CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, 2 August 2007

Tautan hati..

Salam ‘alaik..

Kembali update setelah semggu menyepi. Sememangnya sejak pulang ke msia, semggu sekali baru la aku berkesempatan utk ke sini. Sama ada membalas komen, menjawab di chatter box, dan jika ada msa yg lebih, bertmbah la lg satu entry di sini. =D

Hari ni aku agak free. Sesudah subuh, malas pula hendak bermalas2 di atas katil seperti selalu. Lagi pun, tidak baik diamalkan tdo pd wkt pagi dan bangun apabila matahari sudah tegak. Menutup pintu rezki kata org2 tua. Tp biasa la, yg dilarang tu la yg lg kte nk buat. Hehe..

Tiba2 rasa nk berceloteh kt sini psl ‘tautan hati’. Wkt skolah dolu2, selalu dgr org ckp psl ‘aura’ atau ‘gelombang’ yg ada pd diri kte dan kalu kna gayanya, bole pula dismpaikan pd org lain. Aih, lain benar bunyi nya tu. =P

Kata org, persahabatan yg sejati tidak mengira jarak. Walau dipisahkan lautan dan benua, hati ini ttp bersatu. Hebat juga yer? Tp, mcm mana pula nk dptkan shbt sejati yg mcm tu. Berdasarkan pengalaman sendiri, bila masing2 dh membawa diri. Ada yg merantau ke negara org, sorang ke utara, dan sorang lg ke selatan. Mula2 SMS, call, surat. Dah lama2, setahun sekali bru bertanya khabar.

Ok la, diringkaskan cerita. Pada suatu mlm ni, cuaca kt luar tenang je. Tp entah kenapa aku rasa serba x kena. Hati ini tidak setenang dan sedamai spt selalu. Walaupun dah berkalih kiri dan kanan, mata ini tetap x bole nk lelap. Parah nmpaknya ni..Huhu..

Mungkin krisis dgn seorang sahabat pd ptg td masih tidak mmpu dilupakan. Krisis nya tidaklah sebesar mana. Kata maaf sudah diungkapkan. Tp, diri ini seakan2 ingin mencari sesuatu utk melepaskan semua amarah yg terbuku di kalbu pd waktu itu.

Niatku utk mncari seorang teman bg mendengar cerita ku dibatalkan memandangkan mlm sudah semakin larut. Teman2 ku pasti sedang beristirehat pd waktu ini. Aku membuka majalah dan membaca beberapa muka surat. Namun, pembacaanku menerawang ke tmpt lain. Aku seakan2 tidak bole melupakan rasa tidak puas hati pd shbt ku itu.

Tiba-tiba hensetku berbunyi menandakan sebuah pesanan ringkas yg baru kuterima. Aku buka perlahan2. Apabila melihat nama pengirim. Aku agak terkejut, kerana sudah sebulan lebih kami tidak berhubung memandangkan masing2 sibuk dgn urusan sndiri.


“Hati yang sakit, jika diberi pada manusia akan disakiti. Tp jika hati yg sakit itu diberikan pd Allah ia akan dibaiki. Moga kita benar dalam memberikan hati pd yg berhak. Salam tahajud menyemai barakah”

Aku tersenyum. Sebenarnya msg itu diberikan oleh naqibah ku sewaktu di sunway college dulu. Hati yg panas bagai hendak mendidih ini terus sejuk. Kalu lmbat beberapa minit, bole terbakar rasanya.

Namun, ingatan dr seseorang tika diri ini sedang berkecamuk, berperang dgn hati dan perasaan sendiri amat aku hargai. Lagi2 ia dtg dr seseorang yg aku segani. Yg terlintas di fikiran ku pd wkt itu, mcm mana dia bole tau yer? Mungkinkah aura dr dlm diri ku smpai pd dia? Betapa kuatnya tautan hati jika ukhuwah yg dibina berlandaskan redha Allah.

Aku mls hendak berkira2 lg. Lantas aku bangun dan berwhuduk utk menunaikan solat tahajud. Selesai berdoa, air mata ini deras mengalir. Memanjat syukur ke hadrat Ilahi. Kerana tika diri ini seolah2 rasa kehilangan, Allah dtgkan seseorang utk memberi peringatan. Menyuburkan hati yg kian gersang. Menyedarkan aku bahawa masih ada cintaNya yg tersedia buatku.

Terima kasih shbt, kesalahanmu ku maafkan. Buat Kak Shima, terima kasih juga atas sekelumit ingatan. Salam ukhuwah penuh mahabbah.





"Bertemu cinta dalam halaqah,


Hidup lebih indah terarah,


Menyulam tautan hati kerana Allah,


Terpaterilah ikatan akidah."


“Verily, those who believe and satisfy their hearts with the remembrance of Allah indeed, with the remembrance of Allah, do the hearts find satisfaction.” (13:28)

p/s: Dh dekat setengah bulan Rejab dtg menjenguk kita. Jom rmai2 kte tmbah amalan esp puasa sunat. Slmt beribadah! =D

2 comments:

Tinta Penaku said...

salam. memang tak dapat dinafikan aura antara naqib/naqibah dan anak2 usrah sentiasa bergetaran pada frekuensi yg sama sbb kita sentiasa bertemu, berbincang ttg hal2 yg diredhai Allah. tmbhn pula ada sesi perkongsian mslh slps tamat sesi muzakarah ilmu. dri sini lah kita dpt berkongsi mslh dan cuba menyelesaikannya. tpi bila dh lama tggl usrah ni, rasa mcm terkontang-kanting sendirian dlm menyelesaikan mlsh. xP moga2 akak adah dpt menyesaikan krisis akak tu dgn sebaek2nye. Aja! hehe~

Ct AdAh said...

wslm..

thanks hafiz for ur comment..alhamdulillah, krisis tu dh selesai..n akak bersyukur sbb Allah jdkn krisis tu sbg asbab supaya akak x lupa yg Allah sntiasa ada bersama kte x kira wkt ssh mahupun sng..biasalah sbg manusia, bila ssh brulah kte ingat pd Allah..n ttg tautan hati ni..sbnrnya dh byk kali berlaku..n akak cukup tersentuh bila ada shbt yg tiba2 hubungi kte wkt kte kesusahan..wpun kte x terpikir pn psl dia..sbrnya Allah yg menggerakkan hati org tu..almaklumlah, hati2 kte ni sume berada di bwh jagaanNya kn..moga ukhuwah yg kte bina dgn shbt2 sntiasa mndapat redhaNya..dan tautan hati ini dibina di atas landasan yg benar dan hakiki..insya-Allah..