CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, 24 September 2008

Monolog sendiri..

BismiLLahirrahmanirrahim..

Tidak sampai 6 bulan lagi tempoh untuk aku berada di sini. Rasa seperti bru semalam bergelar pelajar junior tahun satu. Begitu pantas masa berlalu. Pejam celik, tahun ini (2008 Masihi bersamaan 1429 H) merupakan Ramadhan dan Syawal terakhir aku di bumi Shamrock.

Oleh itu, kesedihan raya pada kali ini sedikit berbeza daripada sebelum2nya. Bukannya tidak rindu pada kampung halaman terutamanya keluarga tercinta. Apatah lagi apabila terkenangkan lampu pelita yang gemerlapan sewaktu malam 7 likur, juga bingit mercun dan percikan bunga api di malam raya. Bubur lambuk dan bazar ramadhan yang tidak pernah sunyi daripada kebanjiran manusia sebelum menjelangnya waktu berbuka.

Namun, apa yang pasti, aku pasti merindui suasana berpuasa dan menyambut lebaran jauh di bumi asing selepas ini. Justeru, setiap detik yang berlalu, dalam setiap deru nafasku, dan selagi nadi ini masih berdenyut kencang, selagi jasad ini masih mampu menghirup udara segarNya di bumi yang aku berpijak tika ini, akan kumanfaatkan sepenuhnya.





Kita masih melihat pada kaki langit yang sma..


Rindu yang hadir ini, harus kutepis jauh2. Pertemuan dan perpisahan itu bukankah terletak di tanganNya. Jika rindu hadir, akan kudongak ke langit kerana kita masih lagi berpayung di bawah awan biru yang sama. Juga berkongsi gemerlapan bintang yang serupa. Semoga dirimu (dibaca: perseorangan mahupun ramai..=D) sentiasa di bawah jagaan serta rahmatNya. Fi hifdzillah. Ameen~

Salam pemburuan Malam al-Qadr~


-Insan yang sedang mengkoreksi diri-
6.17 a.m
24 Ramadhan 1429 H
Dundrum, Dublin

3 comments:

Malik said...

Assalamulaikum wa rahmatullah

I am sorry my sister, we who canot understand this language, possibly you create this blog just for your friends who understand it.Anyhow i am from Pakistan.

Anonymous said...

peh..lg 6 bulan je..ko balik lg awal dr aku..

Ct AdAh said...

Shahid - Waalaikumusalam w.b.t..

I'm sorry coz I just write this blog for fun. So, i write it using my first language. Btw, thanks 4 visiting my blog. I really appreciate it. Thank you~

wak - skrg ni tinggal 5 bln je lg kot..ala2 holiday kt oversea la ni..huahua~