CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, 22 February 2010

Say no to...

BismiLLahirrahmanirrahim..

Sewaktu hati terasa sejuk wkt tgh minum green tea, tangan ni ringan pulak nk menaip. Eh, terajin plak Cik Siti ni nk update blog. Kalu time malas dtg, jgn katakan jenguk, nk bertanya khabar pn malas, ok? Hihi~

Skrg ni setiap hari sy akan berhadapan dgn ibu2 mengandung. Kalu tidak pn, dengan ibu2 atau baya2 mak kte yang sedang menderita pelbagai penyakit berkaitan organ dalaman wanita. Jauh di sudut hati, sy sangat2 tersentuh dengan penderitaan yg mereka alami. Sudah tentu cubit paha kiri, paha kanan terasa. Aih, suka sgt pepatah tu wpun mcm x sesuai je. Haha~

Hari ini, pesakit yg sy temu bual bersama Hidayah tidak lah terlalu tua. Baru awal 40 an. Tetapi sewaktu pertama kali melihatnya, sy menjangkakan umurnya lebih daripada itu. Sudahlah tidak pernah mengandung, berpisah pula dengan suami sewaktu usia perkahwinan baru mencecah usia dua tahun setengah. Mungkin penderitaan yg dialami menjadikan wajahnya lebih cpt dimamah usia.

Sudah tentu impian setiap wanita untuk mempunyai anak, sekadar teman di sisi saat kesunyian, atau sekurang2nya suami sebagai tempat bermanja sewaktu usia sedang meniti sisa2 kehidupan di muka bumi yg fana ni. Tetapi, dia pula menghadapi segala2nya berseorangan. Menderita sakit barah nya yg dihidapi seorang diri, tanpa teman di sisi.

Sy terbayangkan masa depan sendiri. Usia 40 tahun tidaklah terlalu jauh. Cuma 15 tahun dr sekarang. Bagaimana pula takdir sy pd tika itu? Mampukah mahligai yg terbina masih utuh jika slh seorang ditimpa musibah spt sakit, kemalangan, dan sbgnya? Na’uzubillah.

Tp realitinya, apabila merenung hakikat kehidupan yg tidak selalunya indah, sy jd takut. Takut dengan kekecewaan jika kepercayaan yg diberi tidak terbayar dengan kesetiaan. Sy takut untuk melangkah setapak lg ke hadapan, mengikuti jejak langkah kawan2 yg boleh dikatakan lepas satu persatu menukar status mereka.

Bak kata org2 tua, hati yg sedang terbakar, jangan dicurahkan lagi minyak tanah, takut makin marak jadinya.

Jadi, untuk si penakut mcm Cik Siti, jgn diungkapkan ttg
PERKAHWINAN di hadapan dia. Boleh trauma jadinya.



Wallahua’lam.

0 comments: