Bangun seawal pagi, terus menjengah ke dlm peti ais..hajat di hati utk melihat nasib pudingku semalam..dgn lafaz bismillah..
Uwaaaaaa..xjd!!!! xmengeras la pulak puding jagung tu..ish2, utk menyedapkan rasa hati.."xpe, this is my first try..i can try to make it again next time", senyum sndiri untuk menyejukkan rasa hati..=)
Semalam hajat di hati nk mengupdate blog ni tengah2 mlm..malangnya ter’over sleep’ pulak..sebaik sahaja selesai menunaikan solat isyak..mata ni terasa berat..kepala pun turut merasakan hal yang sma..tanpa berfikir pjg..masuk dlm duvet dan terus terlena..alarm yang berbunyi jam 1 pagi pun x diendahkan..akhirnya, jam 5 pagi baru tersedar..lamanya tidur..=(
Sbnrnya nk coretkan ttg apa yg berlaku semalam..betapa indahnya jika hari kita dimulakan dgn membaca ayat2 Allah dan peringatan2 ttg hadis Nabi s.a.w..makanan rohani tersebut merupakan mukaddimah yang terbaik bagi mengisi kekosongan hati dan jiwa sebelum memulakan aktiviti rutin yang kadangkala memeningkan dan memenatkan..
Itulah fitrah manusia..betapa sibuk pn dgn aktiviti keduniaan..ayat-ayat Allah jua yg akan dicari utk mewujudkan rasa kedamaian dalam hati..mengembalikan semangat berjuang..menyemarakkan rasa tawadhuk dan syukur dalam diri atas nikmat dan rezeki kurniaannya yang melimpah ruah..
Ish,pjg pulak mukaddimah..hehe..sbnrnya, setiap hari isnin, rutinku untuk menghadirkan diri dalam kelompok kecil bernama usrah..rasa rindu di hati terubat apabila masing2 bertemu di majlis ilmu tersebut lantaran sudah sminggu tidak berjumpa..Begitulah indahnya ukhuwah sekiranya bertemu dan berpisah kerana Allah..tidak dicemari dengan unsur-unsur yg x sepatutnya..kte menyayangi sahabat kita sepertimana kita menyayangi diri sendiri..hal tersebut pernah disebut oleh nabi dalam hadis baginda..
Dalam banyak2 perkara yg disebut oleh naqibahku semalam..antara perkara yang paling terkesan dalam hati adalah mengenai nasib manusia sewaktu hari pmbalasan yang pasti akan kita tempuhi kelak..Allah telah menjanjikan syurga utk semua org yang beriman pada-Nya..janji Allah tidak pernah diragui apatah lagi untuk dipertikaikan..justeru, sesiapa yg berbuat dosa di atas muka bumi ini tetapi dalam hatinya masih wujud rasa keimanan walapun hanya sebesar biji sawi, Allah pasti akan memberikan imbalan syurga padanya kelak..namun, pastinya..neraka merupakan tempat yang paling sesuai untuk golongan tersebut..
Sesiapa yang pernah bergelar penghuni neraka..apabila dimasukkan ke dlm syurga..akan ada seakan-akan cop di dahi mereka yang menunjukkan mereka pernah menjadi penghuni di dalam neraka yang panas membakar itu..lantaran malu dgn ahli2 syurga yang lain..golongan ini meminta utk kembali ke neraka semula..Namun, hakikatnya mereka tidak mampu menahan azab Allah tersebut lalu meminta untuk dimasukkan ke dlm syurga semula..perkara yang sama berlaku berulang2 kali..dan pastinya ia bukanlah pengakhiran yang baik..Na’uzubillah..Smoga kte dihindarkan drpd mnjadi golongan sedemikian..
