Title: The sweetness of my childhood memories
Rules And Regulation: Adalah baik sekiranya anda menulis 25 perkara yg org xtau semasa kecil anda. Di hujung entry, anda harus memilih 5 org utk ditag. Anda amat bertuah jika ditag saya sbb sy ingin tau lebih lanjut tentang zaman comel anda dulu..
1. Beza umur sy dan adik bongsu sy adalah setahun wpun mengikut perkiraan sanawiyah, 2 thn (Dec 86, Jan 88). Disebabkan adalah ssh untuk menjaga dua anak kecil dlm stu msa, sy terpaksa dihantar ke rumah Makcik Ramlah terutamanya pd waktu persekolahan sementara menunggu kakak pulang sekolah. Mungkin disebabkan itu, sy mampu berdikari smpai ke besar dan tidak terlalu manja. (bole caya ke ni? Haha~)
2. Sewaktu sy berusia 6 thn, adik sy juga telah memasuki tadika yg sma sbg pelajar tumpang. Hendak dijadikan cerita, setiap kali si kakak hendak ke tandas, si adik yang akan berjumpa cikgu utk meminta keizinan. Pemalu sgt kot. Haha~
3. Ketika darjah 1, sy berkawan baik dengan Amirah dan Bavani. Setiap kali ayah menghantar sy ke sekolah, mereka berdua akan menunggu sy di pagar sekolah. Kemudian, Amirah akan mengangkat beg sy ke kelas dan diberi upah 20 sen setiap hari. Perkara ini berlanjutan selama setahun sehinggalah sy di’warning’ oleh kakak supaya tidak memberikan duit belanja sy pd Amirah lg.
4. Sy tidak pernah melihat jadual pembelajaran dan mengemas buku. Jd, sy akan membawa semua buku ke sekolah supaya tidak ada buku yang tertinggal. Dengan saiz yang agak kecil, beg sekolah kelihatan lebih besar drpd tuan punya beg.
5. Semasa darjah 1, tiba2 ada dua org guru yang dtg ke meja sy dan meminta buku tulis sy. Kemudian mereka bercakap2 di luar. Apa yang sy dengar, mereka memuji tulisan sy. Hmm..kalu lah cikgu2 tersebut melihat tulisan sy sekarang. Tentu mereka akan kecewa.
6. Sy mula pndai membaca sewaktu darjah satu. Seingat sy, tiba2 sahaja sy reti membaca sebuah artikel di dalam surat khabar berita harian di tengah hari jumaat yg tenang dan mendamaikan. Heh~
7. Sewaktu darjah 5, kelas akan diatur mengikut pointer yang kami perolehi sewaktu peperiksaan akhir thn darjah 4. Pointer sy tidaklah seteruk mana, 4.12. Tp sy ditempatkan di kelas ketiga. Sy amat tidak berpuas hati krn kwn lelaki sy dengan pointer yg sma ditempatkan di kelas pertama. Sejak saat itu, sy belajar bersungguh2.
8. Sy selalu dibuli oleh seorang budak lelaki India, Ernest. Sy akan menangis apabila dia menyorokkan kotak pensel dan botol air sy. Tp, sy tkt untuk mengadu dengan cikgu. Sebab tu dia semakin berani membuli sy.
