CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday 25 June 2010

Psych oh psych...

BismiLLahirrahmanirrahim…

Dah lama rasanya x menjenguk di blog sendiri yang meronta2 minta diupdate saban hari. Meskipun sesekali datang menjengah sekejap, jari jemari ini terasa begitu malas untuk menari2 di atas keyboard seperti sebelum ini.

Ok, mukaddimah yang dah basi agaknya. Cakap sahaja la tuan punya blog ini sudah malas. Senang cerita, bukan? Haish~

Hari2 yang dilalui sekarang dirasakan mendung sahaja sepertimana cuaca di bumi Penang pada tika ini yang saban hari ditimpa hujan. Kalaulah kitaran bumi Tuhan ini juga sama seperti kitaran perasaan dan emosi kita, alangkah senangnya kehidupan ini. Selepas hujan, pasti ada pelangi yang muncul, dan awan mendung berarak pergi digantikan dengan pancaran matahari yang cerah bersinar. Hmmm…

Setiap hari berhadapan dengan pesakit2 yang menghidapi penyakit mental dan masalah jiwa sewaktu rotation psychiatry ini kadang2 membuatkan saya juga turut sama tertekan dek kerana bersimpati dengan masalah yang mereka hadapi. Kadang2 terasa seperti sy juga ‘fixed’ dengan kriteria2 DSM 4 utk didiagnos sebagai salah seorang pesakit psychiatry. Haha~




Kesimpulan yang bole sy ambil berdasarkan pemerhatian sy sepanjang 3 minggu berada di dalam rotation ini. Hidup ini sangat komplikated. Dan akan menjadi terlalu komplikated sekiranya kita hidup tidak bertuhan. Sekurang2nya, jika sy sedih ataupun susah hati, sy tahu Allah itu ada dan dengan menangis pada Dia, jiwa terasa lapang meskipun untuk seketika.

Ok lah, tidak mahu merungut2 di blog sendiri. Doakan sy supaya cepat2 minat dan menyukai rotation ini. Bukan mudah untuk memahami jiwa orang lain sebelum memahami jiwa sendiri. Wassalam~

Salam satu hati satu jiwa,
Cik Siti

3 comments:

ainshams said...

salam odah..
huhu..inilah 'medical student syndrome'.. kdg2, bljr psl tajuk tu, rase cam kiter ppon adre symptoms tu.. huhuuu..
odah, stabilkan emosi.. jgn terpengaruh dgn pesakit.. anda mampu mengubahnyer :P

Ct AdAh said...

w'slm ain..hihi..mmg itu masalahnya smpai skrg..dh buat mcm2 rotation ni..sentiasa je mendiagnos diri sndiri yg bukan2..haha~ xpe, yg pnting..xmo jd psychiatrist kot..xreti deal dgn jiwa dan perasaan org..=D

Anonymous said...

memahami jiwa sendiri..wow..wow..wow