Selesai berusrah, kaki ini melangkah meninggalkan pintu surau untuk menuju ke bangunan Daedalus bg mem'print' lecture notes sepanjang minggu ini..Satu persatu kaki ini menuruni anak tangga..tiba2 terdengar bunyi yang agak kuat seperti org terjatuh..benar sangkaanku..seorang lecturer (mungkin) yg mmbawa timbunan kertas tersadung anak tangga barangkali lalu terjatuh..aku bergegas untuk membantu sekadar yang termampu..usai mengutip kertas-kertas yang bertaburan, wanita itu mengucapkan rasa penghargaannya dan menghadiahkan senyuman yang kurasakan lahir dari dlm hatinya..rasa kasihan menyelinap dlm diri melihat wanita yang agak berumur itu terjatuh di tangga..tentu sahaja sakit dan rasa malu sekiranya peristiwa tadi disaksikan oleh sesiapa..bukanlah tujuanku untuk menceritakan kebaikan yg kulakukan smlm..tp hal ini berkaitan dgn peristiwa yg akan berlaku tidak smpai 10 minit selepas itu..
Dalam perjalanan keluar dari bangunan Health Science menuju ke bangunan Daedalus..hati ini xabis2 berbicara mengenai hal wanita td..aku pun kurang pasti sbbnya..namun, kusingkirkan ingatan tersebut jauh2 agar tidak timbul sifat riyak atas pertolonganku td..dalam perjalanan, singgah sebentar di Student Union untuk membeli sesuatu..setelah membayar, sewaktu ingin memasukkan syiling ke dlm dompet..tiba2..
Isi dompetku (kad2) terkeluar dan bertaburan di atas lantai..aku terpaku sebentar..tiba2 datang seorang pelajar berbangsa Irish ke arahku untuk mengutip kad2 tersebut..Selesai memasukkan semuanya ke dalam dompetku semula, aku mengucapkan terima kasih kpdnya krn sudi membantuku..ya! perkara sama yg menimpa wanita td berlaku kepadaku pula..walapun situasinya agak berbeza..persamaan yg jelas ketara..brg terjatuh dan ada org mmbantu..
Aku beristighfar dlm hati..syukur atas teguran yg Allah salurkan melalui peristiwa yg berlaku pg smlm..kalu berbuat baik, pasti akan dibalas dgn kebaikan..itu janji Allah yg pasti..justeru, cuba mengikhlaskan diri sekiranya menghulurkan bantuan kpd sesiapa..jgn diharapkan pada pujian dan balasan daripada manusia..kerana Allah Maha Penyayang lagi Maha Pemurah..balasan di akhirat pastinya lebih indah dan kekal..Seorang sahabat di Malaysia pernah mengirimkan kata2 ini melalui sms..
“Jika kejahatan dibalas kejahatan, maka itu adalah dendam.Jika kebaikan dibalas kebaikan, itu adalah perkara biasa.Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah kezaliman.Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah sikap kepujian..Moga Allah memberikan kita berlapis2 kesabaran dalam hub sesama insan..”
p/s: post kali ini hanyalah monolog sendiri..sekadar memenuhi waktu sementara menunggu waktu subuh..smga dpt berkongsi sesuatu wlpun agak pjg dan meleret2..=)
Haih
6 months ago
6 comments:
i'm first!
emm.. menariknya entry ni odah..
teringat hadis rasulullah..
tidaj beriman seseorang itu sehingga dia menyayangi saudaranya seperti dia menyayangi diri sendiri" (au kama qal)
sayang odah...
ok.. keep up the good deed!
amboi2..cptnya cik fez kte komen ek..hehe..yup, u r d first one i asked 2 read this entry..thanks selitkan hadis rasulullah tu..=)
sja je ubah gaya penulisan..nk mencuba bakat dlm gaya penulisan kreatif..konon2nya la..xtau la berjaya ke tidak..org yg mmbaca yg dpt menilai..
n'way, thanks again sbb sudi melawat blog kte yg bru berusia setahun jagung ni..chewah..uwaa..teringat kt puding jagungku..=p
syg fez!!!
salam adah...macholah entry kali ni, harap munir pn dpt buat camni gak.
sweet2...
smga kita semua berjaya berkasih syg sesama manusia kerana Allah
lupe plak nk comment ttg pudingtuh
xpe2...teruskn usaha
chaiiyokk!!
salam..
to munir: thanks 4 d compliment..xlayak pn..insya-Allah kte akan cuba buat entry mcm ni lg next time..=)
to asma: puding xmnjadi..huhu..kalu jd suatu ari nnti..kte ltk gmbar puding tu besar2 kt blog ni..hehe..n'way, thanks 4 ur support!!!
Post a Comment