Salam..
Sudah dua entry aku membicarakan perihal kisas. Semestinya tidak pernah jemu mengimbau memori sepanjang permukiman ku di situ. Pengalaman yg pastinya tidak dpt dibeli dan dijual dengan nilaian wang ringgit mahupun harta yg bertimbun. Aku bangga bergelar ex-kisas!
Kisas, tidak seperti sekolah2 lain. Sekolah yg mempunyai keunikan yg tersendiri. Setelah menapak kira2 15 minit dr stesen komuter klang, aku melihat kisas dr jauh. Hati ini terasa sayu dan sebak kerana memori silam tiba2 hadir. Pastinya kenangan lama terimbau pabila melihat asrama puteri yg masih sma dan tidak berubah wajah. Cuma kelihatan sedikit usang dr dulu terutamanya Surau al-Muqarrabin.
Melihat Masjid Sultan Sulaiman yg berbalam2 dr jauh tentunya menggamit kenangan beberapa thn yg lalu. Rindunya aku pd Bandar Klang ini. Sepanjang 2 thn di kisas, aku mula jatuh hati pd bandar ini meskipun banyak ckp2 liar yg kudengar dari dulu hingga kini. Biarlah apa org nk kata. Mulut manusia tidak bole dittutup. Kalu x knal, maka x cinta bukan?
Inilah bukti cintaku. Sebenarnya aku rindu untuk menatap wajah2 yg pernah mendidik aku suatu ketika dahulu. Sebaik shj melangkah melepasi pagar kisas, degupan jantung ku bertambah laju. Peluh menitis di wajah sudah tidak dapat dibendung lg. Begitulah debaran yg kurasa apabila kaki ini melangkah masuk ke kisas.
Aku berkesempatan berbual2 dgn 3 org guru yg pernah menabur bakti mendidikku suatu ketika dahulu.
Ustaz Syeikh
Ustaz yg x pernah jemu mendidik kami, pelajar 5/6 supaya mencintai bahasa arab, lughatul jannah. Aku rindu dgn ‘majaz’ dan nasihat ustaz ketika mengajar kami. Masih seperti dahulu. Namun, kelihatan semakin matang, seiring dengan peningkatan usia. Segar rasanya menikmati air cond di dlm coop setelah berjemur di bawah terikan cahaya matahari ketika meredah perjalanan dr stesen komuter ke kisas.
“Alhamdulillah, masih lg berbaju kurung. Zaman sekarang ni, susah untuk melihat remaja2 usia kamu berpakaian begini.”
Aku tersenyum mendengar pujian ustaz. Menjeling amie yg duduk di sebelah ku. Terimbau perjumpaan ku bersama ainul, che pah, amie, dan syerah di Mid Valley smlm. Hanya che pah yg berbaju kurung. Justeru hipokrit kah aku??? Xpe, kte bicara bab hipokrit ni di entry yg lain yer. Hehe..
Antara nasihat ustaz sebelum kami berpisah mencari guru yg lain dan memandangkan ustaz juga ingin masuk ke kelas menyelesaikan tugasan beliau,
“Saya harap kamu sentiasa berpegang pd Al-Quran walau di mana pn kamu berada. Supaya sentiasa berada di landasan yg benar. Dugaan sentiasa ada terutamanya pd zmn skarang ni.” (Ayat yg telah dimanipulasi mengikut pemahaman sndiri)
Ustaz berpesan pd kami supaya menyampaikan slm beliau pd rakan2. Jika berkesempatan, dtglah melawat ustaz di kisas.
Cikgu Nik Norlan
Guru add math ku yg kelihatan nya semakin muda. Apa yer agaknya rahsia cikgu awet muda begitu. Nasib kami baik kerana terserempak dgn cikgu Nik Norlan di tengah jalan ketika cikgu dlm perjalanan ke kantin sekolah. Sedih sbb cikgu x ingat nama ku. Xpe la kalu cikgu yg lupa pelajar. Jangan pelajar lupa cikgu sudah la. X mengenang budi namanya tu. Kembang kempis hidung amie nmpaknya apabila dgn pantas cikgu menyebut namanya, Jalwati Amirah. Ceh, xpe2..that’s ur day. Haha..
X banyak yg kami bualkan. Sekadar bertanya khabar cikgu dan melaporkan perkembangan kami dan rakan2 yg lain. Segan juga kerana berbual di tengah2 dunia berhampiran dewan terbuka, setelah hampir 15 minit, cikgu meminta diri untuk ke kantin. Kami pula meneruskan pencarian di bumi waqafan itu.
