CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday 28 September 2010

Life is a ‘point of no return’

BismiLLahirrahmanirrahim...

Dalam ketegangan, keserabutan dan emosi yang bercampur baur menghitung detik2 terakhir munculnya peperiksaan akhir POPPH, cara yang paling terkesan adalah dengan menelaah buku bukan ilmiah. Heh~

Lasykar Pelangi, sudah hampir setahun lebih buku itu berada di tepi bantal, setiap malam hanya mampu menghabiskan paling banyak pun dua muka. Kadang2 cuma mampu membaca satu ayat, kemudian menutup kembali buku itu, dan diletak kemas2 semula di tepi bantal sebelum melelapkan mata. Sesungguhnya, buku itu telah menjadi ubat tidur yang paling mujarab selama ini.

Namun, persepsi sy terhadap buku itu tiba2 berubah dua hari lepas. Sy mampu membaca bait2 ayat, helai demi helai tanpa berkerdip walau sesaat pun (hyperbola ok! Haha~) selama 2-3 jam. Ajaib sungguh. Inilah syndrome pelik yang akan sy hadapi apabila istilah ‘exam’ semakin menyesakkan dada, menyempitkan pernafasan.

Sebenarnya bukan buku Lasykar Pelangi yang ingin di’highlight’kan dalam entry ini. Tetapi berhubung kait dengan satu frasa yg saya temui dalam buku tersebut yg membuatkan fikiran sy terawang2 sebentar membelah angkasa menuju ke langit ketujuh.


“Point of no return’



Untuk membaca poem yang pernah dimuatkan dalam buku literature zaman skolah menengah dolu2, klik di sini : The Road Not Taken by Robert Frost~


Bahasa mudahnya, titik di mana tiada jalan pusing, cuma bole terus sahaja. Sy terfikir frasa yang ringkas dan nampak ringan itu sangat tepat dalam menerangkan apa itu kehidupan. Berbekalkan pengalaman hidup yang diibaratkan seperti sesudu kecil garam, hidup ini adalah pentas sandiwara yang tiada butang rewind, stop, pause. Cuma ada butang ‘play’ sahaja dan ia berfungsi secara automatic bermula dari keluar dari rahim ibu sehinggalah liang lahad datang menjemput.

Kadang2, apabila sampai satu ketika. Kita jadi keliru untuk membuat keputusan. Risau kalau2 perhitungan yang dibuat adalah salah dan impaknya adalah penderitaan untuk sepanjang hayat, bersama penyesalan yang tidak berpenghujung.

Berbalik pada qada’ dan qadar, kita wajib mengimani bahawa segala apa pun yang berlaku ke atas diri ini telah di’program’kan dan terekod dengan baik di Luh Mahfuz. Setiap orang bahagiannya lain2, rezeki nya lain2, dan ujiannya juga lain2.

Mengambil contoh termudah, sy tidak pernah terfikir untuk menceburi bidang kedoktoran sejak di bangku sekolah. Antara professional yang pernah tersenarai dalam list cita2 sy adalah peguam, akauntan, saintis, jurutera, dan wartawan. Selepas keputusan PMR keluar, sy tanpa berfikir panjang terus memilih kelas aliran agama sementara menunggu tawaran SBP. Sy sangat bersemangat untuk belajar subjek akaun, ekonomi, etc kerana sy sangat meminati dengan angka dan kira-kira. Tup2, surat tawaran yang sy terima menawarkan sy aliran sains agama.

Jujurnya, sy tidak pernah terfikir untuk belajar kimia, fizik, dan biologi disebabkan stigma yang sangat teruk berdasarkan cerita2 yang pernah sy dengar. Kadang2 sy terfikir, adakah sy telah hilang kewarasan sebentar semasa mengisi borang SBP dahulu dan menanda pada kotak jurusan yang dipilih, ‘Sains Agama’ tanpa sy sedar. Sampai ke saat ini, sy terfikir, saat sy mencalit kecil pada kotak itu telah menentukan di mana sy sekarang, seorang pelajar perubatan tahun akhir yang akan menamatkan zaman bujang, ops! Silap.. Sebetulnya zaman belajar pada bulan 6/7 tahun hadapan. Insya-Allah.

Banyak lagi benda2 yang berlaku dalam diri ini yang kadang2 membuatkan sy termenung sebentar. Mengenang semula titik2 di mana sy terpaksa membuat pilihan, mempertaruhkan nasib dalam konsep tawakal pada Dia yang satu. Adakalanya ‘turn out’ nya positif, dan adakalanya negatif. Namun, walau seburuk mana pun ia pada pandangan orang lain, pasti ada hikmah tersembunyi yang tidak terjangkau oleh ilmu manusia yang terbatas.


‘Allah tidak akan membebankan seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya……’ (2:286)

Itulah kehidupan di atas muka bumi ini. Suatu perjalanan panjang penuh berliku menuju destinasi yang satu. Kematian hanyalah satu daripada berjuta titik bagi perjalanan yang lebih panjang lagi, kekal dan abadi iaitu di akhirat sana. Wallahua’lam.

4 comments:

myra miraei said...

hurmm setiap yang berlaku mmg dah ditetapkan... "selamat menempuh exam wahai cik dukter...gud luck ;p"

Ct AdAh said...

yupp..itu la yg cuba disampaikan wpun melalui ayat yg berbelit2..hehe~ trima kasih myra miraie..=)

Unknown said...

odah, lama xvisit blog odah.
smga Allah mudahkn sgla urusan =)

Ct AdAh said...

asma!

kte pn dh lama x update..malas! hehe~ smga Allah mudahkan urusan asma juga..=)