CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, 27 August 2007

Nikmat yg x terhitung!



Salam..

Skrg ni tetiba rajin utk mengupdate blog. Mungkin kebosanan menghabiskan baki cuti sem membuatkan aku mls utk melakukan kerja2 berat (cth: mengecat rumah). Siang mlm masaku dihabiskan dgn menghadap laptop. Melayan rakan2 bersembang di YM, check email, baca blog org lain, n mcm2 lg.

Sbnrnya ada tugas penting yg perlu kuselesaikan dlm msa smggu lebih ini. PACKING!



Ctadah:dh abis packing barang?
Durar: abes?
Durar: sepatutnya tya dh start blum..



Perbualan ringkasku dgn durar di YM. Rupa2nya durar juga sepertiku. Lebih suka melakukan kerja last minute. Sejak 2-3 thn kebelakangan ini, aku lebih suka melakukan kerja di akhir wkt. X kira la utk exam, kerja2 persatuan, etc. Bagiku kepuasan lebih terasa sekiranya melakukan sesuatu apabila dateline makin hampir. Haish~

Aku sering menasihatkan adik2 yg bakal menduduki peperiksaan penting (UPSR, PMR, SPM) dlm program2 motivasi yg aku sertai sbg fasilitator supaya x melakukan kerja last minute. Lebih byk keburukan yg menanti berbanding kebaikan. Ckp x serupa bikin rupanya kakak fasi yg sorang ni. Hehe..

Siang td, aku dan umi ke bandar melaka utk mencari brg2 keperluan ku yg akan di bawa pulang ke Dublin. Seperti biasa, umi ku yg slalu nya terlebih shopping. Berjam2 aku berdiri menunggu umi memilih brg (kasut, beg, tudung, baju). Penyudahnya, aku hanya pulang dgn satu beg plastik, ttp umi pulang dgn 3 beg plastik. Patut la awal2 lg ayah menarik diri drpd menyertai kami. =P

Sebelum pulang ke rumah, tiba2 satu peristiwa yg tidak pernah terlintas di fikiran ku berlaku.



“Umi, mana kereta kita? Bukan parking kt sini ke?”



Peluh menitis. Aku mula berfikir yg bukan2. Ke mana kereta yg kami naiki td? Takkan dicuri org? Namun x mustahil perkara itu bole terjadi. Jika sebelum ini, aku hanya membaca di akhbar dan menonton berita di televisyen yg melaporkan kes kecurian kereta. Namun, tidak pernah terfikir aku akan melalui pengalaman seperti itu.

Air mata aku hampir2 tumpah. Meminta kepastian umi berkali2. Umi pula kelihatan tenang. Tidak putus asa memastikan lokasi sbnr kereta kami. Aku pula sudah mengeluarkan telefon bimbit utk menelefon ayah. Walaupun aku tahu ayah pasti terkejut dgn berita yg akan kusampaikan. Nak x nak, aku perlu memberitahu ayah. Itu tekadku!

Aku nmpak air muka umi berubah. Mungkin krn reaksi aku yg cepat gelabah. Terlalu awal melatah tanpa menyiasat terlebih dahulu. Namun, umi terus berjalan di tempat letak kereta tersebut. Umi mengusulkan supaya kami bertanya pada pak guard yg berdiri tidak jauh dr situ. Dalam perjalanan kami ke situ, tiba2 aku ternampak kelibat kereta MAT 4413.

Alhamdulillah! Syukur ku pd Ilahi. Bayangkan la..kereta yg disangka hilang, rupa2nya masih ada pd tmpatnya. Kesilapan kami juga kerana tidak memastikan btul2 tmpt letak kereta tersebut. Lagipun, hari sudah beransur gelap pd wkt tu.

Senyuman terukir di wajah umi. Aku tahu umi risau sebenarnya. Tp tidak mahu menunjukkan kerisauannya pdku.



“Lain kali, cr btul2..Kan umi kata keta kita x hilang”.



Aku mengangguk2. X mampu utk berkata2. Hanya kalimah syukur yg menghiasi hati ku tika itu. Bagai hendak luruh jantungku pada mulanya. Namun, bila kereta yg dicari2 sudah kelihatan, melonjak riang hatiku.

Pengajarannya, Allah cuma mengambil nikmat dunia yg x seberapa drku utk seketika. Namun, begitu cepat aku su'u dzon pdNya. Dalam fikiranku pd wkt tu, tkt dimarahi ayah. Bukannya redha dgn ketentuan Allah kalu btul2 keta ku dicuri org. Mohon dijauhkan.

Justeru, impak drpd peristiwa td membuatkan aku amat2 bersyukur. Kerana tanpa ku sedar, sbnrnya terlalu byk nikmat kurniaan Allah pd ku. Anggota badan yg sihat, keluarga yg bahagia, pelajaran yg baik, wang ringgit, sahabat2 yg sering mengingatkan, dan byk lagi. Terlalu banyak dan x terhitung nikmat kurniaanNya pd diriku yg hina ini. Moga sma2 dpt bermuhasabah supaya menjadi hamba yg bersyukur! Wallahua’lam..



"Dan Dia telah memberikan kepadamu (keperluanmu) dari segala apa yang kamu mohonkan kepadaNya. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah dapat kamu menghitungnya. Sesungguhnya manusia itu, sangat zalim dan sangat mengingkari (nikmat Allah)" (Surah Ibrahim : 34)

7 comments:

Anonymous said...

sayang umi yg cool!!
haha odah x cool langsung. tengok umi, x gelabh pun. hehe.
tu la lainkali, tgok abih2, baru nak cuak ok..
kem slm umi sayang ok! :p

Anonymous said...

ala..pack barang sehari bole siap..kecoh la ko odah..huahuahua

Ct AdAh said...

fez: hehe..nnti kte smpaikan slm syg cik fez utk umi yg cool..anak nya pn cool jugak..cuma gelabah skit je time tu..al-mklumlah, keta kesayangan..hihi..kalu xde keta tu, sure mati kutu dok umah..xleh keluar jln2..=p

wak: aku bukan mcm ko..pack mknn je..aku kna pack baju, brg2 rumah, buku, etc..so, smggu lebih ni pn belum tentu cukup tau..haha..

Anonymous said...

uish.byknye cik adah nk packing.brg2 umah skali? huhu..buku lpas bli msukkn trus je dlm beg, baju2 xkn nk bwk blk byk kot..huhu

Ct AdAh said...

durar_besh_bangat: aih, best bangat ke cik durar kte ni? hihi..yg memberatkan luggage tu semestinya brg2 mknn..stok utk setahun esp utk raya..n bju dlm 5 helai kot..baju raya je dh 3 pasang..hehe..=P

Mudzil said...

kecoh plak mamat wak nie..podah..weh aku nk jemput (jemput ayam) ke konsert nazrey x-raihan & akkil hayy 5sept ni..kalo ade mase datang ler..ngeh3~

Ct AdAh said...

mudzil: wak mmg mcm tu..kecoh x kira tmpat..haha..cess, tau la aku x leh gi konsert tu..ni msti ajak2 ayam je..=p