilmi - sy menghormati pendapat awk..mungkin ada benarnya kata2 dia..sy x mengatakan mereka menipu..setiap org ada hak utk bersuara dan menyuarakan pendapat masing2..cuma statement begitu tidak septtnya ditujukan secara rawak..krn banyak hati yg akan terasa..no offence, k! =)

kak ika - sy pn kurang psti akak tujuan statement itu dikeluarkan..sy setuju sgt dgn komen akak..apa2 pn statement kte, kte x ptt generalise kn..kalu x puas hati, tujukan spesifik pd individu tersebut supaya bole dia perbaiki diri..bukan libatkan org lain yg x bersalah..dan paling kesian, x tahu menahu, tiba2 dipersalahkan..kesian dia..hehe~ =)

Anonymous said...

assalamualaikum=)

adah, saya rasa entri ini tak bestlah. sebab ia menimbulkan banyak sangat salah faham dan tanggapan2.

huish, kurangkan sikit menulis entri sebegini. saya cadangkan entri berbentuk perasaan ini tidak ditulis dalam blog, tapi dibincangkan dengan individu terlibat.

wallahu'alam
wassalam wrt wbt
- hidayah -