CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, 15 January 2011

A fresh comeback? =)

BismiLLahirrahmanirrahim…
Alhmdulillah, pejam celik 2010 sudah hampir 2 minggu lebih melabuhkan tirainya..dan kini kita semua berada dalam tahun 2011. Tentunya, pasti berjela2 list ‘azam tahun baru’ yang dh dibuat untuk tahun ni. Ish, ketinggalan zaman betul la cik siti ni. Dah berminggu2 meninggalkan 1 jan, masih lg nk cerita pasal azam tahun baru. =P

Sebenarnya tuan punya blog ni x menghilang ke mana2 pun. Sekadar pergi bertapa kat Gunung Kinabalu mencari pencahayaan baru. Poyo je kan? Hehe~ Iman pun ada pasang surutnya, apatah lg semangat dan keazaman untuk berblog. Kadang2 terasa macam membuang masa ‘membebel’ sorang2 kat sini, rasa mcm tulis ‘sampah’, feel so ‘useless’, n wutever. Kesimpulannya, semangat cik siti yang dibawa terbang dek ribut la nina beberapa bulan lalu dan kembali semua. Cewah!

Ok, 2011!! Hmmmm…(Mendongak dagu sambil merenung siling bilik yang berabuk)

Finally, I’ve been entered this year. Alhamdulillah. Almaklumlah, selama ni Cuma menyebut2 sahaja angka ‘2011’ dan terasa seperti jauh sahaja. Tp sekarang segalanya sudah menjadi sangat dekat. Justeru, sebagai salah seorang pelajar PMC Class 2011, tahun ini adalah tahun akhir utk kami bergelar ‘medical student’. Gelaran yang sudah disandang selama 4 tahun lebih ini dirasakan seperti sudah sangat lapuk, berkulat, dan yang sewaktu dengannya.

Cik Siti! Can u please stop talking nonsense? =P

Disebabkan dah lama sangat nk menulis, jd idea kt kepala ni bercampur baur. Kejap nk tulis ni, kejap nk tulis tu..Haish~

Let me talk about my life recently. Sekarang ni sedang berjinak2 dengan dunia GP. Grand prix ke? Ngeeee…Bukan2..GP = General practice atau kadang2 dikenali juga sebagai Family Medicine. Doktor2 yang kte jmpa kt klinik tu, diorang dipanggil GP. Kalu up skit lepas amik master in family medicine, they are called family medicine specialist.

Honestly, walaupun rotation ini agak ringan berbanding kwn2 lain yg tengah buat medicine atau surgery..tp bahang final year yang menyegat2 menyucuk hingga ke tulang sumsum, x terasa pn rotation ni ringan. Bayangkan la, lepas je balik dr kelas hari kedua (bru minggu pertama), sy menangis teresak2 sbb terasa mcm nk quit medicine. How stressful I am..Haish~

Ingatkan hujan smpai banjir, rupanya2 sang matahari keluar jugak member pencahayaan agung untuk cik Siti. Hehe~ On the 4th day, I followed Dr. T’s clinic in Bayan Baru KK. Unexpectedly, It was really great! Pertama kali handle consultation untuk patient sebenar. Menulis prescription (list ubat) untuk patient, bagi nasihat n bla bla bla..




To conclude everything in a nutshell, communication dalam GP ni sangat penting. Setiap perkataan yang keluar daripada mulut seorang doctor, tidak akan dipandang enteng atau remeh oleh pesakit. Cara berkomunikasi juga berbeza2 mengikut kesesuaian umur.

“Adik, bole x tutup laptop tu. Sudah2 la main game tu. Nanti laptop tu rosak mcm mana. Dah main dr pagi”, bebelan yang terpaksa diulang berkali2 dek kerana bagai mencurahkan air ke atas daun keladi.

Bila mengadu dekat ibunya. Respon yang tak disangka.

“Laaa..patut la dia x dengar. Budak kecik mana faham bila kte cakap ‘rosak’. Cuba kata mcm ni, ‘adik, tutup laptop tu, dh lama sangat bukak, panas sangat, nanti terbakar.”

Walaupun agak hyperbola, tanpa disangka2 juga, adik terus menekan butang shut down dan menyimpan kemas laptop tersebut. Hmm…Something to ponder about different communication skills in different age groups, right?

Oklah, Cik Siti nk berundur mengadap buku2 GP yg bersepah2 atas meja, katil dan lantai ni. Hehe~

Salam tahun baru 2011.

0 comments: