CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday 19 February 2009

Garang biarlah bertempat..

“Okie dokie, we will switch tutor for today” , as Dr Iofa entered our tutorial room.

Erkk..rasa mcm nk terjatuh buku di atas riba, pen di celah jari jemari. Namun, satu keluhan lega dilepaskan. Alhamdulillah, Allah mendengar doaku semalam. Thank you Allah. =D

Pengalaman ngeri bersama Dr Louis (atau digelar Doktor berambut blond ;P) sewaktu workshop hari isnin yang lepas, ke
‘TEGAS’an luar biasa beliau pada hari itu menyebabkan semua ahli kumpulan sy kecut perut. Sehinggakan ada yang menggigil2 sebelum disoal oleh beliau. Soalan yang mudah pun tidak akan mampu dijawab dalam suasana sebegitu.

Sebaik sahaja pulang ke rumah, buku yang jarang2 dibuka, ditelaah dari kulit ke kulit. ‘The causes of clubbing for every systems’ dihafal dan diulang2 dari meja makan sehinggalah apabila meletakkan kepala di atas bantal untuk tidur. Sungguh menggelikan hati apabila ketakutan sy utk menghadiri workshop terbawa2 hingga ke dalam mimpi dan igauan sewaktu tidur. Hihi~

Tiada apa yang menarik utk dikongsi. Cuma mutakhir ini kerap kali kami membicarakan perihal dua org tutor utk workshop ‘History Taking’ n ‘Physical Examination’. Ditakdirkan utk mendapat tutor yang garang tetapi apakan daya, diri ini pasrah kerana ilmu beliau yang ingin sy timba. Soal garang mcm singa mahupun harimau ditolak tepi.

Terfikir realiti doktor2 di Malaysia. Daripada cakap2 orang, doktor di Malaysia berganda2 garangnya. Boleh luruh jantung setiap kali disoal ketika rotation di hospital.


“Being a non judgmental nicer doctor” (quoted from Dr Iofa)



Mulai saat dan ketika ini, sy berazam untuk tidak menjadi tipikal-stereotype doktor Malaysia yang sering dipandang negatif. Tidak salah untuk tegas dalam sesetengah perkara, ttp garang tidak bertempat itu bukanlah prinsip sy. Dari perspektif perubatan, orang yg suka marah2 ni senang dapat tekanan darah tinggi. =P

Wallahua’lam.

8 comments:

Anonymous said...

Haha odah dah 'merasa' betapa kecut perutnya medical student bila berhdapan dgn doktor yang garang. haiih, semua benda dia nak kita ingat. walhal gitu lah sepatutnya kan..

dengar cte kat msia lagi teruk.. uishh, seramnya. tak terbayangkan (menakutkann..grr)

Ct AdAh said...

tu la psl fez..ingatkan kt oversea ni xkn jmpa doktor garang2..ada rupanya..isk2x..rasa nk nangis je wpun turn utk kna soal tu lmbt lg..hohoho~ xpe, faeza cuma berhadapan dgn doktor2 di msia sbg junior doc nnti..drpd kte yg perlu berhadapan as stdnt doc..lg menakutkan kot..doa byk2 smga Allah bg kekuatan..ameen~ ;)

Purpleheart said...

Adah, jangan jadi doktor garang, nanti orang tak sakit pun jadi sakit, pastu orang sakit pun bercinta nak jumpa doktor. Tapi kak su rasa adah tak macam tu kot.. dari segi gaya penulisan tak nampak pun adah ni garang.. entah la, agak aje..

Ct AdAh said...

hehe..tenkyu kak su..insya-Allah sy akan cuba utk tidak menjadi doktor yg garang..dr segi gaya penulisan, peratus utk menilai peribadi seseorang tu agak tipis berbanding kte berhadapan dgn die face to face kot..xpe kak su, ada jodoh..kte jmpa suatu ari nnti..biiznillah~ =D

Anonymous said...

doktor garang x best..nurse cun best..huahuahuahua

Ct AdAh said...

cess..ko ni, cuba la skali skala menjaga pandangan mata tu..=P

hanfabulous said...

seriously louise garang camtu? huhu. ktrg x kn lg. stakat ni still okay la. jgn la lps ni die jd camtu kt ktrg..

Ct AdAh said...

haha..dia tegas je sbnrnya..xpenah la garang n mrh2 ktorang smpai kna denda ke..maybe sbb ktorang x prepare sgt kot han..tu yg dia nk trigger ktorang supaya baca buku bila blk rumah..bukan semata2 dtg workshop n nganga..:D