CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, 12 June 2007

Malaysia..here I come~

Salam..

Malam sudah melabuhkan tirainya. Angin sepoi2 bahasa bertiup di luar. Namun, bilik bersaiz sederhana ini begitu terasa bahangnya. Kadangkala aku rindu dengan kesejukan di Dublin. Berlainan pula halnya sewaktu di Dublin. Aku tertunggu2 utk pulang menikmati kepanasan suhu di Malaysia. Mungkin aku memerlukan sedikit masa utk menyesuaikan kembali keadaan cuaca di tmpt kelahiranku ini.

Mengimbas kembali detik2 kepulanganku di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Begitu banyak dugaan dan cabaran yg menimpaku pd hari tersebut. Bermula dengan pengalaman mengusung dua buah beg besar di Dublin seawal jam 4 pagi ke perhentian bas yg terdekat. Ditambah pula hensetku yg tidak dapat dihidupkan gara2 terlupa pin code sim card ku sejak di Frankfurt Airport. Sebaik sahaja smpai di KLIA, aku terpaksa berkejar ke Pejabat MAS kerana luggage ku hampir2 diterbangkan ke Penang disebabkan sedikit slh faham berlaku antara Luggage Pass milikku dan shbtku, Durar.

Tidak cukup dengan itu, aku terpaksa menunggu umi dan ayah di KLIA selama 3 jam berbekalkan wang syiling 50 sen. Pada mulanya aku berpesan pd ayahku supaya bertolak dr n9 lewat sedikit kerana aku tidak kisah menunggu mereka di KLIA memandangkan flight yg aku naiki tiba di Msia seawal jam 6 pg. Namun, apabila sahabatku satu persatu meninggalkan KLIA bersama ibu bapa dan keluarga tercinta, aku mula tidak senang duduk. Berulang kali aku ke public phone terdekat utk menghubungi umi dan ayah. Mujur mereka sudah bertolak seawal jam 7 pagi dan dijangkakan smpai di KLIA pd jam 9 pg.

Sementara menanti dengan penuh debaran, ramai pula pakcik2 teksi di KLIA yg dtg mendekatiku utk bertanya andai kata tiada siapa yg akan mengambil ku pd pagi itu. Ada juga yg duduk berborak denganku hampir sejam. Aku melayan sajalah. Bukannya rugi ape pn. Paling tidak dapat mengurangkan kebosanan ku duduk seorang diri termangu2 di airport yg begitu sibuk dan penuh dengan orang ramai itu.

Dari jauh, aku melihat kelibat umi dan ayah ku mencari2 di ruang ketibaan KLIA tersebut. Semestinya mereka mencari seraut wajah anak kesayangan yg hampir 9 bulan merantau ke negara org ini. Aku menyalami serta mencium tangan ayah. Begitu lama rasanya aku tidak berbuat begitu. Umi memeluk tubuhku.Terasa seperti hampir menitiskan air mata tika itu. Namun, aku cuba berlagak tabah kerana aku tidak mahu hari yg bermakna ini menjadi drama air mata pula.


“Makan apa kt sana? Nampak semakin sihat.”

Kata2 yg laju meluncur keluar dr bibir umi. Adoi! Walaupun kata2 itu aku kira agak bertapis. Namun, di sebalik nya tersirat pelbagai tafsiran. Aku berkira2 utk menjawab pertanyaan tersebut seikhlas mungkin.

“Bahagia dok negara org, umi..lagipun kt sana sejuk..jarang berpeluh mcm kt sini.”

Umi mengangguk2kn kepala. Mungkin tidak puas lagi menatap perubahan anak nya ini. Ayah pula lebih banyak mendiamkan diri sepanjang perjalanan. Kadang2 diselitkan tentang pertanyaan flight yg ku naiki dan percutianku di Paris.

Hari ke 2, dugaan lain yg dtg menimpa. Aku tidak mampu bangun dr atas katil. Sejak semalam aku rasa seperti hendak demam. Namun, kugagahkan diri ini melayan kakak dan abang ipar ku serta anak2 mereka yg dtg menziarah kami sempena kepulanganku ke Msia. Rindu ku pd Rasyid terubat. Anak buahku itu sudah pandai berjalan, bercakap ‘Ta, Te, Tu’ (termasuk bahasa2 lain yg tidak kufahami butir bicaranya). Berkali2 aku mengajar rasyid menyebut nama panggilanku, Achik. Namun, masih belum berjaya. Mungkin mengambil masa berminggu2. Tidak mengapa kerana cutiku masih pjg.

Hari seterusnya, ayah dan umi mengajakku pulang ke kpg halaman utk berjumpa sanak saudara. Aku membelikan mereka sedikit cenderamata dr Ireland sbg tanda kenangan. Seperti biasa, komen yg aku terima adalah sama. Makin sihat nampaknya. Adeh, terpaksa la aku berusaha menurunkan berat badan seperti dahulu. Komen yg agak diragui adalah kulitku semakin cerah. Mereka mengaitkan dengan iklim sejuk di Ireland. Aku ingatkan, kulit ku akan dikomen semakin gelap memandangkan kami berjemur selama semggu sewaktu di Paris. Tp, lain pula jadinya. Aih, komen2 tersebut aku terima dengan hati yg terbuka dan senyuman yg melebar.

Oklah, pjg pulak aku berleter dlm entry ni. Esok aku akan pulang ke kpg. Teringin nk berjalan2 meronda di Bandar Melaka seperti yg sering kulakukan 9 bulan yg lalu. Mungkin blog ini akan ditinggalkan buat sementara waktu memandangkan tiada talian internet di kpg. Selamat bercuti buat semua. CUTI2 MALAYSIA 2007!

3 comments:

munirmuji said...

typical gals yang merantau luar negara akan mengembang kan diri...

lelaki pulak sekan mengejut seprti tersejat kantiti badannya...

tapi perubahan kaler kulit tu aku rase ko ble jawab...
say guna fair n lovely kat sane.!!!

btw...achik singkatan untuk makcik yang kecik ke...?aku rase kalau amie la memang sesuai gile!!!

Anonymous said...

jgn lupe kem salam kat rasyid..ajar die sebut Angah Rais..keke..

Ct AdAh said...

akhirnya ayah berjaya dipujuk supaya memasang line tel di kpg ni..dpt la online spt slalu..haha..

munir: huhu..1st year je kot jd mcm tu..perubahan cuaca n budaya..hehe..blk 2nd year nnti..aku maintain la blk mcm dolu2..xkesah pn sbnrnya..yg penting hati sng n aku bahagia..=P bdk laki pulak, aku ngk xde beza pn be4 n after fly..ko exceptional lak..panas sgt ke nz tu smpai tersejat..hehe..cuaca sejuk kot faktor yg menyebabkan perubahan wrna kulit..kalu ikutkan, aku mls pkai krim2 pemutih ni sejak fly ari tu..sbbnya air dlm toilet sejuk..so, mls nk basuh muka..sng cte, kalu nk kulit cerah..dok la oversea..hmm, achik tu sbnrnya makcik..tp sbb aku rasa aku terlalu muda utk dipanggil makcik..aku suh la anak2 buah aku panggil achik..hehe..amie mmg sesuai la jugak dgn panggilan tu..tp kna tggu dia dpt anak buah dulu la..=D

rais: orait 'angah rais'..nnti aku smpaikan slm ko kat anak buah angkat ko tu ek..hehe..