CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, 28 March 2010

Sembang petang...=P

BismiLLahirrahmanirrahim…

Sy sgt mengantuk menelaah buku O&G. Mata dh berair dek kerana menguap yang tidak henti2. Ikutkan hati, mahu sahaja sy habiskan hujung minggu yang damai begini dengan tidur petang sehigga ke asar. =P

Sedang khusyuk men’stalk’ facebook kawan2, tiba2 sy terbaca status kawan sekolah rendah yang sekarang ni sedang sarat mengandung. Beliau terlupa untuk mengunci pintu rumah dan akibatnya ternganga lah pintu rumah itu sehingga mereka pulang ke rumah sewaktu menjelang waktu senja.


“Sayang terlupa kunci rumah ke?”

Sweet bukan? Meskipun si isteri bersalah kerana tidak mengunci pintu rumah, tentu sahaja hati menjadi cair dan sejuk apabila menerima teguran yang lembut sebegitu drpd si suami.

Tapi sy tergelak apabila membaca salah satu komen di bawah status tersebut.


“Tunggu 10 tahun akan datang. Buat mcm tu lg, mmg kna la..”

Hahaha~ Meskipun nampak agak kasar tp itulah realiti masyarakat kita. Sifat romantik dalam diri si suami mahupun isteri cuma kekal di awal usia perkahwinan. Cuma bersifat ‘short lasting’. Panggilan2 seperti ‘Sayang’ sudah bertukar menjadi ‘Umi, Abi’ sewaktu kelahiran anak pertama.

Jarang sekali sy melihat golongan2 veteran yang berjalan berpimpinan tangan di Malaysia. Namun, permandangan sebegitu tidak asing sewaktu di Dublin dahulu. Walaupun kedua2nya sudah bertongkat dan terbongkok2, masih lagi mahu memimpin tangan pasangan masing2 sewaktu menaiki atau menuruni bas kuning-biru di Dublin city-centre.




Hmm..Sy tidak mahu bersikap skeptikal. Mungkin golongan datuk nenek kita di Malaysia ada cara tersendiri untuk menunjukkan sikap romantik mereka. Menghabiskan masa petang berdua-duaan di bawah pokok rambutan sambil menikmati air teh o panas dicicah dengan biskut kering juga boleh dikira romantik bukan?

Lain tempat, lain budayanya. Lain orang, lain caranya.

Salam O&G~ =D

p/s: Hmm, mungkin sy akan tergelak sendiri sewaktu membaca entry ini 10/20 tahun akan datang. Hehe~

7 comments:

Fez said...

Uittt dh fikir 10 tahun akan datang punya cerita~~

Orang melayu selalu malu tak brtempat katanya. Tu sebabnya segan menonjolkan kemesraan dpn orang.Hehe.

Ct AdAh said...

Hmm..bagaimanakah cik fez 10 thn akan dtg? menarik utk difikirkan bersama2..hihi~

itu laa..org melayu ni pemalu..that's y bru 10/20 thn kawin..xmo romntik2 dh..kalu buat mcm gitu..org lain plak yg pk serong..tp pg td kte nmpak pasangan tua cina kt hosp yg berpimpinan tgn..umur dlm 50/60..

mungkin spesifiknya melayu kot yg pemalu..nasib la badan..hahaha~

hanfabulous said...

abah saye pgil mama sayang sampai tua. n i intend to be like them ^^v

kak ika bes said...

adah, semakin lama semakin kuat la bau nasi minyak...
hhahah~

=p

Ct AdAh said...

han - bestnya! smga han pn gitu nnti..=)

kak ika - hmmm..sy x reti msk nasi minyak..*blurred face* =P

Anonymous said...

salam adah=)

tak yah tunggu 10 tahun akan datang, baca sekarang pun dah gelak guling2

kita praktis kat rumah nak? adah sayang, jom solat (haha, bunyi pelik)

- cik yah -

Ct AdAh said...

w'slm cik yah~

adah syg? awat rasa geli2 stu badan ni cik yah? ni yg trus rasa nk guling2 atas katil ni..huahau~

dh2, jgn kaco org yg sedang mencari ketenangan di bumi penang ni..dok kl leklok..kim slm kt ur parents..=)