CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, 5 November 2010

Post exam~

BismiLLahirrahmanirrahim…

Alhamdulillah..alhamdulillah..wasykuruliLLah..akhirnya bebanan exam POPPH yang ditanggung sejak sebulan lebih yang lalu (3 minggu study break + 2 minggu exam hampir setiap hari) berakhir jua dengan keputusan yang membolehkan diri ini melangkah ke semester akhir pada tahun hadapan.

Xtau macam mana untuk gmbarkan betapa cuaknya perasaan ini ketika menge’check’ result on9 hari Isnin lepas. Pasrah sepasrah2nya pada ketentuanNya dengan apa jua result yg bakal aku perolehi. Menurut hati yang berbolak balik sejak paper terakhir (Clinical O&G), aku rasa macam ‘fail’ semua subjek. Tiada keyakinan langsung. Jika ada khabar angin yang mengatakan jumlah pelajar yang fail adalah 5 org, maka aku merasakan tentu aku salah seorang daripadanya..

Namun, apa yg mengejutkan aku LULUS semua subjek dan ada juga keputusan yang tidak disangka-sangka. Memang hampir menangis dan seakan-akan tidak percaya sewaktu menatap monitor notebook ku ketika itu. Terasa mcm terlepas satu bebanan berat setelah melalui pelbagai rintangan, pengalaman, dan cabaran sepanjang tahun ini. Aku berjaya menamatkan POPPH dengan jayanya dan mulai saat ini, dengan rasminya aku bergelar PELAJAR PERUBATAN TAHUN AKHIR. Semoga perjalanan selepas ini lebih dipermudahkan. Insya-Allah..

Insya-Allah aim kami semua, pelajar PMC class 2011 adalah untuk graduasi bersama2 pada 19 JUN 2011. Semoga tarikh ini benar2 menjadi kenyataan buat kita semua. Tarikh tamatnya penat lelah selama 7 tahun ini. Sebetulnya, bukan penamat, tetapi permulaan kepada sebuah penamat. Haih, nape ayat tersebut menjadi serabut apabila diterjemahkan. Ngeee~ [baca: Beginning of the end]




Tarikh graduasi PMC Class 2011 -> 19 JUN 2011~



Oklah, sebelum mengakhiri post kali ini, seperti tahun2 sebelumnya (Hehe~), Selamat Hari Lahir untuk seseorang yang pada tika ini berada sangat jauh..sangat2 jauh..(mcm beribu batu nautika je..Hehe~). Semoga pertambahan usiamu diberkati olehNya. Ameen~



~051110~



Wassalam~

0 comments: