Bagi mengisi masa kebosanan menunggu kelas seterusnya jam 4 ptg ni, diri ini terpanggil untuk mengupdate blog. Permusafiran selama 2 mggu selama di mesir dahulu dirasakan tidak adil sekiranya hanya diceritakan untuk beberapa perenggan sahaja di dlm entry sebelum ini. Justeru, sy memutuskan utk menulis Jaulah ke Egypt Part II yg lebih menyentuh luahan hati sy sndiri. =D
Mesir atau lebih sinonim dengan gelaran ’ardil kinanah’ merupakan negara yg pertama sekali terlintas di benak sy sejurus slps sy mendapat keputusan SPM kira2 4 thn yg lalu. Sehinggakan ketika mendapat tawaran ke Ireland, sy menangis dan ingin membuat rayuan pertukaran negara. Segala2nya berlaku dlm masa yg singkat, tidak sempat pd tika itu utk melakukan solat istikharah memohon petunjukNya. Dengan hati yang berbelah bahagi, sy teruskan juga pengajian A-Level selama 2 thn.
Alhamdulillah, kini jawapan istikharah sy selama ini terjawab. Bolak balik hati sy selama 4 thn ini juga semakin tenang riaknya. Impian dan matlamat sy semakin jelas kini. Baru lah sy sedar bahawa kte hanya mampu merancang. Tetapi, yakinlah bahawa perancangan Allah jua lah yg terbaik.
Btul la kata orang. Jika nikmat itu dekat dan senang diperoleh, sukar sekali utk mengungkapkan rasa syukur. Sy berbangga dengan shbt2 yg menuntut di Mesir krn ketabahan mereka. Elaun bulanan yang diterima oleh mereka jauh berganda2 lebih rendah berbanding apa yg sy terima di sini. Lagi2 dengan pertmbahan elaun sebanyak 300 euro baru2 ini bersamaan RM 1500. Itu pn, masih ada yang merungut2 kekurangan wang saku.
Budaya juga begitu jelas bezanya. Jika dilihat, orang Arab ini agak kasar dalam kehidupan mereka. Penipuan pada pelancong2 dr luar sering berlaku andai kata mereka tidak mampu untuk bertutur dalam bahasa arab. Masih terbayang2 di benak sy keadaan jalan raya yang sangat sesak dan bunyi hon di sana sini. Anda tidak akan mampu untuk menyeberang jalan sekiranya berjalan seperti itik pulang petang. =P
Berbeza dengan hidup sy di bumi Shamrock ini. Jalan raya merupakan tempat paling selamat tidak kira utk pemandu kenderaan beroda empat, pejalan kaki dan juga penunggang basikal seperti sy. Pemandu dengan senang hati berhenti memberi laluan pd mereka yg ingin melintas di ’Zebra Crossing’.
Dari segi muamalat dengan mereka pula, pernah terjadi situasi di dalam bas. Sy yang agak kepenatan tidak terfikir utk bangun memberi tmpt duduk pd seorang makcik Irish yg sudah agak berumur. Lantas bangun seorang gadis muda di belakang sy mempersilakan tmpt duduknya utk mkck tersebut. Malunya sy! Betapa mereka mengamalkan budi pekerti Islam yang kte belajar secara teori sejak sekolah rendah lagi. Tetapi di manakah praktikalitinya? Adakah nilai2 murni itu juga hilang bersama2 buku agama kte yang sudah reput dimakan dek anai2? Fikir2 dan renung2 kn..
Namun bukanlah tujuan sy di sini utk memperburuk2 kn Mesir dan membangga2kan masyarakat Irish di sini. Jauh panggang dr api. Adalah tidak adil untuk sy menghukum tmpt yg hanya smpt dilawati selama 2 mggu dan dibandingkan dengan bumi Ireland yg telah sy duduki hampir 2 thn. Namun, point yg ingin sy ketengahkan adalah acuan Islam yg secara terang dan jelas diguna pakai oleh msyarakat di Barat.
