BismiLLahirrahmanirrahim..
Disebabkan sy ditinggalkan bersendirian di rumah (kwn2 pi main boling anjuran ISOC), tiba2 terasa utk merepek kt sini. Haha~ Jd, kalu rasa2 mls nk mendengar sy merepek, xpayah la teruskan baca. Kalu anda nk teruskan baca jugak, tanggungjawab anda sndiri la yer (bunyi mcm scary je. Huahua~).
Lagu ni mengembalikan nostalgia yg sgt mendalam dlm hidup sy. Xperlu rasanya untuk mengimbau kembali kenangan lama, sbb kdg2 hidup ini perlukan ‘privacy’. Haha~ Bagi sy, istilah kawan, sahabat mahupun teman bukanlah sekadar sinonim semata2 bahkan membawa maksud yang unik dan tersendiri antara ketiga2nya.
“Dalam hidup ni, setiap org punya ramai kawan, tetapi sukar untuk mencari seorang sahabat. Sy tidak pernah punya shbt sbb sy x percayakan sesiapa pn untuk menjadi shbt sy” (Kata2 yg pernah sy dengar dr seseorang yang disegani dalam dunia sastera - anonymous)
Jelaslah bahawa sahabat sukar dicari krn kawan utk ketawa ada di mana2. Tapi kawan untuk sama2 berduka, mendengar masalah dan luahan hati kte, bukanlah mudah untuk dicari, ibarat semudah sehelai daun yang jatuh berguguran sewaktu musim luruh yg bru berlalu. Aish~ Itulah istimewanya seorang kawan merangkap sahabat.
Memperkatakan ttg seorang teman pula, mungkin maksudnya lebih luas dan mendalam. Istilah ‘teman tapi mesra’ itu sendiri seringkali mengelirukan sy. Mungkin orang selalu kaitkan teman ni dengan seseorang yang istimewa dalam hidup masing2. Wallahua’lam.
Semakin lama kte berukhuwah dengan seseorang, semakin banyak yg kte tahu ttg orang tersebut. Semakin banyak kelemahan dan keburukan yg dipertontonkan pd kte sbg org yg memerhati. Namun begitu, meskipun setiap helaian dan lapisan berwarna hitam yang kte selak, tidak bermaksud tiada langsung helaian suci dan bersih yg tercatat dalam kamus kehidupan antara kte dan dia. Tp, jika difikir2kn, itu la yang dikatakan fitrah. Kita xkan mampu untuk mencari org yg sempurna melainkan kte melihat sesuatu dr perspektif yang sempurna.
Mengenai kepercayaan pula, hanya diri kte sndiri yang mampu untuk membuat penilaian. Apa yg kte pertontonkan pd khalayak umum, bukanlah 100% sahih dan benar. Apa2 yg tersirat jauh di lubuk hati terletak di bwh pengetahuan kte dan pemilik mutlak hati itu sendiri. Justeru, secara peribadinya, serapat mana pn seseorang tu dengan sy, peratus tertinggi yang sy letakkan adalah 80% (sekurang2nya gred A. Huahua~). Utk ‘kwn, sahabat dan teman’ sy yg membaca entry ini, sy juga tidak menuntut kepercayaan 100% daripada kalian kerana sy tidaklah se'siqah' yg disangka. Hehe~
Wallahua’lam~
p/s: Catatan seorang manusia biasa yang tidak sempurna ttp sentiasa berusaha menuju kesempurnaan~
4 comments:
Assalamu'alaykum
ana siqoh pd enti, jgn risau..;)
waalaikumussalam w.b.t..
haha..ana x risau..syukran atas kesiqohan yg diberi pd ana~ =D
p/s: sejak bila la plak ber'ana enti' ni..haha~
kak odah memang siqah! dijamin oleh JAKIM.. haha tetiba.
Kita dediksikan lagu UNIC ni utk Odah.. mcm dlm my blog..
haha..tu la psl..dijamin oleh JAKIM, di'cop sah'kn oleh SIRIM ek? huahua~
thanks a lot fez, kte dedicate lgu ni kt fez jugak..=D
Post a Comment