BismiLLahirrahmanirrahim..
Hati sy berbunga2 sewaktu diberitahu ada surat kepunyaan sy yg tiba di rumah beberapa minggu lepas.
Sebenarnya Cik Siti mmg suka dengan hal2 yang berkaitan dengan surat menyurat ni. Walaupun teknologi dah makin canggih dengan wujudnya kemudahan e-mail dan sebagainya, sy lebih menyukai surat yg lebih tinggi nilai sentimentalnya. =D
Ingatkan surat drpd ‘kekasih gelapku’, rupa2nya surat yang membuatkan hati sy bergelap gelita sebaik shj membuka sampul surat tersebut dan membaca isi kandungannya.
“Adeh! Xkan kena saman lg?” , rungut sy dalam hati.
Dah la kesalahan yang sma, di jalan yang sma, pada jam yang sma. Cuma yg berbeza kali ni adalah tarikh kejadian, selang 3 bulan dr saman sebelumnya.
Walaupun masih dalam fasa penafian, sy gagahkan diri juga kali ini pergi ke Balai Polis Datuk Keramat. Masih teringat lg drama air mata pd bulan lepas di situ. Rasa nk tergelak pn ada bila teringat muka pakcik polis yang terus berubah waktu tu bila Cik Siti menangis teresak2 sambil memegang surat saman kerana rayuan beliau tidak diterima. Tau pun depa cuak, siapa suruh saman ‘budak sekolah’ kn? =P
Semalam, sy meminta untuk melihat sendiri pita rakaman kamera lalu lintas tersebut. Lama jugak pakcik polis tu membelek2 buku besar yang mecatatkan kesalahan lalu lintas. Tiba2 mata sy tertangkap pd huruf J yang terselit di lautan P. Adeh!
“Cuba cik tengok, ini gmbrnya. Pada 1.49 saat, cik sepatutnya dh berhenti. Tapi cik jalan jugak pada 2.03 saat.”
Alahai, setakat kesalahan 2 saat tu pn, sy kna bayar RM200. Dah la katanya rayuan untuk kesalahan langgar lampu x diterima sbb termasuk dalam kesalahan yang besar. Tp wajarkah kesilapan selama 2 saat itu, galang gantinya adalah duit makan sy selama 2 minggu. =(
Nampaknya bulan ni sy kna ikat perut lagi. Kalu sebelum ni makan sekali je sehari, mungkin lepas ni, sehari cuma makan biskut kering cicah air teh o panas. Huhu~ Bertambah suka la Mr M bertanyakan tinggi sy selepas ni. =P
Oklah, mahu bersiap2 untuk oncall di PMH malam ni. Nak hilangkan serabut kt kepala ni bila dapat tengok bayi2 comel. Daaa~
Wassalam~
p/s: Dengar radio hot.fm pagi td, katanya kompaun kesalahan JPJ akan dinaikkan daripada RM300 kepada RM1000. Ok, lepas ni sy nk naik basikal je la!
Sebab balasan dari sabar itu mahal.
1 day ago
5 comments:
Aha, dah agak dah. mesti kena saman lagi. Hai itula, org nampak lampu nak merah, ready utk berhenti. Bukan lagi memecut ok.
Haiyo, 200rm tu, boleh beli barang utk satu dulang tahu. hahaaa..
minta la diskaun lagi. bayar dgn air mata. hehehe.
Nk wat cmna fez..dh nasib badan..haih~ =p ari tu je ter'samseng' jap atas jalan raya..selalunya nmpak lampu kuning je, dh tekan brek dr jauh..tp kte rasa kalu setakat 2 saat tu, bg je la chance kn..wkt tgk buku saman tu, beribu kot org kna saman sbb langgar lmpu..kayo la pkcik polis..
haha..xmo la wat drama lg..dh kering dh air mata i..=D
oit..lampu merah bhenti la..lampu kuning pecut tp kalau x sempat brek cepat2..kekeke
hmm..mcm tu ek? rasanya mcm lain je wkt belajar memandu dulu..=p
ni simpang kat mana????
Post a Comment