CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, 21 June 2009

Love percentage..

BismiLLahirrahmanirrahim..

Kepala sy dah tepu. Hendak mengacau housemates, serba salah pulak rasanya. Tiada mood juga utk ber’chatting’ dengan teman2 di Yahoo Messenger. Sasaran terakhir adalah ber’facebook’. Tp rasanya sy dan terlalu merepek di situ. Jadi, terpanggil untuk menjenguk di sini. Hehe~

Tiba2 sy terfikir, kenapa perlu wujudnya istilah ‘anak kesayangan’ atau bahasa mudahnya ‘anak emas’ yang diibaratkan bagai minyak penuh yang ditatang dengan hati2, supaya tidak tertumpah keluar dr bekas.

Jika difikirkan semula, bukankah setiap anak yang dibawa ke dunia ini melalui proses yang sma, 9 bulan si ibu berhempas pulas membawa kandungan ke sana sini tanpa sebarang rungutan. Tangisan si bayi sewaktu kelahiran itu pula diibaratkan sebagai satu kepuasan yang tidak terbanding dengan kemewahan seisi dunia.

Si bapa pula mengambil tugas untuk mengazan si comel yang masih terlalu awal mengenal dunia. Hari2 yang dilalui kemudian mengubah persepsi dan tingkah laku mereka sedikit demi sedikit, ibarat kain putih yang dicorakkan dengan pelbagai jenis warna.

Dalam tempoh masa tersebut, bilangan adik bertambah satu demi satu. Lumrahnya, pasti ada perbezaan dari segi layanan dan kasih syg ke atas setiap anak. Jika nakal, pasti rotan sudah tidak asing lg bg si kecil. Sebaliknya, jika mendengar kata, seringkali mendapat ‘gula2’ apabila ayah pulang dr tempat kerja.

Adalah mustahil utk si ibu dan ayah membahagikan kasih syg secara rigid kepada anak2. Sebagai contoh, 33.3% untuk along, 33.3% untuk angah, dan selebihnya utk adik bongsu yang masih kecil.





Berapa peratus anda rasa disayangi?


Jika direnung kembali, ibu bapa berusaha sebaik mungkin untuk membahagikan kasih syg kpd anak2, dengan tidak cuba membeza2kan antara stu sma lain, ttp mampukah kte menyayangi dua insan yang membawa kita melihat dunia ini dengan sepenuh hati sehingga akhir hayat mereka?

Sbg penutup utk enty bersifat kekeluargaan ni, ucapan ‘Selamat Hari Bapa’ ditujukan khas buat ayahanda tersayang, Hj Md Sarip bin Ahmad. =D

P/s: Sebenarnya entry ini ditulis krn teringat cerita cerekarama TV3 minggu lepas, Sucilah hatimu. Bagus jugak bermuhasabah sekali sekala ni.

3 comments:

Fez said...

Itu sebabnya.. Ada kisah ttg Rasulullah yang memohon agar Allah tidak menghukum baginda jika baginda gagal memberi kasih sayang kepada isteri secara sama rata.

Layanan dari semua segi mmg perlu adil. Namun kasih sayang itu subjektif.

Selamat Hari Bapa kepada Uncle hj. Sarip.. ehhe..

Ct AdAh said...

Btul tu fez, kasih syg ni subjektif..ape2 pn, kalu kte nk org syg kte, kte kna la rajin menyebarkan kasih syg ke seantero alam dulu..hihi~

slmt hari bapa kmbali kpd uncle mohtar..hehe~

Anonymous said...

Entri akak agak tergantung. Jadi apa konklusi untuk isu 'anak emas' tu? pd pandangan sy mmg berlaku fenomena mcm ni. bergantung kpd kerenah setiap anak tu. yg selalu mendpt jolokan anak emas ni msti la adik beradik yg lebih muda kan? hehe. apa2 la labu. slmt hr bapa jgk.