Bila kita akan berangkat dari alam ini ianya ibarat penerbangan ke sebuah negara
Di mana maklumat tentangnya tidak terdapat dalam sebarang brosur penerbangan, tetapi melalui Al-Quran dan Al-Hadith
Di mana penerbangan bukannya melalui Air Asia atau AirJordan, tetapi Al-Jenazah
Di mana bekalan kita bukan lagi beg seberat 23 kg, tetapi amalan yang tiada caj lebihan berat, atau tiada caj lebihan berat .Ianya atas kesudian Pencipta kita
Di mana bajunya bukan Pierre Cardin, atau setaraf dengannya tetapi kain putih kotton
Di mana pewanginya bukan Channel atau Paco Rebone, tetapi air mawar dan cendana
Di mana pasport kita bukan Malaysia, British atau American, tetapi Al-Islam
Di mana visa kita bukan lagi sekadar 6 bulan, tetapi 'Lailaillah'
Di mana pelayannya bukan pramugari jelita, tetapi Izrail dan lain-lain
Di mana layananya dalamnya bukan lagi kelas business atau ekonomi, sekadar kain yang diwangikan
Di mana destinasi mendarat bukannya KLIA, Heathrow Airport atau Jeddah International, tetapi tanah perkuburan
Di mana ruang menunggunya bukan lagi bilik air-cond dan permaidani, tetapi bilik 6 kaki dalam gelita
Di mana pegawai imegresen adalah Munkar dan Nakir, mereka hanya memeriksa samada kita layak ke destinasi yang diidamkan
Di mana tidak perlu pegawai kastam dan alat pengesan
Di mana lapangan terbang transit adalah Al-Barzakh
Di mana destinasi terakhir samada Syurga yang mengalir sungai di bawahnya atau Neraka Jahannam
Penerbangan ini tidak dinyatakan nilainya.. Ianya percuma, jadi simpanan (savings) anda tidak akan dihabiskan
Penerbangan ini tidak akan dirampas, oleh itu tidak perlu bimbang..
Sajian tidak akan disediakan, oleh itu tak perlu risaukan masalah alergi atau halal-haram makanan
Jangan risaukan delays, penerbangan ini sentiasa tepat waktunya, ia berangkat dan tiba tepat pada masanya
Jangan fikirkan tentang hiburan dalam penerbangan, anda telah hilang selera bersuka-ria
Jangan bimbang tentang tempahan, ianya telah siap ditempah sejak anda disenyawakan di dalam rahim ibu
Ya! Berita Baik!!
Jangan bimbangkan siapa yang duduk di sebelah anda
Anda adalah satu-satunya penumpang penerbangan ini
Oleh itu bergembiralah selagi boleh! dan sekiranya anda boleh!
Hanya ingat!! Penerbangan ini datang tanpa 'amaran'
Cuma perlu ingat! Nama anda telah ditempah untuk penerbangan
ADAKAH KITA TELAH BERSEDIA UNTUK BERANGKAT???
p/s: kali pertama baca kata2 kt atas tu, trus insaf n teringat psl tiket blk msia yg bru dibeli utk cuti summer nnti..wkt nk beli tiket tu..kalu bole nk cr yg murah, selesa, mknn best, transit kt negara yg xpenah kte pergi..n mcm2 lg la kriteria yg kalu bole msti nk dpt..ye la, bukannya slalu dpt naik kapal terbang kn..dh alang2 naik, mesti la nk servis yg terbaik utk diri sendiri..tp, dalam kesibukan mncri tiket utk pulang ke Msia..kte xsedar yg kte dh lama ‘beli’ n pegang tiket ke satu destinasi yg pasti akan kte pergi..Cuma xtau masanya bila..mungkin esok, lusa, thn dpn, 20 thn lg..xpun, beberapa saat je dr sekarang..darah yang mengalir dlm urat saraf kte ni adalah milik mutlak Allah..ia hanyalah pnjaman sementara utk membuktikan kasih syg dan rahmatNya ke atas kte..Jd, jgnlah dipersia-siakan nikmat tersebut krn apabila sudah tiba msanya..kte akan menyerahkan kembali kpdNya sama ada dalam keadaan suka rela ataupun terpaksa..wkt tu, xde gunanya hiburan, kesenangan, wang ringgit dan harta kekayaan..yg pnting pd wkt tu hanyalah buku amalan kte yg akan menentukan pengakhiran kte sama ada syurga yg indah ataupun neraka yg panas membakar..adakah ia akan diterima dgn tgn kanan ataupun kiri..??? wallahu'alam..
Haih
6 months ago
0 comments:
Post a Comment