9. Sy memakai baju kurung sejak darjah 1. Jika dilihat potret kelas sewaktu darjah 1, hanya sy dan Amirah yang memakai bju kurung. Disebabkan sy begitu teringin memakai bju skirt seragam sekolah berwarna biru yg sy rasakan sgt cntik, sy memilih persatuan tunas puteri kerana pakaian seragamnya adalah skirt berwarna coklat. =P
10. Selepas keputusan peperiksaan UPSR keluar, sy mendapat 4A 1B, disebabkan tkt dirotan ayah, sy menyorok di dalam almari sepanjang hari sehingga mendapat green light dr kakak. Ingatkan panas sampai ke petang, rupa2nya mendung di tgh hari. =D
11. Sy akui sy begitu mls utk belajar bahasa inggeris sewaktu sekolah rendah dahulu. Kalu la teacher Rosnah tahu sy pernah menjadi teacher di sekolah rendah sewaktu cuti summer yg lepas, tentu dia berbangga anak muridnya yg paling teruk di dalam kelas 6 Uranus dahulu sudah berjaya. (poyo la pulak ayat ni. Hehe~)
12. Sy pernah bercita2 menjadi seorang jurutera kerana pernah terlihat gmbar jurutera di dalam buku latih tubi sekolah rendah yg sy rasakan begitu bergaya.
13. Sewaktu umur sy 6-8 tahun, saya selalu menyorok di belakang kerusi kayu di ruang tamu terutamanya ketika dimarahi. Di situ sy akan menyonteng dinding untuk meluahkan perasaan. Apa yg sy paling ingat, sy suka melukis gmbr seorang perempuan lidi yang sy namakan ‘Puler’. (peliknya nma tu. Adeh!)
14. Ayah tidak akan membenarkan sy terlibat dalam mana2 rombongan sekolah ataupun perkhemahan di dalam hutan. Mungkin ayah tidak berapa yakin dgn sy. Rombongan pertama yg berjaya mendapat kebenaran ayah adalah rombongan sekolah agama ke KL sewaktu darjah 6. Sy berasa amat seronok padahal tiap2 thn sy ke KL krn kampung sy terletak di situ. Haha~
15. Sy pernah menunjukkan penumbuk secara tidak sengaja kepada tokey kedai basikal yang terletak di kawasan deretan rumah kedai berdekatan tmpt tinggal sy. Uncle tersebut kelihatan sangat marah. Sejak saat itu, sy akan berlari atau berjalan dengan laju setiap kali melintasi kedai tersebut.
16. Nama2 kucing peliharaan sy dan adik beradik mestilah bermula dengan huruf J seperti Jolly, Jelly, Jus, James, etc. Apabila ada di antara kucing sy yang mati, sy akan buatkan kubur yang khas buat mereka. Setiap bulan sy dan adik akan melawat kubur2 tersebut dengan membawa air bunga. Kami juga turut menghadiahkan al-fatihah dan bacaan doa selamat utk kucing2 tersebut. =P
17. Sewaktu kecil, sy pernah terjatuh dan berjahit di dahi akibat pendarahan yang agak serius gara2 nk ikut kakak sy ke tmpt tuisyen. Puncanya adalah sy memanjat almari baju yang agak tinggi dan tergenlincir lalu terhantuk ke bucu almari. Parut jahitan tersebut masih ada sehingga ke hari ini.
18. Sy amat malas utk masuk ke dapur sewaktu kecil. Jika dipanggil umi untuk memotong lada, mengupas ikan bilis, atau mengupas kulit bawang, sy akan merayu pd umi utk melipat kain atau mengemas rumah. Hasilnya, smpai skrg pn sy x reti menyiang ikan. (mcm mana nk kawin ni? Haha~)
19. Terdapat sebuah rumah lama di kawasan quarters Telekom tmpt tnggal sy. Rumah itu dikatakan berhantu disbbkan kawasan sekitarnya yg agak semak dan menyeramkan. Sy dan adik telah mencuri pisau dan sebotol sos cili dr dapur rumah. Kemudian, kami mengajak rakan2 sepermainan utk sma2 masuk ke dalam rumah ‘hantu’ itu. Strategi utk menakutkan mereka berjaya apabila mereka menjerit dan berlari lintang pukang sewaktu ternampak pisau berlumuran ‘darah’ tersebut. Haha~
20. Sy akan berpesan pd ayah supaya menunggu di bawah pokok yang terlindung untuk mengambil sy pulang dr sekolah agama sekiranya ayah membawa kereta mini @ kereta kodok yang baru dibeli pd wkt itu. Ini lah yang dikatakan jiwa materialistic seorang anak kecil. Hihi~
21. Sy tidak suka apabila dikatakan kembar dengan adik sy. Sy pernah meminta pd umi supaya baju raya kami tidak sama corak dan warna. Sy tidak ingat pada usia berapakah perminyaan sy dikabulkan. Hehe~
22. Sewaktu form 1 (bole dikatakan kecik jugak kn?), sy pernah didenda berdiri atas kerusi kerana tertinggal buku karangan bahasa melayu. Kawan lelaki yg duduk di hadapan sy asyik toleh smbil gelak2 dan tersenyum sumbing. Disebabkan terlalu bengang, sy membaling pemadam ke arah dia. Bernasib tidak baik, pemadam tersebut terkena cikgu yang sedang menulis di papan hitam. Apabila cikgu bertanya siapa yg membaling cikgu dengan pemadam, sy terus menangis teresak2 dan kemudian sy terus dibenarkan duduk.
