CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday 25 October 2010

Post paeds exam~



Jika kamu berasa letih dan lelah,
Pandanglah ke langit dan tersenyum.
Kerana di sana
Bulan dan bintang turut tersenyum padamu.

Keindahan malam itu tidak pernah sirna
Dengan kerlipan bintang dan cahaya rembulan
Tetap menjadi pujaan
Para pemuja alam cakerawala

Namun, sudah menjadi lumrah
Tiada yang kekal mutlak sampai akhirnya
Saatnya kegelapan malam
Melabuhkan tirai
Senyuman suria pula menyusul tiba

Aku,
Insan lemah yang hanya menjadi saksi
Di tepi tirai jendela
Dalam diam mengagumi
Percaturan yang penuh sinkroni ini

Aku jadi pasrah
Pada percaturan Nya
Kerana di situ letaknya jiwa hamba
Dalam mengimani kebesaran penciptaNya.

Justeru,
Teruslah tersenyum
Duhai hati yang sedang rawan.

-Cik Siti, 1001pm, 251010, Menara Kuda Lari-

2 comments:

warx.hensem said...

ko lepas exam terus berminda sastera ni ape cer..

Ct AdAh said...

huahua~ nk wat cmna..bila lepas exam je aku mampu ber'mode' sastera..kalux, jgn harap la aku nk mengarang puisi, sajak bagai..haha~