Kurangkapkan syair rindu buatmu
Lalu kujadikan sebuah lagu
Buatku dendangkan untukmu ibu
Tanda kasihku tetap satu
Semerdunya buluh perindu
Tidak semerdu suara kasihmu
Yang pernah dulu mendodoikan daku
Dalam dakapan hikmahmu
c/o
Pernah dulu kau bermadah
Berpeganglah pada tali Allah
Jalan yang gelap nanti tersuluh
Segala yang susah kan jadi mudah
Bila iman menerangi jiwa
Akan tetutuplah lubang dosa
Berwaspadalah jangan alpa
Sesungguhnya syaitan menanti masa
Pagarilah hatimu dengan ketakwaan
Sinarilah ia dengan kemuliaan
Apa yang baik jadikan tauladan
Moga engkau dicintai Tuhan
Berkat usahamu yang tulus murni
Kini tertanam iman yang suci
Disanubariku berbunga wangi
Bakal menghiasi taman yang abadi
Just a short update again. Haish~ bila dh start berblog blk ni. Asyik terasa nk update je. =P
Sempena Hari Ibu (13 Mei), saya nk amik kesempatan ni utk ucapkan Selamat Hari Ibu utk Umi (Hjh Sahanah bt Husin). Smoga beroleh kesejahteraan dan kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat. Ameen~ Terima kasih atas segala pengorbanan wang, masa, tenaga yg Umi curahkan untuk membesarkan anakmu yg seorang ini. Doakan perjuangan anakanda di perantauan. =D

Saya juga nk ambil kesempatan ini untuk mengucapkan Happy Besday in Advanced (15 Mei) buat ayahanda (Hj Md Sarip bin Ahmad) yg berada jauh di Malaysia. Huhu..Sedih tp nk buat cmna. Selalu x berkesempatan untuk menyambut hari lahir ayah bersama-sama. Ape pn, anakanda akan sentiasa mendoakan ayah walau kita berada jauh beribu batu dan dipisahkan oleh selat dan benua. Itu semua tidak menjadi tembok penghalang antara kita. Sob2 (sorry sbb agak emosional untuk entry kali ni..=p)
p/s: Penulis sebenar mengambil keputusan untuk terus berkarya di sini. Terima kasih atas sokongan semua (aih, poyo btul ayat..hehe)
2 comments:
Salam..
wah..akhirnya penulis sebenar kembali menunjukkan taringnya..huhu..
ske lagu untukmu ibu gak..dan lagu hijjaz..tak igt apa tajuk die..
dan ibu dan ayah adalah anugerah dan hadiah paling baik untuk kita..syukurnya, dapat ibu ayah yang memahami dan dar keluarga yang baik2..
baca entry adah ni, buat amie rasa rindu mak*huhu*..lagi-lagi time exam ni..*sigh*
Wslm amie..
sory, x berkesempatan reply komen amie awal2..bz dgn exam..baru exam dunia, idup dh x terurus..haish~
tu la..skdr dpt meluahkan rasa penghargaan terhadap umi dan ayah yg sememangnya byk berjasa kt dlm blog je..ni pn x sure mereka baca ke x..hehe..
bgs laa amie kalu mampu menimbulkan rasa rindu amie kt mak..ape lg nk tunggu..pi la cll rumah cpt2..hehe..wslm~
Post a Comment