Cikgu Harlina
Rindunya pada guru yg seorang ini. Teringat suatu ketika dahulu aku pernah menemui cikgu secara ‘one to one’, semata2 untuk mengadu masalahku di dlm matapelajaran kimia. Pernah juga menitiskan air mata ketika menceritakan masalah peribadiku pd beliau. Al-maklumlah, ketika itu, jauh dr keluarga. Sekiranya ada masalah terutamanya dgn rakan2, xtau pd siapa utk diluahkan. Guru penyayang yg sudah kuanggap seperti ibu ini la yg sudi mendengar luahan hatiku.
Masih juga seperti dahulu. Manis bertudung labuh dan tidak lokek dengan senyuman. Cikgu harlina 4 thn yg dahulu tidak banyak bezanya. Hatiku berbunga apabila cikgu masih ingat nama panggilan ku yg hanya digunakan oleh rakan2 terdekat, ‘Odah’. Kami berbual2 agak lama. Menceritakan perkembangan kami dan rakan2. Juga tidak ketinggalan bertanyakan perihal kisas sepanjang peninggalan kami.
Kisas tidak banyak berubah. Sudah berganti 4 orang pengetua. Landskap masih seperti dahulu. Pelajar2 pula nmpaknya semakin terbeban semenjak penggunaan bahasa inggeris di dlm matapelajaran sains dan matematik. Namun, aku yakin. Dengan adanya guru2 yg cemerlang di kisas, pasti mslh tersebut dpt diselesaikan.
Hal beberapa org guru yg masih kuingat. Cikgu Salina menghidap penyakit kanser payu dara dan telah menjalani pembedahan. Rakan2, doakan cikgu sempat sembuh, amen! Cikgu Wong pula telah berumahtangga dan mempunyai seorang cahaya mata. Bagaimana la rupa Mr Wong skrg yer. Kami x berkesempatan utk menemui beliau. Cikgu Harlina dan empat org lagi guru akan menyambung pengajian di peringkat sarjana pd penghujung thn ini. Justeru, kami berasa beruntung krn mmg inilah peluang terakhir utk bertemu cikgu Harlina sbg guru di kisas. Mungkin cikgu akan berubah angin setelah menamatkan pengajian master beliau 2 thn kelak.
Sebelum kami pulang, sempat bertemu cikgu Norsiah. Walaupun tidak pernah mengajar aku, namun cikgu Norsiah merupakan warden yg tegas dan baik hati. Terhibur seketika dengan usikan dan gurauan cikgu.
Oklah, pnjang btul aku bercerita. Tenang rasa hati apabila melihat kisas masih seperti dahulu. Adik2 yg tekun menuntut ilmu di bumi waqafan itu. Tentunya kisas bukan shj syurga ilmu, namun di dlmnya terkandung mutiara yg tentunya tidak dpt ditemui di tmpt lain. Itulah istimewa nya kisas!
p/s: Pengajaran utk diri sndiri. Menyesal aku pakai ‘heel’ dtg kisas. X sesuai btul. Berjalan selangkah, sebatu pn bole dgr. Adeh, malu2!
8 comments:
i'm first... isk isk isk
sayunya entry ni! rindu kat kisas juga...
cikgu2 yg byk berjasa...
ust sheikh..kata2nya pedas tp cukup bermakna.
cikgu nik norlan.. i'm an add-math spoiler dlm kls. yet, murah rezki dpt A1 spm. dgn izin allah, berkat doa semua.
cikgu wong.. cam x caya cikgu dh ada anak!
and ckgu harlina.. miss u so much!
odah.. entry psl kwn kat kisas xde ke...
fez: u r 1st..n will always be d first in my heart..chewah..hehe..sbnrnya byk lg yg kte nk curahkan mengenai kisas sejak melawat bumi waqafan ari tu..tp x reti nk ekspresikan dgn kata2 yg lebih indah dan puitis utk tatapan shbt2..ape pn, smga memori spnjg di bumi wakafan sentiasa segar dan mekar dlm diri kte semua..esp kenangan dgn cikgu dan kwn2..bukan kisas shj yg unik..penghuninya juga unik..begitulah uniknya ukhuwah kte sume..smga ukhuwah ini dibina di atas landasan cinta Ilahi..ameen!
p/s: fez request wat entry psl kwn kt kisas..hehe..insya-Allah akan diusahakan..tggu yer!
i'm waiting....~~~
huhu..memang sayu lah odah. teringat balik skolah.
keep on writing!
fez: penantian itu suatu penyeksaan..hehe..
kawan@skool: siapa yer empunya nickname ni..ape pn, thanks 4 ur comment..xsngka entry ni mengundang kesayuan org yg membacanya..=D
oh ust sheikh..fobia 5/3..huahuahuahua..
mudzil: buat pe fobia ngan ustaz, bukannya dia mkn org pn..huhu..
ishh...
sedih betul...
sy ni bru je abes spm...
tp dh sedih dh tinggalkn kisas...
Post a Comment