BismiLLahirrahmanirrahim..
Entah kenapa, ramai yang mengatakan sy terlalu berlembut dengan golongan adam ini. Sewaktu zaman sekolah rendah, sy masih ingat lagi seorang kawan sekelas sy yang berbangsa India, Ernest namanya. Betapa ligatnya dia membuli sy. Tidak cukup dengan menyorokkan pemadam, botol air, beg, dan macam2 lagi milik peribadi sy. Kadang-kadang dicontengnya buku sekolah sy tanpa belas kasihan. Kejam bukan? Tapi reaksi sy hanya sekadar berkata ‘janganlah!’. Atau paling teruk pun, sy akan menangis teresak2.
Melangkah ke zaman sekolah menengah. Sewaktu di tingkatan satu, pergaduhan terbesar sy dengan golongan adam ini adalah sewaktu kejadian didenda akibat tidak membawa buku karangan ke sekolah. Akibatnya, cikgu Zaharah telah mendenda sy dan Nurul (kwn baik sy yg duduk di bangku sebelah) untuk berdiri di atas kerusi. Jiwa kanak2 perempuan yang sedang melangkah ke alam remaja (Macam poyo sgt la pulak ayat ni. Haha~), tentulah malu jika didenda sebegitu.
Tiba2 seorang kawan sy yang bernama Ikhwan, duduk di depan sy, menoleh2 sambil tersenyum sumbing. Kalu setakat toleh sekali dua, mungkin boleh diterima lagi. Ini sampai dan masuk dekat 10 kali. Sudahlah hati pun panas, menggelegak rasanya. Lantas sy mencapai pemadam di atas meja dan membaling sekuat hati ke arah beliau. Disebabkan bangku sy dua dari hadapan, balingan tersebut tepat mengenai cikgu yang sedang menulis di atas papan hitam.
“Siapa yang baling sy ni?”
Kecut perut apabila balingan yang sepatutnya masuk ke kandang kambing, terlepas ke dalam kandang harimau pula. =D Tanpa sempat membela diri, tiba2 saya menangis teresak2 tanpa dapat dikawal lagi.
“Sudah2, kamu boleh duduk sekarang”, sy pun duduk dengan air mata yang masih berlinang. MALU nya!
Kesan daripada peristiwa tersebut, sy telah menjadi seorang yang anti lelaki. Bagi saya, tanpa golongan ini pun, sy masih boleh belajar, masih boleh aktif berpersatuan, masih boleh membuat apa2 sahaja yang sy mahu. Bermula dari tingkatan 1 hinggalah sy melangkah ke tahun pertama universiti, sy hanya memandang golongan adam ini dengan sebelah mata.
Dan sekarang? Nampaknya sy mula menerima golongan ini walaupun mungkin cuma 60% setakat ini. Persepsi sy pada mereka berubah sebaik shj menghabiskan buku “Men are from Mars, Women are from Venus”. Sewaktu mengemas kini koleksi buku yang sy ada beberapa hari lalu, sy berazam untuk mengulang baca buku tersebut. Jd, bila tiba2 rasa geram terhadap golongan adam ini, sy akan segera ber‘istighfar’ dan berkata dalam hati, “Sabar2, diorang kan ‘alien’ dari planet sebelah”. =P
Akhirul kalam, ‘Hargai persamaan, raikan perbezaan’.
Wallahua’lam~
p/s: Nama2 dlm cerita di atas tidak di'censored' sbb sy rasa diorang xkn smpai pn ke blog ni. Heh~
Sebab balasan dari sabar itu mahal.
1 day ago
0 comments:
Post a Comment