CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, 22 February 2007

La Tahdzan..


Salam ‘alaik..

Ish, penat sungguh hari ni..sgt2 bz..dr pg smpai la ke mlm..urusan dunia xabis2..alhamdulillah..dlm sibuk2 tu..diri ini masih larat untuk menghadiri sitting (lebih kurang je cam usrah)..rasa penat + letih + tired + exhausted ( synonym je sume tu..hehe) dineutralkan kmbali dgn tazkirah dr sahabat2..

Setiap yg berlaku itu bukanlah satu ‘kebetulan’..semuanya telah ditentukan oleh Allah sejak azali lg..semua dh tertulis di luh mahfuz..pena telah diangkat dan dakwat pn telah kering..

Telah termaktub dlm rukun iman yg 6 itu utk percaya dan yakin pd qada’ dan qadar..setiap yg berlaku itu pasti ada hikmahnya..kalu kita xnmpak natijahnya skarang..mungkin esok atau lusa..hanya Allah yg tau..yg pasti, Allah tidak menjadikan satu2 perkara itu sia2..

Hati2 manusia sepenuhnya terletak di bwh kawalan Allah..ttp, kita diberi pilihan untuk merencana hati2 tersebut..perbanyakkan makanan rohani..atau biarkan sahaja ia tandus dan kering..hati yg sudah keras..amat susah utk dilentur kmbali..

Hmm..nk ckp psl ape sbnrnya ni ek? Dh melencong jauh dh..hehe..ntah la..mungkin sume org penah alami..perasaan sedih yg tiba2 hadir dlm diri..mempersoalkan percaturan hidup yg pd hakikatnya hanyalah seperti lakonan di atas pentas teater..Cuma bezanya..kte tidak perlu menghafal skrip atau berlatih berhari2..semuanya berlaku tanpa dirancang..

Tiba2 kenangan lama mengusik tangkai hati ini..betapa jahilnya waktu itu..kalu bole diputar kembali..ingin sahaja aku mengubah segala-galanya..bukanlah niatku utk menyalahkan takdir..apatah lg mempersoalkan ketentuan Ilahi..

Aku sedar bahawa masa yg berlalu itu..biarlah ia terus berlalu..dibawa bersama hembusan bayu yg tidak kuketahui penghujungnya..namun, semakin kucuba utk menyingkirkan dr kotak fikiran ini..smakin ia hadir..

Hati ini yg degil agaknya..ternyata aku tidak mampu utk mendidik hati sendiri..kesannya perasaan sedih ini sentiasa menguasai diri..kdg2 aku terfikir..kenapa Allah uji aku dgn ujian sebegitu..mmg xpatut menyalahkan takdir..bukankah dugaan yg Allah beri pd setiap org itu sesuai dgn kemampuannya..

Hmm..blog ini pulak yg menjadi sasaran pemilik hati yg masih keliru ini..biarlah air mata yg menitis di mlm hari ketika bermunajat kpd-Nya..lidah yg sntiasa berzikir menyebut namaNya..dan hati yg tidak pernah alpa dr mengingatiNya akan menjadi penawar utk mengubat kedukaan ini..


“Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah (pula) kamu bersedih hati padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya) jika kamu orang2 yg beriman” (Al-Imran : 139)

0 comments: