CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, 9 December 2007

Min Qalb Ila Qalb..




Klik play utk dgr [stop kn main playlist terlebih dahulu]


Salam ‘alaik..

Kita sentiasa mendapat sahabat baru. Dan ada masanya sahabat yang lama itu pergi meninggalkan kita. Masa silih berganti. Begitu juga datang dan perginya sahabat dalam hidup kita.

Saya tahu, suatu hari nanti, masing-masing akan membawa diri dengan kehidupan sendiri. Jarak dan masa merupakan faktor utama yang mempengaruhi sesebuah persahabatan.

Namun, jika diberi pilihan. Saya tidak mahu kehilangan sahabat lagi. Cukuplah beberapa orang sahabat yang pernah menceriakan hari saya suatu ketika dahulu, kini sepi tanpa berita. Ada yang hilang tanpa jejak, dan ada juga yang berjaya ditemui kembali setelah pencarian saya selama bertahun-tahun.

Saya tidak mahu bermusuh apa lagi mencetuskan api kebencian di kalangan sahabat saya. Sebab saya sayang mereka semua. Meskipun, ungkapan sayang itu sukar dan jarang diungkapkan di bibir, Hanya Allah yang tahu apa yang tersirat di sebalik hati ini.

Tanpa kalian, sunyilah hidup saya. Tiada gelak tawa dan senda gurau. Tika diri dilanda kesedihan, kalian datang meniup kata-kata semangat sebagai peransang buat saya. Tika merasa dunia seolah-olah gelap gelita, kalian datang membawa cahaya dalam hidup saya.

Betapa manisnya sebuah persabahatan andai tautan hati antara kita adalah semata-mata keranaNya.

Akhir sekali, buat sahabat-sahabat saya, dulu dan kini. Terima kasih kerana sudi hadir dalam hidup saya. Mohon maaf andai tidak menjadi sahabat yang terbaik buat kalian.

-Monolog hati seorang sahabat buat sahabat-




p/s: Kudoakan perselisihan antara kita tidak berpanjangan..

4 comments:

Anonymous said...

mcm sedih je:(.. kenapa my dear ms dundrum??

saya juga tak nak kehilangan sahabat mcm odah...:(

fasobrun jameel.

AmiE said...

Salam..

friends are LOVE..
you WON’T have real friends, if you don’t have love..


they are those that you think of when you have problems

they are the light when the room becomes dark

they are the handkerchief that wipes away all your tears..

they are the mirror when you’re confuse with life

they are the walking stick, accompany you thru your journey..

that’s why.. ONE quarrel with a friend can make the sun hide behind the dark cloud..

and the wind spread the song of sadness..

and you’ll feel no Peace, but only loneliness..

It’s like a blind man sitting on a bench, decide not to walk, coz he lost his walking stick..

it’s like the mirror broken into pieces, leaving your image scattered into tiny bits of shining glasses full of tears

and the feeling is like when you were young, and your ice cream fell down on the school stairs

and sometimes, it felt even worse that getting low grades and bad marks..

and worst than the feeling when you burn your cooking for the dinner

and worst than missing the bus to class, and coming late as well

and trillion million times worst than when you lost your MP4.

Bergaduh itu MESTI..bergaduh lagi pun MESTI..tp, utk memutuskan itu, moga2 jauh skali..=)

fasabrun jamil..

aisyah. said...

awoh,

adah,

ini sgt sweet!

Ct AdAh said...

fez: alhamdulillah, x sedih dh..konflik dgn seorang shbt tu dh selesai..=D jazakillah fez krn menerima diri ini seadanya..(kalu ngan fez, secara automatik ayat mnjadi poyo..haha)

amie: thanks amie~ btul2, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula shbt sndiri..hehe..alhamdulillah, perselisihan ini menjadikan kte lebih menghargai erti sebuah persahabatan..=D

aisyah: hehe..arigatou! kalu i sweet, u pn sweet la jugak..tiada beza antara kte..muahaha!