BismiLLahirrahmanirrahim…
“I know how you feel”
Sebelum ini, sy kerap mengucapkan ayat ini, yang hakikatnya hanya lahir di bibir, singgah sebentar di telinga sy dan org yang sedang menerima ucapan tersebut, tanpa sedikit pn terkesan di hati.
Sy akui, rasa empati sy pada patient agak teruk, hmm..sangat teruk mungkin. Jika sebelum ini, sewaktu mengambil history daripada mana2 patient, sy akan seboleh mungkin menyudahkan semua soalan2 wajib dan kadang2 seperti keretapi ekspres lagaknya.
Mungkin sy sudah ‘immune’ dengan pesakit yang sy jumpa sehari-hari menjadikan sesi mengambil history yang sepatutnya ‘patient-doctor’ relationship kepada ‘object-robot’ relationship. Haish~
“Makcik ada rasa jantung berdegup laju tak sejak kebelakangan ni?” atau “Makcik ada rasa pening2 tak?”
Dua simptom yg sy sendiri lalui beberapa hari yg lepas. Hakikatnya, rasa sakit itu kadang2 tidak boleh diterjemah dengan kata2. Sy sendiri merasa risau yg teramat apabila bangun daripada tidur, tiba2 terasa jantung saya berdegup dengan sangat laju disertai dengan denyutan di kepala yg sangat dahsyat.
Baru la sy faham kata2, ‘berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul’. Bukan senang utk meletakkan diri sendiri di dalam kasut org lain. (mcm pelik je bila terjemah mcm ni. Hehe~)
Alhamdulillah, Allah bg sy peluang utk merasai sakit. Tanpanya, sy tidak akan bersyukur dengan nikmat sihat yg sy ada sebelum ni. Trm kasih pd insan2 terdekat yg mendoakan. I’m getting better now, wasykuru liLLah~
Wassalam~
1 comments:
Wah wah. bagus nich blog. sukses ya...
Post a Comment