CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, 9 October 2010

Lelaki oh lelaki...

BismiLLahirrahmanirrahim…

Semalam acara bergosip berlangsung dengan rancaknya bersama sepupu sy. Al-maklumlah, ada orang tu dapat panggilan telefon free selama 7 hari bersempena hari lahirnya baru2 ni. Isk2, bertambah melagho la makcik sorang tu. Huahua~

Tiba2, terkeluar satu cerita yang tiba2 membuatkan telinga ni panas dan hati ni menggelegak.


Sepupu: Ko nk tau x, ‘boyfren lama’ aku yg dh kawin baru2 ni, tiba2 message kata rindu (dan perkataan2 yang seangkatan dengannya) lepas seminggu majlis kawin dia.

Sy: Abis tu ko cakap apa?

Sepupu: Aku cakap aku xda masalah. Masalah nya nnti kt dia la. Dia dh ada isteri.

Sy: Lelaki oh lelaki…*Geleng2 kepala*

Apa la perasaan isteri dia bila dapat tahu suami tercinta yang telah diserahkan sepenuh jiwa dan raga ini berhubung dengan teman wanita lama. Walau ape pn jua alasannya, memang tidak bole diterima pakai. That’s nonsense!! Ibaratnya, tanah kubur masih merah lagi, tapi si duda/janda sudah berkira2 untuk bernikah lg. (Sengaja menggunakan perumpamaan ni supaya si suami yg x sedar diri ni ingat bahawa hidup di dunia ni cuma sementara. Life expentancy untuk org lelaki mengikut kajian terkini adalah 72 tahun. Jd, tambah2 la amal ibadat, bukannya tambah isteri sampai empat!

Mungkin buku ini sesuai untuk bacaan dan dijadikan panduan untuk orang lelaki ‘gatal’ seperti di atas.





Petikan daripada Saifulislam.com dalam artikel yang bertajuk Bahagiakan Dirimu Dengan Satu Isteri:


“…Tetapi bukan semua masalah secara mudah harus diselesaikan dengan memilih poligami. Inilah yang cuba diketengahkan oleh Pak Cah di dalam buku ini. Pada saya buku BAHAGIAKAN DIRIMU DENGAN SATU ISTRI ini adalah buku yang ditulis secara fenomenologi, iaitu buku yang membicarakan tentang pengalaman praktis dan bukannya idea-idea teori di dalam kitab Fiqh…”

Juga tertarik untuk menyedut (eh, sesuai ke perkataan ni?haha~) satu bahagian daripada cerita feymes ini. (Rujukan: pada minit ke 2.05)



Akhirul kalam, SALAM SATU ISTERI! =P

Wassalam~

2 comments:

warx.hensem said...

x sume cmtu wei..

Ct AdAh said...

aku pn x generalised sume cmtu weh! =P