CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, 6 March 2010

Hormonal imbalance...

BismiLLahirrahmanirrahim..

I just read wut Cik Aqilah wrote in her latest entry. Mcm terkena je ni. Hehe~

Ok la, tidak berniat utk men’depends’ diri, menegakkan benang yg basah, atau apa2 sahaja yang sewaktu dengannya.

Sebenarnya bila kte marah, kte ‘susceptible’ utk membuat apa sahaja perkara yg kadang2 bola jd di luar kawalan. Tp Nabi s.a.w sendiri ada memberi saranan pada kte cara2 untuk mengawal marah ni.




Abu Said al-Khurdi meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: "Awaslah kamu daripada sifat marah kerana marah itu menyalakan api dalam hati anak Adam. Maka sesiapa yang berasakan demikian ketika berdiri, hendaklah dia duduk dan jika dia duduk hendaklah dia baring."




Dan bukan itu sahaja, dianjurkan juga untuk mengambil wudhu’ dan bersolat sunat sekiranya kemarahan tersebut membuatkan kte betul2 panas. Jika kemarahan itu datangnya dr Syaitan, moga2 air wudhu’ yg diambil dapat menyejukkan api kemarahan yg sedang membara2 itu.

Jika difikirkan secara rasional, mungkin cara meng’ekspresi’kn kemarahan dalam setiap orang itu berbeza2. Sy tidak suka membebel2 atau membentak2 orang lain jika sy sedang marah. Sy lebih suka membuat sesuatu yg bersifat ‘personal’ seperti menangis, membaling barang2, tidur, dan yang sewaktu dengannya.

Yang terbaru, jika sy marah, blog kesayangan ini pula yang akan menjadi sasaran. Tak pasal2 kawan2 yang tidak tahu menahu terasa seperti sy sedang memarahi mereka. Ampun ya buk! =D




Apa2 pn, Cik Siti tidak garang jika dia marah2 dalam entry sebelum ni. Jiwa nya terlalu sensitif. Mungkin hormon dalam badan ni sedang cuba mengaplikasikan apa yg sedang dipelajari dalam ilmu O&G sekarang. =)

Salam kemaafan dr bumi Penang!

P/s: Pagi sabtu yang indah. Moga bahagia ini smpai ke akhirnya. Insya-Allah~

0 comments: