BismiLLahirrahmanirrahim..
Uwarghh! Ngantuknya menghadap nota microb utk respiratory module ni. Ok2, lebih baik sy tutup buku n buat sesuatu yg boleh mem’buka lebar’ kn kelopak mata. Hehe~
Hari ni, Dublin sangat cantik! Matahari yang terang bersinar sejak pagi tadi. Meskipun di atas rumput kelihatan ‘frost’ yg memutih menandakan malam tadi, suhu hampir mencecah takat beku atau boleh sahaja bacaan negatif.
Eh, apa yg sy merepek kt atas tu? Huahua~ Tiba2 terfikir utk senaraikan perkara2 yg bakal sy rindui apabila pulang ke Msia nnti. Utk pengetahuan semua, tarikh kepulangan sy ke PMC adalah pd 7 Mac 2008. Jika dihitung dengan jari tangan mahupun kaki, permukiman sy di bumi shamrock ini hanya berbaki +/- 3 bulan.
Perkara yg bakal dirindui:
• Ketenangan.
Damai hati yang sy kecapi di sini tidak sy temukan spjg keberadaan sy di Msia.
Ala bizikrillah thatmainnal qulub. (ar-Ra’du:28) – Reminder to myself!
• Kemewahan hidup
Bukanlah bermaksud sy kaya raya di Dublin. Apatah lg, sy meneruskan kelangsungan hidup di sini berbekalkan duit rakyat yang merupakan rezki kurniaan Allah buat sy. Tapi. Jujurnya nilai 900 euro yang diterima setiap bulan tu bukanlah jumlah yang kecil. Lebih besar dr gaji permulaan seorang doktor di Msia. Hmm..
• Berjalan2 melihat alam
Impian sy sejak dari sekolah rendah lagi untuk bercuti di negara2 sejuk. Alhamdulillah, tercapai juga sejak sy melanjutkan pengajian di Dublin. Ada kwn sy di Msia penah ckp:
“Fuh, ko ckp nk gi Paris mggu depan, gaya mcm nk pegi bandar Melaka je” (quoted from someone. Hihi~)
Kesimpulannya, sy pasti merindui segala suka duka, pahit manis, dan asam garam kehidupan yang sy tempuhi di bumi Dublin ini. Akan kukenang segalanya dalam memori dan kusimpan dalam hati. (Gaya mcm nk terbang blk Msia esok je. Haha~)
p/s: ‘Mood swing' sejak kebelakangan ni menyebabkan penulisan sy ter’altenate’ tanpa sedar. Pre exam syndrome? Wallahua’lam~
2 comments:
900 euro? gile banyak ko ketuk duit rakyat..huahuaua ape lg, kembalikan la kepada rakyat yg memerlukan spt aku nih..huahuaha
haha..poyo ar ko wak..kalu nk diikutkan 900 euro dgn taraf idup kt dublin ni yg amat lah tinggi..ko pndang sblh mata je kot 900 euro tu..isk3x..ape2 pn, mmg aku akn byr blk pn dgn berkhidmat utk rakyat msia lps grad nnti..insya-Allah..bukannya bayar secara cash kpd org2 tertentu ok! huahua~
Post a Comment