Masih terngiang2 kata2 seorang shbt pd sy, ’Meskipun banyak keburukan yg kte nmpak pd masyarakat arab ini, dari segi panas baran dan suka menipu, namun janganlah sekali2 kte menghina mereka. Kerana jika diteliti susur galur keturunan mereka, sama la jua seperti kte menghina para nabi kte sndiri.’
Tidak mahu berpanjang2 mencoret di sini. Moga sma2 dpt mengambil iktibar dan apa2 yg bermanfaat dr entry ini. Apa yang pasti, Mesir telah berjaya mengubah persepsi sy terhadap suatu perkara yang impaknya sgt besar dlm hidup sy sekembalinya dr bumi anbiya’ itu. Hanya rakan2 terdekat shj yg mgkin memahami apa yg sy mksdkn..
Wallahu’alam..
Haih
8 months ago
5 comments:
Salam 'alaiki..
Apabila melihat org kafir mengamalkan Islam melebihi dr diri kita sndiri. Cuba muhasabah balik mana silapnya kita. Al Quran dan as Sunnah telah tersedia. Tp adakah kita manfaatkan kedua2nya sebaik mgkin? Tepuk dada, tya iman masing2. Sekadar pendapat ana..
cik adah ubah persepsi psl ape? huuu.. ape dia eh? tak tau..
hahahahahahahaha!
anyway, mmg benar. berjalan, melihat dan mentafsir. ape yg baik kita amik dan smpikan yg baik2 tu kt org sekeliling kita. drops of water can turn into an ocean. inshaAllah.
uwaaa.. nk update. nntkn entry pjg lebar sy :)
salam.
Wah! siap ade sambungan lagi ye :)
Erm mmg tak dpt dinafikan la arab tu macam tu, ketegaq beban org utagha kata :b
panas baran suka gaduh, mencuri lagi-lagi la. setiap bangsa lain-lain ragamnya. Tapi keadaan yg menyebabkan semua ni berlaku. cthnya, dia org ni panas baran tapi lepas bergaduh selesai habis, takda dendam dah. n kes kecurian ni mmg byk la sbb taraf hidup dia org rendah. kebanyakan pn merempat. Kesian jg kdg-kdg. Itu ringkasan ttg situasi sini.
Berkaitan qada' qadar Allah pn mmg tak blh ubah la. “Rabbana ma khalakta haza bathila”. Tiada sesuatu di dunia ini Allah ciptakan sia-sia. Dan Allah itu Maha Adil dlm perancanganNya. Akak pun tau serba serbi hidup sy kan. tmpt sepatutnya pergi, melencong ke tmpt yg tak pernah ada niat nak pegi.
Tapi kena redha, muahasabah balik :) He knows better, who I am? merely a fragile human being.
N hrp sgt-sgt dpt jejak kaki ke Ireland. Yuhuuu~ :D hehe.
Tinta Penaku.
nk blog pasal mesir gak aaa!
anonymous: w'slm 'alaik..jazakillah atas komen saudara/i..sy sokong pendapat saudara/i..manusia ni walau hebat mcm mana pn, tetap kembali pd AQ dan as-sunnah..
intan: sudah gaharu cendana pula, sudah tau bertanya pula..haha..[mls nk gtau..=P]ada kata yg lebih kurang serupa, benih yang baik apabila dicampak ke laut akan berubah menjadi pulau..interesting, rite? ok, sile update pjg lebar..nnti sy dtg menziarah..=D
hafiz: w'slm w.b.t..wah, pjg lebar komen awk..hehe..yup, kte xleh judge dr lahiriah org arab ni je..sbbnya dlm hati diorang kte xtau kn..n kdg2 ada yg jd mangsa keadaan mcm yg awk ckp tu..cthnya taraf hidup yg rendah, etc..ttq qada' dan qadar tu, insya-Allah akak tau dan sedar, perancangan Allah tu la yg terbaik..=D haa..meh la dtg sini sblum akak pulang ke PMC..setahun je lg, insya-Allah..=D
munirah: sile2..=D
Post a Comment