Salam ‘alaik..
Petang jumaat yg lepas, aku dan adikku ke Teluk Mas, Melaka semata-mata utk mencari brg2 dapur yg dipesan oleh ayah dan umi memandangkan sudah hampir seminggu kami tidak berbelanja.
Sejak pulang ke Malaysia ini, aku lebih gemar ‘volunteer’ utk membeli brg2 rumah krn di samping itu aku dapat melihat kembali jalan2 yg sering kulalui kira-kira 9 bulan yg lepas.
Aku begitu malas utk memandu ptg itu, adikku pula begitu rajin utk menjadi driver. Oleh sebab tiada parking utk meletakkan kereta di tepi jln, terpaksalah aku turun seorang diri menuju ke Kedai D-Mart.
Mataku begitu sakit melihat aksi salah seorang pekerja yg sedang menyusun bakul-bakul berisi bawang di luar kedai itu. Di hadapannya, seorang perempuan yg aku kira ‘gilfren’ lelaki tersebut sedang asyik membelai-belai tangan lelaki tersebut. Dalam hati aku mengutuk-ngutuk pasangan terbabit. Hendak bekerja atau memadu asmara di situ??
Aku dan adikku yg kehausan krn tidak jmpa brg yg kami cr sejak td mengambil keputusan utk membeli air yg dijual di gerai tepi jln berhampiran kedai tersebut. Kami tidak turun, hanya membeli dr dalam kereta.
Kali ini, aku melihat dr jauh. Perempuan itu telah berubah kedudukan dan kini duduk bersebelahan dgn teman lelakinya. Dibelai2 leher lelaki tersebut smbil bergelak ketawa. Adeh! Geram btul rasa dihati. Ingin shj aku menarik jari jemari yg galak membelai dan mengusap2 lelaki yg bukan muhrimnya itu.
Dalam hati, aku beristighfar. Kalu begini la keadaan remaja Malaysia pd zaman sekarang ini. Bagaimana pula nasib anak cucu kita nnti. Perbuatan maksiat sudah berani dilakukan secara terang-terangan di khalayak ramai. Sudah tidak ada rasa segan silu ataupun malu pd org yg lalu lalang di hadapan kedai tersebut.
Mana perginya rasa malu perempuan tersebut? Ataupun dia merasa bangga berkelakuan seperti itu krn mengikut arus pemodenan yg tidak mengira perihal dosa pahala lagi. Aku hairan, remaja melayu seperti sudah hilang adat-adat ketimuran yang begitu menebal diamalkan oleh generasi terdahulu.
Kalu tidak mahu berbicara mengenai soal adat dan budaya, ke mana pula dicampaknya agama yg secara keras melarang hubungan bebas antara lelaki dan perempuan. Dalam Al-Quran pn byk disebut larangan terhadap perkara-perkara yg membawa kpd zina.
Namun aku sedih kerana tidak ‘kuat’ utk menegur pasangan tersebut. Aku tahu, rasa benci di dlm hati ini merupakan selemah-lemah iman. Sekurang-kurangnya aku sepatutnya menegur dgn lisan ttp entah kenapa aku tiada kekuatan utk berbuat demikian.
Sabda Rasulullah S.A.W:
“Sesiapa diantara ‘kamu’ yang melihat kemungkaran hendaklah ia ‘mengubahnya’ dengan tangannya, sekiranya tidak mampu…hendaklah dengan lidahnya dan sekiranya tidak mampu, maka dengan hatinya. Dan demikian itu adalah selemah-lemah iman.
Justeru, marilah kita sama-sama muhasabah diri. Hanya lantang berbicara di sini namun apabila berdepan dengan realiti, pijak semuk pn x mati. Pengajaran utk diriku sendiri, mengajak org kpd kebaikan lebih mudah drpd melarang org melakukan kemungkaran. Moga beroleh kekuatan dan perkara yg sma tidak berulang lg pd msa hadapan. Wallahua’lam..
Haih
10 months ago

0 comments:
Post a Comment