CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, 30 January 2007

10 Muharam [Hari Asyura]..


• Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
• Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
• Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
• Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
• Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
• Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
• Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
• Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
• Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
• Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
• Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
• Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
• Hari pertama Allah menciptakan alam.
• Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
• Hari pertama Allah menurunkan hujan.
• Allah menjadikan 'Arasy.
• Allah menjadikan Luh Mahfuz.
• Allah menjadikan alam.
• Allah menjadikan Malaikat Jibril.
• Nabi Isa diangkat ke langit

Hari 'Asyura merupakan hari yang ke-10 daripada bulan Muharram. Rasulullah S.A.W telah menggalakkan umat Islam agar berpuasa pada hari ini kerana ia mempunyai kelebihan yang tersendiri disamping kelebihan bulan Muharram itu sendiri.10 Muharram juga telah mencatatkan beberapa peristiwa penting untuk dijadikan renungan dan pengajaran bg umat masa kini.

Ulama' juga berpesan agar kita turut berpuasa pada hari ke-9 atau ke-11 Muharram bagi membezakan antara puasa kita dengan yahudi yang berpuasa pada hari ke-10 Muharram.Yahudi berpuasa pada hari tersebut kerana pada 10 Muharamlah nabi Musa dan pengikutnya diselamatkan daripada Firaun dan tenteranya yang zalim.

Jd, x salah rasanya kte melakukan amal baik di bulan yang baik ini..Smoga amal ibadat yg ikhlas dilakukan kerana-Nya mnjadi bekalan bg kita di akhirat kelak..=)


p/s: Alhamdulillah..sesungguhnya tawakal itu indah sekiranya pergantungan kte hanya pd-Nya..bersyukur pd Allah atas rezki dan nikmat yg xputus2 ini..Cuma diri ini yg kdg2 alpa dan tidak bersyukur..huhu..ape pn, I need to struggle more 4 this sem..lebih mencabar..to all my frenz (UCDians)..congrats 4 d gud rexult..jom berusaha lg utk sem ni..Gambatte neh =)

0 comments: