Oleh: Penulis Sambilan (Identiti penulis dirahsiakan..=p)
Salam ‘alaik..
Heh, rindu la pulak rasanya nak bermain-main bahasa bagi menyuarakan isi hati aku di ruang yg sempit dan tertutup ini. Seperti yang seringkali aku lakukan suatu ketika dahulu.
Bukannya x rindu. Menipu la pulak kan..Namun, tuntutan masa menyebabkan aku terpaksa meninggalkannya buat sementara. Aku bukanlah contoh pelajar cemerlang dan terbilang yang bijak membahagikan jumlah masa 24 jam dlm sehari yg aku miliki ni utk melakukan semua aktiviti. Jauh sekali kalu nk dibandingkan dgn pelajar cemerlang kebanggaan Negara, Nur Amalina Che Bakri yang berjaya mendapat 17 A1 dlm SPM beberapa tahun yg lepas.
Menurut sumber yg bole dipercayai, beliau belajar smbil mendengar lagu dan menonton televisyen. Camna la tu yer? Kadang2 aku kurang setuju dengan kenyataan tersebut. Tentunya adik2 yg masih di bangku persekolahan akan cuba2 mencari idol mereka sendiri utk dicontohi dan mengaplikasikan cara mereka belajar. Bukan semua org bole menyesuaikan diri dgn cara pembelajaran tersebut. Mungkin org akan kata, ‘Hebat la dia tu..nampak mcm x belajar. Tp still bole score.’ Hmm, mls nak komen. Rasanya setiap org punyai pandangan berbeza terhadap contoh yg aku cuba ketengahkan ni.
Namun, pendapat peribadi aku selama ini yang x mungkin akan berubah. Hanya usaha yang bersungguh-sungguh sahaja yang akan menjanjikan kejayaan. Hala tuju kte semua adalah sama. Ingin menggenggam segulung ijazah dan seterusnya menjadi doctor, lawyer, engineer, cikgu, etc. Namun, jalan yang kte lalui dan tempuhi pastinya berbeza dan x sma. Ada yang terpaksa meredah semak dan belukar. Untuk memudahkan perjalanan, terpaksalah menyabit rumput2 yang menjulang tinggi. Setiap titik peluh yang mengalir pastinya dihargai kerana kudrat yang ada digunakan semaksimum mungkin bagi mencapai apa yang diimpikan selama ni.
Tidak mustahil juga sekiranya ada yang hanya perlu menaiki kereta Mercedes utk capai ke destinasi yang ingin dituju itu. Di dalamnya, bole tidur2, makan2, menonton televisyen yang menawarkan pelbagai siaran seantero dunia. Kalu bosan dan inginkan rehat, singgah sebentar di perhentian-perhentian rehat yang disediakan oleh kerajaan di Lebuhraya PLUS. Nampak mudah bukan? Alangkah beruntungnya mereka yang termasuk dalam kategori ini.
Tapi janganlah merungut atau mudah putus asa sekiranya kita tergolong dalam golongan yang pertama. Setiap titik peluh yang mengalir bukanlah jatuh menimpa bumi dengan sia-sia. Pengalaman yang ditempuhi sepanjang perjalanan yang penuh mencabar itu pastinya dapat mendewasakan dan mematangkan diri. Mengajar erti kesabaran sebelum mengecapi kebahagiaan. Barulah seseorang itu dapat merasakan kemanisan dalam perjuangan. Itu la yang dikatakan ujian Allah. Bukan semua org diberi kesenangan, dan bukan semua org juga diuji dgn kesusahan. Namun, ganjaran Allah pada hamba2Nya tidak pernah berat sebelah. Cakap psl ujian ni, teringat tafsiran surah al-Baqarah ayat 286:
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya, dan ia mendapat seksa (dari kejahatan) yang diusahakannya…” (2:286)
Oklah, semoga dapat berkongsi sesuatu setelah lama menyepikan diri. Kalaulah blog ini diibaratkan seperti diari peribadiku. Tentu sudah tebal berhabuk kerana dibiarkan terlalu lama tanpa dijenguk di ceruk almari itu. Tak mengapalah, akan kusingkirkan habuk yang melekat itu secara beransur-ansur. Supaya pembersihan yang rapi itu tidak meninggalkan kesan yang hitam dan kotor. Yang pasti, meskipun tanpa coretan ku di sini, ia tetap mekar berkembang di hati seperti mekarnya kelopak bunga di bumi Dublin ini.
Wallahua’lam..
Selamat Bermuraja’ah bg mereka yang akan exam. Niatkan usaha kita ini semata-mata kerana Allah. Insya-Allah diberkati dan dipermudahkan. Ameen~
4 comments:
Salam adah..
huhu..sudah lama bercuti, dan muncul dgn entry yg mantap.hebat..huhu..
Masa Dr Fadzillah Kamsah dijemput utk memberi ceramah motivasi dkt sekolah lama kte (masa form 3), beliau pernah bg kenyataan..setiap org ada cara belajar masing-masing..and masing-masing kena figure out sendiri, mcm mn cara belajar diorg yg paling baik..
Dia pun ada beri kenyataan, kadang-kadang ada org duduk berjam2 tapi kuantiti sedikit je, ada tu,duduk 10 min je, tp dah cepat faham. Contohnya, dalam satu kelas, sumer org dpt cikgu yg sama, pengajaran yg sama,tapi markah exam berbeza..yg ini sebab keberkatan..
keberkatan dr mak ayah, dr kebajikan yg dibuat, hbgn dgn org sekeliling, dan hati yg bersih..
so yg ptg nk dikejar adlh keberkatan.moga ilmu yg dipelajari, bukan sekadar cepat masuk, tapi melekat pun lama..iALLAH.
wallahu'alam..=)
goodluck exam ye..
wslm amie~
thanks 4 d long comment..leh wat entry baru dgn komen amie ni..hehe..gomen neh~ (sorry in japanese)..xdpt nk reply pjg2..kekangan masa yg diwujudkan oleh rasa kecuakan sbb nk exam ni..hoho..next sem xmo study last minute dh..=P ape pn, thanks again to amie sbb masih menjadi pengunjung setia blog usang ni..=D
best la kalau belajar sambil mendengar radio..perghh..layan..tp aku x penah lg belajar sambil tgk tv..belajar sambil layan ym penah la..
oo..wak suka belajar smbil layan YM..patut la aku slalu diganggu wkt tgh study dgn audible2 yg membosankan dr wak..isk2..
Post a Comment