Salam ‘alaik..
Lagi 2 mggu aku akan meninggalkan bumi Malaysia bg menyambung pengajianku di Dublin. Pastinya debaran kian terasa dr sehari ke sehari. Masa yg berlalu kurasa terlalu pantas. Kurasakan seperi bru smlm menjejakkan kaki di KLIA. Tanpa ku sedar, sudah 2 bln lebih aku berada di Msia, tanah air tercinta.
Pastinya pelbagai aktiviti yg telah ku lakukan bg menghilangkan kebosanan duduk di rumah. Hari ini, umi mengajar bagaimana utk memasak rendang dan kuah lodeh. Makanan yg kebiasaannya dihidangkan sewaktu hari raya bersama nasi himpit itu membuatkan aku agak sebak. Thn ini aku akan beraya di perantauan lg!
Selesai kerja2 mengupas kulit bawang, memerah santan kelapa, memotong sayur, menggoreng tempe, semua bahan2 tersebut dimasukkan ke dlm kuali seperti yg diarahkan oleh umi. Rupanya x susah utk memasak rendang dan kuah lodeh. Buat rakan2 di Dublin, jemputlah dtg ke rumah aku dan rakan2 di Dundrum sewaktu rumah terbuka nnti. Tidak sbr rasanya utk mempraktikkan ilmu masakan yg aku pelajari drpd umi.

Lebih kurang 2 mggu yg lepas, ustaz dan ustazah di tmpt umi mengajar meminta bantuanku utk menulis Visi dan Misi sekolah tersebut di atas 2 keping zink. Tentunya kerja tersebut agak mencabar kerana menuntut ketelitian dan kesabaran yg tinggi. Habis baju dan seluarku terkena cat sewaktu menyiapkan kerja tersebut. Namun, aku puas hati krn hasilnya tidak mengecewakan pihak sekolah.

2 mggu yg berbaki ini, akan ku manfaatkan utk mengemas luggage dan barang2 yg akan dibawa pulang ke Dublin. Menghabiskan masa bersama keluarga tercinta. Tidak dpt aku bayangkan suasana pd 6 sept nnti. Aku berazam utk tidak menitiskan air mata sewaktu memberi lambaian terakhir kpd mereka. Semoga diberi kekuatan oleh Allah. Ameen~
6 comments:
Sedapnya rendang ayam tuuuu...
kak su: hehe..xde la sedap sgt..org baru menuntut ilmu memasak..jmput la dtg rumah kalu nk rasa..=D
ni je aktiviti ko kat msia..isk2..haha elokla drpd aku menghabiskan beras nenek aku je..haha
wak: cess..x abis2 nk mengutuk..byk je lg aktiviti aku..cuma mls nk senaraikan ok..=P
haha yeay! adah msk rendang and lodeh. tak yah la intan masak. chop! intan buat nasi himpit! hehe
intan: amboi2..cik intan dh cop keje wat nasi himpit je..mana aci cmni..hehe..xde2, sy hanya pembantu chef di dapur..blum lulus lg utk jd chef..=D
Post a Comment