CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, 6 May 2010

Common sense~

BismiLLahirrahmanirrahim…

Sementara menunggu azan solat Isyak berkumandang dari Masjid Negeri yang berdekatan, tangan ni terasa gatal nak menari2 sekejap kt atas keyboard ni. =P

Sy selalu terfikir, kalaulah semua orang kt atas muka bumi ni, berfikiran logic berasaskan ‘common sense’, mesti xbanyak masalah akan timbul. Xkira la masalah sesama teman sekuliah, teman sekerja, hatta masalah negara sekalipun. Apa yang sy nk merepek ni ek? Hihi~ Ok, just wanna share one real situation which happened to me few days ago.




Arakian tersebutlah al kisah…

Sy dan Hidayah sedang menikmati makan tengah hari pada jam 10 pagi (ni la akibatnya jika terlepas sarapan pagi) di kantin Hospital Seberang Jaya. Kami memilih meja yang terletak di tengah2 (agak strategik), yang mempunyai 4 buah kerusi.

Seperti biasa, Hidayah akan habis makan terlebih dahulu daripada sy. Dan kebiasannya juga dia akan membeli makanan2 tambahan seperti kuih dan sebagainya selepas itu.=P

Tiba2, muncul di hadapan sy dua orang perempuan cina (seorang emak dan seorang lagi anak perempuannya) duduk di hadapan sy mengisi kekosongan kerusi yang ditinggalkan hidayah tidak sampai seminit yang lalu.

Tanpa berkata apa2, dan jugak tanpa apa2 ekspresi di wajah mereka berdua, mereka terus makan tanpa ada apa2 perasaan. Malah, anak wanita cina berkenaan x abis2 menjeling sy yang sedang menghabiskan makanan. Sy menjeling meja2 lain, sekadar mahu memastikan meja lain sudah penuh. Namun sy agak pelik dan tertanya dalam hati, kerana terlalu banyak meja lain yang kosong.

Tidak lama selepas itu, Hidayah pun kembali semula ke meja dan terus duduk di kerusi sebelah sy yang masih kosong. Lepas menghabiskan nasi lagi sesuap dua, sy terus bangun dan membasuh tangan. Selera makan sy betul2 terganggu dek kehadiran mereka berdua.

-Tamat-




Sy tidak akan marah, malah berapi2 jika sekurang2nya mereka meminta izin untuk duduk sekali. Lagipun, kerusi dan meja makan di kantin itu bukannya kepunyaan sy. Tetapi jika ada nama sy di situ, pasti awal2 lagi sy x akan izinkan mereka duduk di situ.

Bukan tujuan sy di sini mahu bersikap prejudis di atas perbezaan bangsa. Jauh sekali mahu mengangkat isu perkauman di sini. Yang menjadi isu di sini adalah nilai adab yang telah semakin hilang dimakan ‘anai2’ perentas masa.

Bukankah meminta izin atau sekurang2nya senyum itu common sense. Mungkin PM kita kena buat sesuatu supaya ‘Satu Malaysia’ bukan sekadar slogan atau manifesto pilihan raya, tetapi kenyataan yang ada nilai2 praktikalitinya.




Wassalam~

P/s: Common sense based on a strict construction of the term, consists of what people in common would agree on, that which they "sense" as their common natural understanding. [Source: Wikipedia]

4 comments:

Fez said...

Haha. Sensitip nampak cikodah..
Itulah namanya satu Malaysia. Patutnya banggalah ada orang nak duduk semeja ngan awak. But I know sometimes annoying juga kalau tak kena gayanya.

Ct AdAh said...

haha..i mmg sensitif kalu bab2 menjaga tatasulia dan kesusilaan ni tau..ekeke..yg membuatkan lg geram tu, senyum yg dilemparkan diabaikan dan dibalas dgn wajah xde perasaan..mana x panas kakk? haha~

Anonymous said...

Salam adah=)
aduh, jangan bagi tau semua orang saya suka beli makanan 2nd round..haih2x

drMyrisstyca said...

Assalamualaikum wbt...

Komen cik anonymous ni sgt comel sbb semua org dah tau sape cik anonymous ni sebenarnye... hihi...

Miss satu group ngan korg.

Adah jgn marah2.. sbnrnye diorg nk berkenalan kot. haha