23. Sewaktu darjah 2, setiap murid diwajibkan untuk menghafal sifir 1-12. Sy selalu didenda oleh cikgu matematik krn tergagap2 membaca sifir. Sebenarnya tergagap itu disebabkan sy kurang nmpak mural sifir yang terletak di bangunan bersebelahan. Mungkin bacaan sifir sy akan menjadi lebih lancar sekiranya sy memakai spek pd wkt itu. =D
24. Sy amat menyukai air bergula. Antara air yang sering dibawa ke sekolah adalah air teh, dan air sirap. Pernah ada cikgu menasihatkan sy supaya membawa air kosong sahaja ke sekolah kerana botol berisi air manis tersebut pernah dihurung semut dan menyebabkan meja sy melekit2.
25. Sy sering disalah anggap sebagai anak cina sewaktu kecil2 dahulu. Mungkin disebabkan mata sy yg agak sepet berbanding adik beradik yg lain. Tentu mereka pelik, mata mcm anak cina dh, tp nape kulit gelap sgt. Haha~
Ok, selesai sudah menaip 25 perkara sewaktu zaman kecil2 dahulu. Tersenyum kembali sewaktu mengimbau memori silam yg x mungkin dapat diulang kembali. Masa akan terus berlalu dan tentunya usia semakin bertambah dr sehari ke sehari, hanya memori yg akan terus terpahat di kalbu. Wa akhiran, sy x terasa utk mengetag sape2. Tp bg yg sudi utk menjawab tag ini, dipersilakan. Jgn malu2 deh~ =D
Wassalam~
.
1 day ago
3 comments:
So comel la cikodah... Fact no 22 tu, odah pernah cerita dulu. Nakal budak tu kan.
Kenangan masa kecil memang bisa membuat kita tersenyum apabila diingat semula. Nak juga draf 1. tapi tunggu ada masa lah. :)
nakalnya odah!!!
hahaha..
yg pling comel skali..mcm mana la pulak tiba2 boleh reti baca?haha
tp kan,kita mmg sama selalu kena buli dgn budak india..pastu tkut nk ckp dkt cikgu..
fez - yup, kte penah cte psl insiden memalukan wkt form 1 tu..xpsl2 menangis teresak2 dlm klas..haha~
buat la stu..plsssssss!! (ckup pjg x? hehe~)..teringin nk baca nih..=D
kilah - haha..biasa la nakal zaman kecik2..dh besar2 ni, xleh nk nakal2 dh..=P
pelik kn kilah..pelik tp benar..hihi..seingat2 kte tiba2 bole baca wkt tgh hari jumaat tu..mcm tiba2 dpt hidayah..=D
budak laki india tu aim kte sbb 2nd terkecik dlm klas kot..tp mmg geram sgt kt dia..mcm xde keje lain je nk buat..heh~
Post a Comment