CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, 15 October 2007

Raya, raya dan raya!!!





Raya pertama sewaktu open house di 179 Mulvey Park..







Raya kedua sewaktu open house di Msia Hall







Kami smpt singgah di park swkt beraya di Cabintelly..



Salam ‘alaik..

X terlambat rasanya untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua umat Islam, tidak kira walau di mana sahaja anda berada. Syawal merupakan hari kemenangan bagi kita semua setelah sebulan berpuasa menahan nafsu drpd makan, minum, dan perkara2 mazmumah yg kdg2 menjadi tabiat harian tanpa disedari spt mengumpat, mencela, bercakap besar, dan sbgnya. Jd, sempena Syawal 1428 H ni, alangkah baik sekiranya kte dpt muhasabah diri supaya ‘Universiti Ramadhan’ yg lalu dpt melahirkan graduan2 yg ISTIQAMAH dalam beramal!

Raya pada thn ni berbeza sungguh dengan raya yang lepas. Rumah baru, housemates baru, jiran tetangga yang baru, dan segala2nya bru. Jika diimbas kembali Syawal 1427 H, aku bergelumang dengan buku biochem pada mlm raya, sarapan di pagi raya dengan bubur nasi instant, berlari2 ke lcture theatre sesudah solat raya, exam biochem pd mlm harinya pula. Huhu.. Suasana yg menyedihkan ttp mengajar aku erti ketabahan yg sbnr memandangkan itulah pertama kali aku menyambut aidilfitri di perantauan jauh dari keluarga tercinta.

Pada kali ini, kelebihannya adalah raya jatuh pada hujung mggu. Justeru, aku dan housemate mengambil keputusan utk mengadakan open house pd pagi raya. Malam raya pula, masing2 sibuk memasak menyiapkan juadah raya sehingga ada yg tdo jam 2-3 pg. Pada thn ini, aku berpeluang utk solat raya di Msian Hall. Tentunya lebih terasa kesyahduan aldilfitri krn takbir raya spt di Msia. Khutbah raya seusai solat raya pula dlm bahasa melayu. =D

Namun, tentunya rindu pada keluarga tidak terbendung. Terubat kerinduan ku apabila mendengar suara ceria ayah, umi, kak ina, dan anak-anak buahku ketika menghubungi mereka di pagi raya, sewaktu sedang bersiap2 utk ke masjid bg menunaikan solat sunat raya. Alhamdulillah, kali ini, aku tidak menitiskan air mata sewaktu mengungkapkan ucapan keramat ‘Selamat Hari Raya, mohon ampun dan maaf atas salah dan silap selama ni, minta dihalalkan makan dan minum..’. Diri ini makin tabah rupanya. Hehe..

Oklah, buat sahabat2 yg masih setia mengunjungi blog yg semakin kesepian ini. Aku ingin memohon ampun dan maaf dari hujung tudung hingga hujung stoking andai pernah mengguris hati, terlanjur bicara, terlajak kata. Aku hanyalah manusia biasa yg tidak pernah lepas drpd melakukan kesilapan.

Wassalam..


p/s: Jom ramai2 puasa 6 di bulan Syawal.."Sesiapa yang berpuasa Ramadan kemudian diikuti dengan puasa enam hari pada bulan Syawal, seolah-olah dia berpuasa sepanjang tahun." (Hadis riwayat Muslim).

4 comments:

AmiE said...

Salam..

huhu..
raya,raya raya!!..
adah..kalau kad x smpi lg thn ni minta ampun lg ek...post russia ni mmgla..sbbnya, bdk2 yg parents htr pos laju kuih muih pun sepi tak de berita..sian diorg..

adah pki baby blue!..huhu..bestnye raya dpt bj ry..alhamdulillah..huhu

selamat hr raya maaf zahir batin..
minta maaf ek kalau ade salah dan silap..terima kasih sbb menjd kwn yg baik..=)..

Anonymous said...

salamz,

Selamat Hari Raya odah, Maaf Zahir dan Batin. Mintak maaf kalau ade tersalah kata, terlanjur bicara, tersinggung dgn apa2 perlakuan aku ini, tersusahkan ko dlm ape2 bentuk sekalipun,huhu..maafkan aku yek.

bye.
p/s: cantik baju raya..biru gitu!..=)

Anonymous said...

selamat hari raya wei..mintak maaf lg sekali..ni utk komen2 membina aku dlu2..huahaua

Ct AdAh said...

amie: w'salam w.b.t, yeah! raya3x..(wpun kt sini just dpt beraya selama 2 hari je..then, dh bz ngan klas n preparation utk exam..huhu)..ok, xpe..phm je psl kad raya tu..thn ni mmg x dpt byk berbanding thn lepas..wpun kwn2 kta dh pos lama dh..xde rezki agaknya..=p baby blue? hehe..dh lama x beraya pkai bju biru..which is my fav colour..bahagia nya raya kali ni..hehe..slmt hari raya maaf zahir batin jugak buat amie! andai ada slh silap slma ni..=D

rais: w'salam w.b.t rais, slmt hari raya kembali..baiklah, sgla kesalahan ko slma ni dimaafkan..len kali jgn buat lagi..hahaha..kira 0-0 la pasni yer..=D

wak: slmt hari raya kembali..haha..tau pn rasa bersalah krn komen2 ko yg konon2nya membina tu..muahaha!