CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, 8 June 2007

Trip to Paris..Summer 07

Salam ‘alaik..Bonjour!

Dh terlalu lama rasanya dibiarkan blog ini sepi tanpa sentuhan entry yg baru. Terlalu sibuk dengan urusan2 penting sehinggakan blog ini terpaksa dipinggirkan seketika. Namun, kini aku terpanggil utk menulis kembali di sini setelah lama menyepi. Tentunya entry kali ini menyentuh trip ke Paris hari tu dan juga kepulangan ku ke tanah air yg tercinta.

Ringkasnya kunjungan selama 6 hari di Paris meninggalkan pengalaman menarik yang sukar dilupakan. Bermula dengan pengalaman bermalam di Dublin Airport pd 30/5 memandangkan flight kami adalah pd awal pagi sehinggalah kami sampai di Paris pd jam 9.30 pg, 5/6.

Kami menjejakkan kaki di bumi France itu tepat jam 10 pg waktu tempatan. Kepenatan berjalan seharian tidak menjadi penghalang bagi kami utk terus mengikut perancangan yang telah disusun rapi sejak di Dublin lg. Tempat pertama yg menjadi pilihan kami adalah Sacre Coeur memandangkan ia terletak tidak terlalu jauh dr tmpat penginapan kami, Formule One.

Hari berikutnya, kami tidak melepaskan peluang utk ke Espace Grande Arche, dan Arc De Triomphe. Aku pn xtau nk cte byk2 psl tmpt2 yg ktorang lawat ni. X sempat nk wat research sebelum menjejakkan kaki di Paris. Sibuk dengan persediaan utk final exam dan juga kerja2 persatuan. Justeru, kedatanganku ke Paris hanya berbekalkan cerita2 drpd sahabat yg pernah melawat Paris sebelum ini.

Impianku utk melihat Eiffel Tower secara dekat akhirnya tercapai juga pd hari ketiga. Tentunya aku xmelepaskan peluang utk bergambar dengan berlatar belakangkan binaan yg amat simbolik dengan kisah2 cinta. Setanding dengan lambang cinta Shah Jahan dan isterinya Mumtaz Mahal di Taj Mahal, Agra India. Salah satu pendorong utama yg membuatkan aku teringin sgt utk ke Eiffel Tower adalah sebuah filem dr Indonesia yg bertajuk ‘Eiffel, I’m in Love’.

Impian kami termakbul jua utk makan di KFC halal yg terletak di Rue Sebastopol. Memandangkan org yg terlalu ramai di dlm KFC yg bersaiz sederhana itu, kami memilih utk take away dan makan berhadapan salah satu binaan yg terkenal dengan keunikan escalator nya, Pompidou.

Hari kedua terakhir, kami berkesempatan ke Musee Du Lourve. Tarikan utama kami ke situ adalah utk melihat secara dkt potret original Monalisa, hasil lukisan Leonardo de Vinci yg terdapat di dlm museum tersebut. Selain itu, kami juga berkesempatan utk melihat apartment mewah kepunyaan Napoleon Bonaparte.

Oklah, kat bwh ni ada beberapa gmbr tempat2 yg aku pergi wkt kat Paris. Dah pjg rasanya entry ni. Entry seterusnya akan diceritakan pula pengalaman di Disneyland, dan sekembalinya ke tanah air tercinta. See ya!





Sacre Coeur





Espace Grande Arche





Arc de Triomphe





Eiffel Tower





Pompidou





Inilah pakcik Napoleon yg kaya raya itu..





Apartment mewah kepunyaan Napoleon Bonaparte



P/s: beberapa perkataan yg ktorang belajar kt Paris ari tu..

*Bonjour – Hello
*Musee – Museum
*Lourve - Love

5 comments:

Anonymous said...

byk tul amik gmba aritu eh =p

Anonymous said...

Bonjour..

huhu..hensem juga ye pak cik napoleon tuh..kalau la hidup lg..muahahahha..

best nya g Paris..huhu..jeles2..tp amie nk save Paris utk honeymoon kalau kawin ngan org kaya..kalo tak, mmg x kan jejak la..ahahahaha..=p

eiffle tower tu, sekadar tower eh?..mcm menara elektrik yg x de pape?camtu ke?..*wonder*

owh..slmt kembali ke malaysia!!..sent my lourve hugs and kisses dkt rashid keyh..huhu

munirmuji said...

salam
memariskan diri ye...
aku masih lagi menyusukan gigi kat sini...
sampai msia da ko ye...?
ntah kenapa tetiba aku lupa daratan seketika...
tak nak balik...wahahaha...wei doc!!
aku sakit pinggang ni ..cam ne...?
aku rase mesti bahana aku lupe daratan ni...

Mudzil said...

oit pegi paris xbgtau..siutt xsmpat mau kirim barang..oh ye da dpt jmpa rashid jgn ko kejekan die teruk2 plak..ish3..

p/s:lol,tengok eiffle,i'm in love gak ke..isk2..

Ct AdAh said...

durar yg perasan comei: haha..mestilah byk cik durar oi..beratus2 gmbar dgn pelbagai pose..hihi..smpai full memory card tu..ape pn, mekasih la krn menceriakan hari2 sy di paris! muahaha!

amie: bonjour! haha..apekah? amie dh terpikat dgn pakcik napoleon yg kaya raya itu..xbaik menjadi wanita yg materialistik..kah3x..aah, eiffel tower tu sekadar menara yg kosong..xde pape..org just naik utk tgk permandangan paris dr atas..tggi la..ktorang x naik sbb mls nk beratur n nak save duit..bygkan..naik 2nd floor je kna byr 11.50 euro..lebih baik beli ais krim ke..mknn ke..hihi~ orait! nnti kte send hugs n kisses amie kt my luvly rasyid..=D

munir: wslm w.b.t..aku memariskan diri semggu je munir..skang ni dah me'malaysia'kan diri pulak..haha..xpe, xyah blk..tmba pengalaman dok negara org..org lelaki kna belajar mnjdi tabah..org prmpuan je bole blk kpg halaman..muahaha..ko sakit pinggang ek? mksdnya kurang kalsium la tu..minum susu byk2 utk menguatkan otot2 dan tulang..bukan gigi je yg memerlukan kalsium munir..wokey future dentist! jgn lupa daratan lama2..cpt kmbali ke pangkal jln2..hehe..

mudzil: aku pi paris..xkan nk gtau satu dunia..isk2..terlepas la peluang ko nk pesan ole2 kt aku ek..xde rezki la nmpaknya..ole2 dr UK ari tu pn aku x berkesempatan nk bg..kalu lama sgt aku smpan bnda tu..aku wat harta sndiri je la ek..haha..isk2, aku kn makcik yg penyayang..xde mananya nk dera anak buah kesayangan aku tu..aih, bertmbah comey plak budak tu..ikut jejak langkah makcik dia kot..muahaha..cte 'eiffel, i'm in love' tu best laa..ktorang layan ramai2 kt sunway lps exam sem 1 dolu2..cte tu la yg mendorong aku utk menjejakkan kaki ke paris..=D