Salam Maulidur Rasul..
Alhamdulillah, tanggal 20 Mac 2008 bersamaan 12 Rabiul ‘awal 1429 H merupakan sambutan hari kelahiran seorang manusia agung, kekasih Allah ke atas muka bumi ini.
Ketiadaannya dirindui umat semesta alam, namun jasanya tetap dikenang sehingga ke ari ini. ‘Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama, Rasullullah wafat meninggalkan sunnahnya.’ (Peribahasa Melayu – edited version)
Terimbau kembali aktiviti rutin setiap tahun mengikuti perarakan maulud nabi anjuran JAIM utk guru2 sekolah rendah agama seluruh negeri Melaka. Kebiasaanya umi akan menempah baju yg seragam khas utk perarakan tersebut. Terasa rindu utk merasai saat itu lg di mana setiap org dengan penuh semangat kecintaan melontarkan selawat pada Nabi s.a.w beserta sepanduk yang pelbagai rupa dan warna.
Saat menonton klip video ‘Tola’al Badru Alaina’ sebentar td, hati ini tiba2 terasa sebak. Sarat dengan rindu pd kekasih Allah itu. Ditambah pula dengan gmbar Masjid an-Nabawi yang merupakan tempat letaknya makam Rasulullah s.a.w. Perasaan tika pertama kali berhadapan dengan makam junjungan besar Allah itu pada suatu ketika dahulu tidak dpt diterjemahkan dengan kata2.
Mgkin jiwa sy pada wkt itu masih terlalu mentah. Jiwa seorang anak kecil yang ‘innocent’ dalam menilai apa jua perkara. Kini, dengan peningkatan usia meskipun baru setahun jagung, barulah sy sedar bahawa pada tika itu, sy sedang berhadapan dengan insan berkudrat biasa tetapi jiwanya sangat luar biasa. Rasulullah Ya Habiballah..
Sesungguhnya, jalan perjuangan yang ditempuhi Rasulullah bukanlah semudah yang disangka. Pelbagai cabaran dan dugaan yang harus ditempuhi bagi memastikan kalimah Allah tertegak di atas muka bumi ini. Bersyukurlah krn nikmat iman dan Islam kte pd hari ini diperolehi dengan mudah. Tanpa perlu berjuang di medan perang, menentang musuh2 Allah, diseksa oleh kaum kuffar, dan sbgnya.
Takungan air di kelopak mata ini tidak terbendung lg. Saya pasti seluruh alam pada tika ini sedang berselawat sebanyak mungkin utk dihadiahkan pd kekasih Allah itu. Semoga kecintaan baginda yang tidak berbelah bahagi pd umatnya tidak disia2kan. Perbanyakkan selawat sbg bukti kte juga cinta dan rindu pada baginda.
Wallahu a’lam..
2 comments:
Salam odah
salam maulidurrasul juga...
;)
w'slm amie..
jazakillah khayran..=D
Post a Comment