CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, 22 August 2007

Pabila rindu bertamu..




(Sekadar gambar hiasan)




Mujahadah itu ssh dan perit. Namun, pasti natijahnya begitu manis. Begitulah janji Allah! Kuatkah aku utk mujahadah hati yg sentiasa cenderung melakukan maksiat ini. Saban hari, tidak terlepas dr melakukan maksiat mata, telinga, tangan..Astaghfirullah! Pelbagai alasan bg menyedapkan hati utk menghalalkan segala perbuatan diri. Sedangkan matlamat tidak pernah menghalalkan cara.

Tika rindu mengetuk tangkai hati. Rindu pada si dia. Cepat2 aku beristighfar. Jauhkan diri dr mengingati nya. Islam tidak pernah menghalalkan cinta yg tidak syari’e sebegitu. Namun, sbg mahkluk yg lemah dan fitrahnya ingin sentiasa disayangi dan menyayangi, aku sering hanyut dilambung ombak rindu. Salahkah aku?

Pastinya ada yg tertanya2, siapakah si dia yg ku maksudkan. Sudah dimilikikah hati ini? Aduh, soalan cepu mas tu. Aku mls melayan tika sering ditujukan soalan itu. Tidak mahu menipu, lantaran mengambil tindakan mendiamkan diri. Harapan yg mula berputik kusirami dengan mujahadah padaNya. Moga rindu ini tidak melalaikan aku dr trus mengejar cintaNya yg lebih hakiki.

Menghayati bait2 sajak Aminah Qutb yg ditujukan buat suaminya, ku doakan semoga mujahid itu tidak dilalaikan dgn cinta sebegini. Dialah harapan agama bg menegakkan panji2 Islam. Aku tidak mahu perasaan yg hadir tanpa dipinta ini turut melalaikan pejuang sepertinya.

Islam itu tidak jumud apabila berbicara perihal cinta. Bukan jua kebebasan bercinta yg melanggar syariat. Pelbagai batasan yg perlu dipelihara agar perasaan ini disalurkan mengikut jln yg halal. Meskipun penantian itu suatu penyeksaan. Namun, akan kusandarkan harapan yg semakin menggunung ini pd ketentuan Ilahi. Kita hanya mampu merancang. Pastinya perancangan manusia itu tidak pernah memberi jaminan yg pasti.

Kudoakan hati ini diperteguhkan dlm memelihara syariatNya. Usirlah rindu itu jauh2. Rindu lah pd pencipta yg lebih berhak. Kerana diri ini hanya insan lemah. Yg sering lalai dlm meniti arus kehidupan. Seringkali tergelincir dr landasan sebenar. Kerana hati ini begitu gersang. Keperluan jasmani sering dipenuhi. Tuntutan rohani pula seringkali ditolak tepi.

Kudoakan yg terbaik buat diri ini. Aku ingin menjadi sayap kiri yg sentiasa menyokong perjuanganmu. Namun, jika tiada jodoh kita di dunia, aku ingin menjadi bidadari yg setia menanti mu di taman syurga.



p/s: Coretan ini tiada kena mengena dgn sesiapa sama ada yg masih hidup ataupun yg telah meninggal dunia. Wallahua’lam.

6 comments:

Anonymous said...

as usual, i'm first!
p/s: Coretan ini tiada kena mengena dgn sesiapa sama ada yg masih hidup ataupun yg telah meninggal dunia.

hmm.. quote sket ayat yg diragui.
dan soalannya? jadi apa motif penulisan? kalau xde angin, masakan kain terbang.

Ct AdAh said...

fez: Apa motif penulisan? hehe..soklan cepu mas dr faeza..actually, coretan ni ditujukan secara umum buat sapa2 yg membaca..n terpulang utk membuat tafsiran sendiri..stiap org diberi kebebasan menafsir, berfikir, dan bersuara..=D

p/s: pelbagai jenis angin yg membuatkan kain terbang..angin sepoi2 bahasa..angin kencang..hehe..pilih2, jgn x pilih..=P

Tinta Penaku said...

salam. adoi~ terase mcm kena batang hidung sendiri plak kan. Isk2~ laghonye saye. =P tapi biasa la tu, fitrah manusia mahu mengasihi, menyayangi dan dikasihi/disayangi. cuma ada batasan2nya. =)

Ct AdAh said...

hafiz: w'slm..akak x tujukan entry ni wat sesapa..moga sma2 dpt amik pengajaran yg berguna k..teringat buku TENTANG CINTA, tulisan ustaz pahrol..jgn biarkan fitrah mnjadi fitnah..justeru salurkan perasaan yg suci itu utk mencari cinta yg hakiki nan sejati..insya-Allah..=D

elfaqiha said...

ehem...
sakit tekak...
ade strepsils?
^_^

Ct AdAh said...

kak ika: sakit tekak ke? nnti sy bwk blk air asam jawa ke dublin ek..hehe..