CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, 15 March 2010

Kisah 6 thn lalu...

BismiLLahirrahmanirrahim..

Baru berkesempatan utk menjenguk kekasih gelapku ini (aka blog Baitus Sa’adah). Hehe~

Sedang khusyuk meng’usha’ gambar2 di Facebook, tiba2 sy tersenyum simpul melihat gmbar ini. Mohon pinjam dr tuan punya FB yer. (Kalu tiba2 dia dtg sini tanpa sengaja.=P)







Sekolah Cemerlang SPM 2009




Teringat perbualan sy dengan umi beberapa hari lalu.

Sy: Umi, KISAS dapat top 10 lg dlm SPM kali ni.

Umi: Bagus la. Mesti cikgu2 banyak bagi soklan bocor.

*Gulp*

Ok, tidak dinafikan. Itu adalah kelebihan kalu kte bersekolah di sekolah yg kebanyakannya terdiri daripada penggubal2 soalan SPM. Suka atau tidak, sedikit sebanyak kte telah dibiasakan dengan soklan2 sebegitu sewaktu ujian bulanan, atau penggal.

Seingat sy, mengimbau kembali malam sy akan menduduki peperiksaan SPM kertas Sejarah lebih kurang 6 tahun lalu. Sampai ke malam sy dan rakan2 sedorm menunggu soklan spot yg dinanti2 tetapi batang hidung pun tidak kunjung tiba. Akhirnya 'ramalan' yg ditunggu smpai sewaktu jam hampir menunjukkan 12 tgh mlm, ramai yg sudah syahid di atas katil pd waktu itu. =P

Tp hakikatnya kami bukan semata2 menunggu soklan spot tersebut dengan goyang kaki bagai menunggu bulan jatuh ke riba. Sedangkan dalam 1-2 bulan terakhir sebelum peperiksaan SPM menjelma, setiap org bljr bersungguh2 smpai bengkak2 mata. Tidak terkira rasanya jumlah malam yg terpaksa dikorbankan pabila memikirkan begitu tinggi harapan yg dipertaruhkan.







Terpaksa pakai kanta pembesar utk mencari diri sendiri yg x besar2. Hehe~




Ok, sy tidak mahu ‘bias’ di sini. Ayat di atas juga bukanlah untuk menjustifikasi apa2. Cuma, sy teramat rindu dengan bumi Waqafan yg banyak mengajar sy mengenal erti ‘perjuangan’ yg sebenar.

Buat KISAS dan warganya, TAHNIAH atas rezeki kurniaan Allah ini. =)

Wassalam~

0 comments: